Garis luka

54 1 0
                                    

Untaian kisah merdu
dibawa sinaran oleh kalbu
tulis sekejap namun tiada isi
perolehan tiada makna dicipta sia.

Kekal perwatakan seperti biasa
perlukah aku meneruskan alam kita
sedangkan garis luka ini terlalu jenuh.

Bagaimana mahu aku menjaga?

Walhal kau membina tembok dusta
kau cipta jurang sengsara
hatiku kau garis luka
pedihnya ternyata lebih sabit.

Menuruti segala anganmu
relaku terjunam di sangkar semi
melihat dikau dari ranting berpagar
nun disana masih sepuluh batu menemuimu.

Relaku yang tiada makna
Garis ini makin ketara.

Puisi tak ternamaWhere stories live. Discover now