FINAL

604 11 0
                                    

Title: Dendam Si Janda
Teller: Eyka Z., Helvy T.R. & Safiyah L.
Picture Resources: Google
Part: 10 (Final)

Hembusan angin menampar lembut pipiku, terasa nyaman bila angin meniup lembut menyentuh wajahku. Sudah lama rasanya aku tidak menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini, kerana sibuk mempersiapkan segala pelan yang sudah aku rancang dengan teliti.

Lelaki-lelaki itu harus menerima karma yang setimpal dengan apa yang aku dan arwah suamiku lalui. Aku takkan pernah membiarkan mereka hidup dengan tenang, aku takkan puas selagi aku tidak membalas segala apa yang mereka lalui padaku.

Hukuman undang-undang mungkin tidak cukup untuk buatku rasa puas! Aku harus bertindak sebelum semuanya terlambat, kalau polis sudah mengesan mereka, sudah pasti aku tidak ada peluang untuk membalas dendam yang aku simpan!

"Maafkan Mayang, abang. Mayang akan buat semua ini demi kebaikan kita dan demi abang." Airmataku seka dan terus menuruni katil lalu menjengah ke luar bilik.

Mak kelihatan begitu sibuk menguruskan kenduri yang akan diadakan malam ini. Aku segerakan diri keluar dari rumah setelah meminta izin dengan mak.

"Hai Mayang, kenapalah kau degil sangat ni? Kau masih dalam idah belum boleh keluar rumah!" bebel Emak padaku namun tidak dihiraukan olehku.

***

Ketukan pintu mengganggu konsentrasi ku, aku menoleh memandang mereka dengan senyuman sumbing penuh sinis, sebentar lagi aku akan membuatkan kamu seperti dineraka.

Aku melangkah ke arah pintu dengan lenggang kangkung sengaja aku berjalan perlahan dan membiarkan kedua lelaki itu menjerit meminta tolong, pintu ku buka perlahan dan senyuman manis terukir dibibir tatkala melihat Lina yang sedang berdiri dihadapan pintu.

"Hai Mayang, umpan sudah mengena?" tanya Lina dengan senyuman nakal.

"Mereka berdua ada didalam, Lina. Aku baru saja ke dapur ambil ini" kataku sambil menunjukkan limau pada Lina yang sudah melangkah masuk kedalam rumah.

"Pandai kau Mayang, aku suka." ujar Lina lalu melangkah masuk ke dalam dan melihat kedua orang itu yang sudah tidak bermaya.

"Tiada sesiapa mengekori atau melihat kau?" aku mengekori langkah Lina dari belakang. Lina menggeleng perlahan lalu duduk dikerusi berhadapan dengan 2 lelaki durjana itu sambil bersilang kaki.

"To.. Tolong kami cik, si Mayang ni sudah hilang akal!" Kata salah satu lelaki dengan nada yang sangat lemah.

Lina ketawa terbahak-bahak lalu merenung wajah lelaki itu dengan tajam.

"Kau ingat saya datang sini mau tolong kau?! Memang nda lah! Kau sudah buat kawan baik saya macam teda maruah, kau buat kawan saya kehilangan suaminya dan sekarang kau mau saya tolong kamu? Jangan harap! Saya kesini sebab Mayang bukan sebab kamu! Cuba lah terpekik terlolong saya yakin kau takkan hidup lama!" ujar Lina dengan sinis.

Kedua lelaki itu membuntangkan mata, mereka mencuba sebisa mungkin untuk lepaskan diri sambil merayu-rayu pada aku dan Lina.

"Bukan kah aku juga pernah merayu pada kamu sebegini, tapi apa yang kamu buat?" Soal ku pada mereka berdua sambil memerah limau ke atas luka mereka dan mereka menjerit sekuat hati akibat menahan sakit.

"Arghhh!! Maaf, maafkan kami Mayang! Ka-kami bersalah. Ampunkan dosa kami!" ujar lelaki itu sehingga tubuhnya menggeletar menahan sakit. Aku tersenyum sinis dan mataku mencerun memandang wajahnya yang sudah pun pucat lesi.

"Kau ingat dengan maaf kamu ini boleh buat abang Khairul hidup semula? Kau ingat dengan adanya maaf kamu ni, suami aku ada bersama aku saat ni?! Apa kamu fikir saat kamu menodai aku? Apa kamu fikir saat aku merayu kamu membiarkan suamiku mati tanpa rasa bersalah kamu boleh ketawa besar?! Sekarang rasai kesakitan yang tidak setanding sakit yang kami alami!" Airmataku mengalir bukan kerana sedih tapi amarah dan dendam sudah bersatu, saatnya aku bertindak membalas segala kejahatan mereka sebelum polis mengambil tindakan.

Sementara Lina merakam pembicaraan kedua lelaki itu yang mengakui kesalahan mereka sebagai bukti, aku mengasah parang dihadapan mereka, mata mereka terbeliak melihat parang yang sudah di asah dan mereka menelan air liur, Tuhan saja yang tahu betapa takutnya mereka saat itu.

Aku ketawa besar dan mataku tajam memandang kedua lelaki dihadapan ku. Kedua lelaki itu menjerit ketakutan meminta pertolongan dan merayu agar aku tidak mengapa-apakan mereka namun aku sudah tidak mampu mengawal perasaan aku sendiri. Entah syaitan apa yang sudah merasuk aku pada saat itu.

Dengan sekuat hati, aku memotong alat sulit lelaki itu dia menjerit kesakitan, menangis semahunya sehingga kehabisan suara dan dia pengsan akibat terlalu lemah, lelaki kedua cuba memberontak, mencuba untuk melepaskan diri, menjerit, menangis dan merayu.

Sempat juga aku terhumban ke belakang akibat di tendang oleh lelaki itu, tapi aku hanya melemparkan senyuman nakal. Dia mencuba untuk menghalang aku tapi kesakitan yang dia rasa membataskan dia. Kakinya juga sudah buka luas oleh Lina dan membuatkan aku mudah untuk meneruskan kerja ku.

Sekali lagi aku memotong alat sulit lelaki ke dua itu dan aku mengangkat benda itu dihadapan wajahnya dengan senyuman sumbing penuh sinis.

"Ini balasan atas apa yang kamu berdua buat pada aku! Sekarang kamu tidak mampu lagi buat jahat pada orang lain. Aku puas! AKU PUAS HAHAHAHA!"

Gedebuk!

"Jangan bergerak! Kami polis!" pintu dihempas dari arah luar dan pintu terbuka.

Aku dan Lina hanya berpandangan sesama sendiri sebelum duduk tenang disisi dua lelaki durjana itu. Beberapa polis mengucap panjang apabila melihat apa yang terjadi depan mata mereka.

Lina dan aku hanya mengukir senyuman penuh makna. Aku tidak kisah lagi jika dipenjarakan seumur hidup atau digantung sampai mati, tiada sedikit pun penyesalan pada diri aku.

Kedua lelaki itu juga sudah di dakwa dan sekarang berada di hospital untuk rawatan lanjut. Bukan sahaja mereka kehilangan "nyawa" mereka bahkan mereka juga kehilangan keluarga masing-masing.

Mereka didakwa dan
berdepan dengan sebatan sebanyak 12kali bagi setiap seorang dan penjara 18tahun.

Aku menghela nafas lega lantas terdiam dan menitiskan airmata bahagia. Manakala Lina pula didakwa dan dipenjara kan 1tahun dan didenda rm****. Lina akur dan sedia menghadapi dugaan demi aku, dan aku betul-betul bersyukur ada sahabat seperti dia. Terima kasih Lina.

Manakala aku pula di dakwa dan dipenjara 5tahun dan didenda rm5000 atas dakwaan sengaja mencederakan mereka berdua. Emak dan mak mentua ku menangis mengenangkan nasib yang aku lalui namun mereka akur.

Ini semua adalah ketentuanNya. Dan apa yang aku buat itu untuk mengubati kesakitan yang aku alami, dan aku berharap semua ini jadi pengajaran untuk kita semua. Jangan menghukum orang dengan sesuka hati walaupun terbit niat untuk membalas dendam.

Apa yang jadi ini, anggap lah sebagai pengajaran buat kita semua. Dan aku.. Aku sudah mampu menghela nafas lega dan menjalani hukuman yang sudah diperintah oleh pihak mahkamah. Emak dan mak mentua aku banyak memberi sokongan moral dan selalu datang untuk melawat aku dan Lina.

Aku harap dengan apa yang sudah terjadi tidak akan berulang kembali. Aku tidak mahu terus menerus dihantui rasa dendam dan selepas apa yang jadi ini aku harap aku akan menjadi lebih baik lagi...

Aku memeluk emak dan mak mentuaku dengan erat sebelum aku dibawa oleh pihak polis untuk kembali ke penjara. Aku melemparkan senyuman manis untuk kali terakhir buat mereka berdua sebelum pergi meninggalkan mereka berdua.

"Mak, mama jaga diri baik-baik, tunggu Mayang ya, Mayang sayang mak dan mama. Terima kasih sebab jadi penguat semangat Mayang, mak, mama." itulah ucapan terakhir aku sebelum melangkah pergi. Emak dan mak mentua ku hanya mengalirkan airmata dan membiarkan aku pergi dibawa oleh beberapa orang police..

Akhirnya dendamku sudah terlaksana... Aku si Janda MayangSari...

Tamat

Surri kalau kegantungan, ni story no season 2 kio😘, kalau ada pn tunggu 5 tahun dari sekarang lepas c janda Keluar dari bilik bang police 🚶🚶

*P/S: Cerita ini hanya rekaan dan maafkan kami jika ada yang tidak masuk akal dalam cerita yang kami olah bersama diharap kalian menyukai dan enjoy membacanya,  dengan ini Dendam Si Janda melabuhkan tirainya. Salam sayang dari Eyka. Z, Helvy. T.R & Safiyah. L* 😘

Dendam Si JandaWhere stories live. Discover now