Title: Dendam Si Janda
Teller: Eyka. Z, Helvy T.R & Safiyah. L
Picture Resources: Google
Part: 4Azan subuh menyedarkan aku dari lenaku. Bangun saja aku terkejut melihat disebelah ku tiada lagi sang suami disisi. Aku duduk bersimpuh diatas katil mataku melilau memandang sekeliling, telefonnya juga berada di tepi katil tapi dimana kah beliau?
Pintu dikuak dari luar, Khairul masuk lalu melemparkan senyuman manis padaku apabila mendapati aku sudah pun terjaga dari tidur.
“Sudah bangun? Mari solat berjemaah.” Dia memanggilku.
Aku lantas tersenyum malu, perlahan aku menuruni katil dan keluar untuk mengambil air sembahyang. Usai solat subuh, aku terus ke dapur untuk memasak sarapan pagi.
“Awal kau bangun Mayang.” sapa mama membuatkan aku sedikit terkejut.
“Mak ni! Bikin terkejut seja.” balasku sambil mengurut dada.
Mama tersenyum simpul.
“Macam mana semalam? Tidur lena?” soal mama tanpa memandangku.
Terasa bahang dimuka apabila soalan itu di utarakan. Aku berdehem beberapa kali cuba mengawal perasaan malu.
“Lena lah... Angin sejuk.” ntah apa yang aku merepek ni.
Mama hanya menggeleng lalu senyum sinis padaku. Aku hanya menghela nafas lega apabila perbualan kami mati disitu.
Aku percepatkan masakan ku sebelum masuk semula kedalam bilik untuk memanggil Khairul untuk bersarapan. Pintu ku ketuk sebelum membukanya.
Khairul baru saja siap menyarungkan baju T dan menoleh seraya melemparkan senyuman manis padaku.
“Selamat pagi Mayang.” sapa nya dan menarik tanganku.
“Selamat pagi abang.” balasku lalu tertunduk malu.
“Mayang bersiaplah, lepas sarapan kita gerak.” Khairul mengangkat daguku dan mata kami bertentangan.
Aku terpempan seketika. Malu! Ini kali kedua kami bertentangan mata namun tetap saja aku merasa debaran yang kuat. Dia menarikku kedalam dakapan ku dan memeluk ku erat.
Bibirnya menyentuh lembut cuping telingaku. Terasa geli apabila hembusan nafasnya meniup lembut belakang telingaku. Aku mendesah lembut hatiku mula berkecamuk, bulu romaku merinding dadaku bagai hendak meletup degupan jantungnya bersatu denganku.
Aku menolak lembut dada Khairul membuatkan dia sedikit terkejut dengan perbuatan ku.
“Hari sudah semakin terang.. Sabar dulu menanti malam. Nanti kita bermadu kasih takut lagi nanti gantung akibat jeritan mama.” aku berbisik ditelinganya.
Membuatkan dia tersenyum simpul. Matanya melirik ke bibir lantas dikecupnya lembut sebelum bangun membetulkan rambutnya.
“Cepatlah bersiaplah. Abang tunggu didapur.” ujarnya seraya mengenyitkan mata kepada ku.
Aku tersipu malu lantas mengangguk dan menuju ke ampaian dan mengambil tuala mandi terus berlalu pergi.
Usai mandi dan bersiap, pintu diketuk sebelum dibuka. Aku menoleh lantas tersenyum memandang Khairul yang sudah duluan melemparkan senyuman manis padaku.
“Wanginya isteri abang ni.” Ucapnya sambil merangkul pinggangku.
“Biasa saja lah.” Balasku seraya menyisir rambutku.
“Mayang dah bersiap ni, jum jalan.” ucapku lagi apabila melihat Khairul yang tidak lepas dari memandangku.
“Okey jum.” Dia lantas menarik tanganku lembut.
“Eh handphone?” soalku seraya mengangkat kening.
“Takpe, yang tu biar kat situ. Abang nak dating dengan isteri abang. Esok-esok baru dating dengan dia.” ucapnya seraya mengenyitkan mata padaku.
Aku tersipu malu lantas mengangguk perlahan.
“Mak, kami jalan dulu lah. Mak nak pesan apa-apa kah?” soal Khairul lalu bersalaman dengan emak.
“Takde apa lah, semoga kau orang enjoy harini, lusa nak sanding dekat rumah mak khai lagi kan?”
Aku dan Khairul berpandangan lalu mengukir senyuman seraya mengangguk mengiyakan soalan emak.
“Dah dah.. Pergilah nanti lambat, jem pula jalan.” kata emak lagi lantas aku mengangguk dan memeluk emak sebelum masuk kedalam kereta.
Dalam perjalanan itu kami hanya diam membisu, ntah kenapa jantungku terasa seperti hendak tercabut bila berduaan dengan Khairul. Adakah aku jatuh cinta dengan dia?
“Mayang?”
Aku menoleh memandang Khairul lantas melemparkan senyuman manis padanya.
“Mayang okey?” soalnya padaku.
Aku mengangguk dan memandang depan. Tanganku di capainya dan di cium lembut oleh Khairul.
“Maaf kalau abang banyak diam, abang tak tau nak cakap apa sebenarnya.” katanya seraya memandang aku.
Aku tersipu malu, lantas ku tundukkan wajahku sebentar lalu memandang nya yang sudah kembali fokus dijalan raya. Tangannya ku genggam erat sesekali dia mengerling kearah ku sambil mengukir senyuman dan kembali menggenggam tanganku.
Sesampai kami di pusat membeli belah, mataku meliar melihat sini sana. Aku sudah lama tidak kembali ke bandar besar banyak betul perubahan disini sehingga membuatkan aku sedikit jakun.
“Sayang jum.” dia menarik lembut tanganku.
Aku terkedu apabila dia memanggil ku dengan panggilan "sayang" Ah jantungku juga tidak mau berkompromi saat macam ni jugalah kau berdegup bagai mak tercabut dari batangnya.
Usai kami berjalan-jalan dan menonton wayang, Khairul membawaku pula ke restoran yang berdekatan untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong.
Sementara kami menunggu makanan sampai, Khairul lantas membuka bicara. Mataku direnungnya tajam.
“Mayang ni cantik kan. Nak tahu tak, masa abang datang rumah Mayang dulu hati abang dah tak keruan lebih-lebih lagi masa mata kita bertentangan.” ucapnya seraya memegang tanganku.
“Entah apa yang Mayang buat sehingga abang jadi tak keruan, kerja semua tak jalan. Makan tak kenyang, tidur tak lena hanya bayangan Mayang selalu hadir dalam hidup abang. Lagi abang tak sangka yang mama nak Mayang jadi menantu dia dan abang tak yakin yang Mayang akan terima abang.” ucapnya lagi dengan panjang lebar.
Aku tersenyum malu.
“Terima kasih sayang. Abang janji, abang akan jadi suami dan bakal ayah yang baik untuk Mayang dan bakal anak-anak kita.” katanya padaku.
Aku hanya tersipu malu. Aku tak menyangka yang dia akan beritahu isi hatinya padaku. Dan telefon itu hanyalah alasan supaya dia tidak merasa gugup bila bersama denganku? Masih ada lelaki seperti ini wujud?
Makanan pun tiba dihadapan kami. Lantas kami menjamu selera sebelum berangkat pulang kerumah. Sempat pula Khairul membelikan emak seutas rantai emas.
Semasa dalam perjalanan ke kereta tiba-tiba saja ada yang menyapa ku dari belakang.
“Wey!! Mayang!”
Aku dan Khairul serentak berpaling lalu aku menjerit memeluk orang yang sudah berdiri dihadapan ku.
“Lina!! Apa kau buat sini?” soalku sambil memegang kedua bahu Lina.
“Kau tau lah aku,macam biasa dari kerja. Eh siapa ni?” soal Lina.
Membuatkan aku dan Khairul berpandangan. Lidahku terkedu seketika, lantas Khairul mengukir senyuman dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.
“Saya Khairul, suami Mayang.” Khairul memperkenalkan dirinya.
“Ooo.. Kau ni kahwin tak panggil aku pun!” kata Lina lalu menepuk bahuku.
“Kitorang baru menikah, lusa baru sanding. Nanti sanding datanglah dengan kawan-kawan yang lain.” balas Khairul lagi.
Ah sudah! Kenapa dengan aku ni? Adakah aku malu mengakui Khairul itu suami aku? Aku hanya tersenyum kelat memandang Lina lantas kaku hilang kata-kata.