No one can run away from any problems.
.........Hai hai.
Ni kisah pasal hidup seorang gadis yang comel dan lawa dan-- okay sorry terberjela pulak ucapan aku ni.
Camnilah, ni kisah hidup pasal aku, Iman Nufayla. Umur aku 16 tahun dan aku ada abang kembar yang berumur 17 tahun serta adik lelaki yang umur nya tak lain dan tak bukan 14 tahun.
Amacam? Cliche gila kan permulaan life aku? Tak apa, its okay. Tu baru sikit. Banyak lagi aku nak cerita kat kau orang. Tapi.... aku dah lambat sekarang ni.
Lambat nak pergi sekolah.
Arghhhh!!!!! Tidak!! Dah pukul 7:04 pagi! Habislah aku!
Aku pantas bangun dari katil lalu berlari sepantas atuk Usain Bolt. Atuk dia okay.
Lepas mandi aje, aku terus dikejutkan dengan kejutan yang dah biasa bagi aku.
Ada budak kecil dekat atas katil aku dengan muka yang pucat lesi. Matanya warna violet. Lawa bhai.
"Aku tak ada masa nak layan kau lah hantu. Pergi main jejauh sana!" Halau aku sambil mengibaskan tangan seakan nak meghalau.
Budak itu cuma duduk diam diatas katil itu sambil memeluk tubuhnya yang kelihatan basah. Aku mengagak yang dia mesti mati lemas ni. Agak jelah.
"There are things i want to talk to you" tutur budak kecil itu petah. Halamak nak speaking bagai konon. Nak menunjuklah tu.
"Aku sibuk sekarang ni. Lagi satu aku tak akan berbincang dengan sebarang makhluk halus pun. Kesah apa aku." Kata aku sambil membetulkan awning tudung. See? Cepat bukan aku bersiap?
HAHAHAHAHAH. Tengok kening lah.
Budak kecil itu mendengus sebelum dia menghilang kan diri. Aku melilau ke sekeliling. Mana tau kalau-kalau benda tu munculkan diri depan mata tak ke mati mengejut aku ni.
"Arghhhh!!!!"
"I got you! HAHAHAHAHA" ejek makhluk itu dengan muka yang berlumuran darah dan mata nya yang semua nya warna hitam sahaja. Mulut nya pula mengalirkan darah yang banyak.
Aku mengurut dada. Hishh kus semangat. Erghh.. tak berguna untuk masyarakat Malaysia punya hantu! Dasar gurun dilautan betul.
"Pergi matilah kau. Shuhhhh" garam yang aku dari tadi dok pegang aje, di lempar ke muka hantu itu.
Daaannnnn.... inilah hasilnya bila aku baling garam terlebih kilogram kat muka dia.
"Waarrrgggghhhhhh!!!!!!! Panasssss!!!!!! Janam janam kau punya manusia!!! Aku akan kembaliiii!!!!!" Automatik makhluk tu terus hilang dari pandangan.
Aku mengembungkan pipi kemudian mengeluh, "Kalau boleh ayat tu tak nak kasi cliche lagi eh? Boring betul aku asyik dengar ayat yang sama aje. Konon nak kembali tapi tak datang datang. Ceit."
Beg yang memang dah tersangkut dekat pintu bilik aku di capai lantas cepat-cepat disarung ke belakang badan ku. Tak sempat aku nak sarapan ni, nanti jelah sarapan kat sekolah, desis hati ku perlahan.
"Mamaaaa!!!!!! Iman keluar dulu ye?! Byeee!!!!!!" Jerit aku sampai bergema kawasan kejiranan mewah tu. Hah, memang habit aku suka menjerit-jerit jadi tak de apa yang hendak dirisau kan okay? *wink*
Pantas aku mengambil kasut sneakers hitam aku yang terletak dekat atas almari. Sempat aku curi stoking yang Paris gigit masuk dalam mulut kecil dia tu.
Tak sedar diri punya kucing parsi, mak aku dah bagi kau makan Power cat setiap hari sampai kau obesiti macam sekarang ni, ada hati nak telan stoking aku pulak. Erghh... kalau dah kebulur sangat cakap jelah.
Jangan tanya kenapa Power Cat. Aku tau jenama tu jelah. - _ - '
Aku menagmbil basikal warna merah pastel yang tersadai dekat sebelah kereta Audi abang aku.
Malas nak bawak kereta. Bazir minyak aje, one more kalau aku bawak kereta nanti kang tak pasal-pasal tajuk utama surat khabar hari ni jadi, 'Remaja sekolah kemalangan akibat ter'willy' kereta audi kepunyaan abangnya'. Fullstop! Ngeri kayh!
Aku mula mengayuh pedal basikal dengan perlahan sebelum aku memecut basikal itu apabila jalan yang aku lalui agak berbukit.
Kau expect bila kau kat atas puncak bukit apa yang akan berlaku?
Mestilah kau akan jatuh dan basikal yang kau bawak tu akan menjunam kebawah mengikut kecerunan bukit tu. Kan?
HAHAHAHAHAHA memang ye pun sebab benda tulah yang terjadi kat aku sekarang ni.
" MAAAAAAKKKKKKK!!!!!!!!!!!!"
🌸❄
Heyyoo!!! Oit! Hye! Assalamualaikum! Ada orang tak?!!
Hahahahahahaha okay, sorry sorry.
At first Author nak minta maaf dekat sesiapa yang tunggu novel baru Author ni. Heh, gara gara nak buat idea gempak punya pasal.
Welllllll, macam mana? Haha, kan author dah kata.. banyak perubahan punya.
See? Nama heroin asal nya Imanim Zeyraa kan? Tapi sekarang ni dah di tukar kepada Iman Nufayla.
Alahhh tapi nanti korang akan lagi terkejut beruk sebab...
Secrett~~ *dlm nada berbisik*
MUAHAHAHAHAHA
kk rockabye bye bye
YOU ARE READING
143, Gadis Sixth Sense
FanfictionHijab mata. Kalau terbuka apa yang jadi? HAHAHAHA kau fikir mudah ke nak hadapi hari-hari yang boleh buat kau naik gila bila nampak benda yang terhalang daripada mata kasar bagi manusia normal? Haa itu lah Iman Nufayla. Budak perempuan yang innocen...