PART 3

418 8 0
                                    

Title: Dendam Si Janda
Teller: Eyka Z, Helvy TR & Safiyah L.
Picture Resources: Google
Part: 3

Usai acara sanding, aku dan abang Khairul pun bersalaman dengan para tetamu yang datang. Tiada acara malam kerana abang Khairul tidak mahu membazir wang dan tenaga. Dia mahu simpan untuk acara malam kami berdua agaknya.

Petang itu, aku menukar pakaian setelah semua tetamu sudah pulang. Aku sengaja menyibukkan diri melayan tetamu kerana abang Khairul juga sibuk dengan telefon bimbitnya. Perasaanku juga agak berkecamuk kerana abang Khairul seolah-olah mengelak untuk berbicara denganku.

"Mayang... oh Mayang." Mama memanggilku dari luar bilik.

"Iya mak? Pintu tidak berkunci." Aku menyarung baju T dan seluar jeans saja.

Mama membuka pintu dan menjenguk ke dalam.

"Mayang, laki kau kenapa dibiarkan keseorangan di ruang tamu?" Tanya Mama.

"Aku mahu tukar baju dulu mak. Rimas rasanya pakai baju pengantin tu, melekit di badan sebab terlalu berpeluh." Aku menyikat rambut dengan tangan sebelum mengikatnya.

"Cepatlah Mayang, buatkan kopi untuk lakimu." Kata mama dan berlalu pergi.

Aku duduk sekejap di birai katil. Alahai, sudah bersediakah aku menjalani kehidupan berumahtangga? Dapatkah aku menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sebaiknya? Ya Tuhan, bantulah hamba-Mu ini.

Aku menarik nafas, cuba mencari kekuatan diri. Belum sempat aku keluar, abang Khairul sudah masuk ke dalam bilik. Abang Khairul tidak mengetuk atau berkata apa-apa, lagipun pintu tidak ditutup kembali tadi oleh mama.

"Abang..." Aku cuba memanggil abang Khairul.

Aku rasa sedikit janggal dengan panggilan nama itu, mungkin juga sebab ini adalah kali pertama. Abang Khairul memandangku tapi tidak mengucap sepatah kata pun. Dia sekadar memandang dan aku tertunduk malu dengan pandangannya.

"Abang mahu kopi?" Tanyaku sambil cuba mengangkat muka.

"Aku mahu tongkat ali." Abang Khairul berkata ringkas.

Aku cuba memproses kata abang Khairul. Apakah maksudnya berkata demikian? Tongkat ali itu apa pula bendanya? Lebih baik aku tanya pada mama. Segan pula mahu bertanya sama abang Khairul.

Aku keluar dari bilik dan mataku melilau mencari mama. Aku pergi ke dapur dan kelihatan mama sedang menjerang air.

"Mak." Kataku sambil duduk di bangku.

"Kenapa Mayang? Mana laki kau?" Tanya mama.

"Ada di bilik mak. Mak, tongkat ali tu apa?" Aku bertanya kembali kepada mama.

Mama tersenyum saja tapi tidak menjawab pertanyaanku.

"Eh! Mama senyum pula. Itu bukan jawapan yang Mayang perlukan." Kataku mencebik bibir.

"Mayang, minuman itu herba tradisional untuk menambah tenaga batin lelaki." Kata mama.

Aku seakan tidak percaya, haruskah secepat itu untuk menambah tenaga batin? Adakah abang Khairul lemah tenaga batin? Mungkin juga sebab faktor usianya yang sudah menginjak ke-30an.

"Kita tiada tongkat ali Mayang. Kau minta saja lakimu beli di kedai. Hari pun belum malam lagi." Sambung mama.

"Baik mak." Aku.

Aku berlalu menuju ke bilik. Abang Khairul sedang tidur mengiring sambil tangan kanannya memegang telefon. Tidak jadi aku memberitahu perihal tongkat ali, tunggu saja bila abang Khairul sudah bangun nanti.

Dendam Si JandaWhere stories live. Discover now