Ya, kini bersaksi .....

40 2 0
                                    

Aku bebat luka yang berdarah,
aku menadah bahtera,
aku simpul bicara,
aku regas pucuk pengharapan,
aku ubah persoalan menjadi jawapan,
aku penjarakan hati ini yang semalam,
aku menagih sekuntum senyuman,
aku bernisankan batu landai kepada taman permainan,
aku mencengkam sesak demi bahagia,
aku percaya bodohnya ucapanmu,
aku tafsir kecewa sampah,
aku lena di balik tirai mahligai,
aku ditemani bayang dua sejoli,
aku berdiri lagi sekali di dodoi sepi sendiri.

Dan aku
Dan aku
Dan aku

Memegang pada satu azimat
Bahawa cinta ini tidak mati
Hatta dimakan usia
Resah sembilu takdir.

Puisi tak ternamaWhere stories live. Discover now