PART 7

1.2K 6 0
                                    

Title: Dendam Si Janda
Teller: Eyka. Z, Helvy T.R & Safiyah. L
Picture Resoucers: Google
Part: 7

“Sayang... Harini abang balik lewat sikit, kalau sayang masak nanti sayang masak untuk sayang sendiri saja.. Bibik cuti harini so sayang seorang saja, takpe kan?” Khairul membuka bicara.

Aku hanya mengangguk faham lantas membetulkan tali leher Khairul. Hairan dengan sikap aku yang banyak berdiam membuatkan Khairul bertanya soalan bertubi-tubi.

“Sayang okey? Sayang tak sihat kah? Sayang nak pergi rumah mak?”

Aku menggeleng perlahan lantas memeluk Khairul bagai itu adalah pelukan terakhir aku pada Khairul.

“Mayang tak sedap hatilah bang.. Mayang risaukan abang..” akhirnya aku meluahkan rasa yang tidak enak.

Khairul hanya mengukir senyuman manis lantas mencuit hidungku.

“Sayang.. Janganlah fikir yang bukan-bukan. Sayang letih saja ni, sayang rehat je k.” Khairul lantas mencium keningku lalu merangkul aku dengan erat.

Setelah menghantar Khairul ke depan dan melihatnya berangkat kerja, aku lantas masuk ke dalam rumah. Perasaan aku tidak tenteram apabila jiran kami sering memandang aku dengan pandangan yang cukup mengerikan bagiku.

Pintu rumah aku tutup rapat lalu aku kunci, jendela juga aku tutup rapat. Telefon pintar aku capai lantas mendail nombor telefon Lina sahabat baikku itu.

Entah yang keberapa kali aku memanggil Lina namun panggilan ku tetap tidak berjawab. Tanpa membuang masa, aku terus menelefon Rosman dan berharap dia menjawab panggilan aku.

Sekali deringan telefon berbunyi panggilan ku terus berjawab.

"Helo, Rosman? Kau dimana?"

"Aku ditempat kerja ni, kenapa?"

"Aku.. Aku takut.."

"Takut apa pagi-pagi macam ni? Kenapa panik saja ni?"

"Rumah aku diperhatikan orang lah, aku risau dia apa-apa kan aku."

"Laki kau mana?"

"Dia kerja"

"Tak payah risau sangat lah, takde apa tu.."

"Rosman.. Kau datang please."

"Kau gila?! Tak pasal-pasal timbul fitnah. Kau tu isteri orang, kau call Lina lah suruh temankan kau."

"Aku dah call banyak kali! Tapi dia tak jawab pun panggilan aku, Rosman aku betul-betul takut ni."

"Hmm.. Okay-okay nanti aku datang dengan mak kau ya.. Kau tunggu kat situ, jangan buka pintu selagi aku dan mak kau tak sampai lagi."

"Okay.." Aku menarik nafas lega.

Lama aku berkurung didalam bilik, jangan kan kelibat, bayang Rosman dan mak aku juga belum lagi kelihatan.

Terdengar seperti pintu sedang cuba dibuka dari luar, jantung sudah pun berdegup kencang hanya mampu berdoa dalam hati,minta Tuhan lindungi aku.

Bunyi pintu dibuka perlahan membuatkan aku semakin tak tentu arah, lantas aku bangun dan ambil pasu yang terletak di sebelah almari. Walau apa pun yang akan terjadi, aku tetap akan mempertahankan diri.

Tombol pintu dipulas dan aku sudah bersedia untuk memukul siapa saja yang masuk.

“Mayang?”

“Abang?” suaraku hampir hilang.

Aku lantas menyimpan semula pasu tersebut dan terus meluru memeluk suamiku..

“Lahh kenapa ni?”

“Mayang ingat siapa tadi.. Mayang takut, lebih-lebih lagi jiran kita tu, pandangan nya menakutkan.” Khairul hanya menggeleng lantas tertawa kecil.

“Takde apalah sayang.. Jauh sangat ni fikiran sayang..”

“Abang, mayang serius ni. Abang tak percaya kan mayang kah?”

“Bukan macam tu sayang.. Dah lah jangan fikirkan sangat benda ni tak elok.. Oh yee tadi Rosman ada call abang, katanya sayang call dia tadi.”

Aku menelan liur, takut pula kalau Khairul cemburu bila dapat tau tentang ini.

“Err ya tadi ada mayang call.. Sebab mayang takut sangat,  call Lina tak dapat-dapat sebab tu mayang call Rosman.”

Khairul hanya tersenyum melihat perilaku aku.

“Abang marah? Mayang minta maaf, mayang takde niat tak baik pun sebenarnya..”

“Tak lah sayang.. Abang faham, ni pun abang balik sebab Rosman bagitau dia tak dapat datang, bos dia tak bagi keizinan dia keluar. Mak pun sibuk mengurus keperluan nya..”

“Abang tak kerja?”

“Kerja sayang.. Ni abang balik pun sebab abang lupa ambil laptop abang ni.. Mayang jangan takut okey..”

Aku hanya mengangguk lemah, mau tidak mau aku terpaksa lawan juga ketakutan ini sebab aku takut kalau-kalau kerana ketakutan ini lain pula jadinya.

Setelah Khairul kembali semula pergi kerja, aku terus menutup pintu dan berdiam diri di dalam bilik.. Keadaan membuatkan aku sedikit cuak akan keadaan sekeliling.

            ****************

Malam pun tiba, terlalu cepat masa berlalu, perut sudah mula berkeroncong. Dari pagi tadi aku tidak langsung menjamah apa-apa makanan akibat ketakutan melanda.

Aku menoleh jam didinding sudah hampir jam 8malam, namun kelibat Khairul tidak juga kelihatan. Keluhan berat aku lepas kan dan terus menuju ke dapur untuk memasak.

Sedang aku sibuk memotong sayur tiba-tiba ada seseorang dibelakang cuba menekup mulutku. Aku cuba memberontak dan melawan semampu aku namun aku tidak mampu.

Aku berpaling dan melihat 2 orang lelaki bertopeng sedang memandang aku dengan penuh nafsu. Aku cuba menjerit namun mulutku ditutup lalu aku menggigit tangan lelaki itu.

Dia menjerit kesakitan lantas menampar pipi aku dengan kuat sekali.

“Argh! Bodoh sakit tau!” jerit lelaki yang bertattoo dilengan kirinya.

“Sabar guy!” jawab lelaki yang berbadan sedikit kecil dari lelaki bertattoo tadi.

“Sabar ko bilang, sakit ini tangan aku dia gigit!” marah lelaki itu lantas menampar wajahku untuk kesekian kalinya.

Aku sudah terduduk lemah, lelaki berbadan kecil itu pula mencucuk jarum ke lenganku. Ntah apa yang mereka lakukan pada ku pada ketika itu.

Aku sedar namun aku tidak mampu berbuat apa-apa,  badanku lemah tidak bermaya. Aku melihat suamiku Khairul datang dan cuba memukul mereka namun dia telah diserang dari arah belakang lalu Khairul jatuh didepan mata ku.

Hanya linangan air mata saja yang mampu aku zahirkan.. Didepan mataku Khairul telah dipukul dan ditendang sehingga Khairul tidak bermaya dan percikan darah keluar dari kepala Khairul lalu membasahi lantai...

Aku pula dirogol bergilir oleh dua durjana yang tidak berperikemanusiaan itu, membuatkan aku menjadi dendam dan akan membalas segala perbuatan mereka...

  - TO BE CONTINUE -

Dendam Si JandaWhere stories live. Discover now