PART 6

864 11 0
                                    

Title: Dendam Si Janda
Teller: Eyka Z, Helvy TR & Safiyah L.
Picture Resources: Google
Part: 6

Kehidupan rumahtangga bersama abang Khairul membuahkan rasa bahagia dihatiku. Kami selalu menghabiskan masa bersama-sama dan aku sudah berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada abang Khairul. Usia yang jauh berbeza tidak menghalang kami untuk bercinta demi hubungan yang baik.

Sudah dua minggu abang Khairul selalu lewat pulang dek tuntutan kerja yang bertimbun ketika dia mengambil cuti tempoh hari. Aku pula menyibukkan diri dengan kerja-kerja rumah dan menyambut kepulangan abang Khairul dengan senyuman dan kopi panas. Melihat kelegaan di wajah abang Khairul membuat aku mengerti bahawa dia suka dengan layanan mesraku.

Saban waktu kami tidur lewat malam kerana melayari bahtera cinta yang tidak berkesudahan. Tidak kira siapa yang mulai, yang pasti desahanku seringkali ditegur oleh abang Khairul.

"Usah bising Mayang. Segan abang kalau mama dengar." Abang Khairul menegur dan meneruskan henjutan.

"Aah abang..." Mulutku lantas dicekup oleh abang Khairul.

Abang Khairul menamatkan sesi dengan menembak berudu ke dalam rahimku. Dia mengucup seluruh wajahku dan mengucapkan terima kasih. Lalu, kami pun tidur dalam dakapan masing-masing.

*****************

Abang Khairul ada mengajakku untuk pindah rumah bagi memudahkan dia ulang alik, malah memberi privasi kepada kami berdua. Aku terpaksa menanyakan hal tersebut kepada mama dengan berat hati. Kasihan mama tidak berteman di rumah andai kami sudah berpindah nanti.

"Mak, abang bawa pindah rumah." Aku cuba menyuarakan hasrat abang Khairul saat aku dan emak bersarapan.

"Itu yang sebaiknya Mayang. Kamu sudah berkahwin, perlunya duduk dan tinggal di rumah sendiri supaya kamu berdua lebih memahami antara satu sama lain. Saling menerima segala kekurangan dan kelemahan yang ada untuk diperbaiki. Mama harap kau akan menjadi seorang isteri yang taat kepada suami Mayang." Kata emak kepadaku.

Aku terharu mendengar kata setuju dari emak. Aku segera mencapai telefon yang abang Khairul belikan untukku dan mendail nombornya. Panggilan bersambung dan aku menunggu saat abang Khairul menjawabnya untuk aku mengkhabarkan perihal jawapan emak tadi.

"Hello abang, assalamualaikum." Sapaku sebaik saja panggilan disahut.

"Waalaikumussalam Mayang. Ada apa?" Abang Khairul.

"Tadi Mayang sudah tanya sama mama pasal kita mahu pindah, dan mama setuju." Aku berkata riang.

"Baiklah Mayang, nanti kita sama-sama cari rumah ya." Abang Khairul.

"Abang, nanti belikan Mayang ayam di pasar ya. Mayang mahu masak ayam kicap malam ni." Aku sempat berpesan sebelum panggilan dimatikan.

Pada petang itu abang Khairul balik dengan barang-barang dapur. Aku segera menyambutnya dan membancuh kopi untuk abang Khairul selepas meletak barang basah ke atas sinki. Aku menghantar kopi ke bilik di mana abang Khairul sedang merehatkan diri.

Aku meletak kopi di meja dan duduk di sebelah abang Khairul. Aku menatap wajah abang Khairul yang lelah seharian bekerja. Abang Khairul membuka mata dan tersenyum kepadaku. Aku membalasnya dan menghulur kopi.

"Terima kasih Mayang kerana sudah menjadi seorang isteri yang baik untuk abang. Abang sangat bersyukur kerana Mayang melayan abang selayaknya seorang isteri." Abang Khairul menghirup kopi perlahan-lahan sampai habis.

"Abang mau mandi?" Tanyaku.

"Eya, bersama Mayang." Kata abang Khairul membuat aku tersipu malu.

Dendam Si JandaWhere stories live. Discover now