payungan impian

82 8 0
                                    

Lukisan masa depan ku
tercatit disini
aku bermula memejam mata telinga
kerelaan bagi menganjak dewasa
diturut kata hati
satu satu disimpulkan sari sari
Inti inti kentang karipap
takpe terhempap mahupun tertindas.

Unggas-unggas, simfoni berdansa
siangnya bersuam; berlagu caman
malamnya gigih merungkai jawapan
Perjalanan mencari misi
maka terbentanglah panorama misteri.

Entah.

Gutus disudut rasa
bahawa bunga harapan perlu disirami
membajak ilmu harus dilangsungkan
rancak sekali mega kesatria Kombat.

Biarkan.
Pada hakikat terselit kalutnya jiwa
atas pimpinan barisan penghadang
tiupkan gelombang impian ke semesta
bebatlah luka tatkala kudung sebelah
kerna kau dipayungi impian.
Yang mutlak.

Temasya gemilang bakal direncana kelak

Puisi tak ternamaWhere stories live. Discover now