Mak aiiiihhhh besau gila sekolah ni!!
Ni sekolah ke gunung ni?!Mulut ku ternganga besar naga bila tengok struktur sekolah baru aku ni. Fuh, dah lah tadi masa aku nak masuk pagar sekolah disambut macam vvip. Kaya betul sekolah ni. Kalau macam ni lah gayanya mau kering poket duit bapak aku dikerjakan.
Kaki aku mula dibawa kearah satu bangunan besar yang aku rasakan pejabat sekolah. Aku agak aje. Mana tau kalau betul-betul itu pejabat aku rasa aku akan buat sujud syukur 7 hari 7 malam rasanya.
Aku menolak sliding door yang melekap dekat dinding. Wow! Besar gila bilik ni!
Hampir terjerit aku akibat rasa teruja gila bab--. Okay okay, aku faham yang aku ni over tapi jangan lah kecam aku. Sedeyh sis T^T.
"Besarnyaaa!!!! Bilik apakah ini?!!" tengok, mulut aku sendiri yang gatal-gatal nak menderhaka dengan tuan badan. Habit suka menjerit memang tak boleh dipisahkan dengan aku nampaknya nih.
Aku berpusing-pusing sambil terlompat lompat dekat dalam bilik ni. Bilik ni memang ada pendinding ke? Tak nampak pun kelibat makhluk hantu kat dalam bilik ni. Padahal dari tadi aku menanggung seksa bila ternampak ribuan makhluk halus kat luar tadi.
Okay, okay. Just kidding. Takdelah ribu sangat.. cuma dalam sepuluh ekoq ja aku nampak tadi.
Uishh lawa siot bilik ni. Macam studio aje. Ada cermin gergasi yang melekat pada dinding,ada air-cond, beanbag, dengan sebuah almari yang besar teramat warna pink pastel.
"Hoii!! Buat apa tu?!" Jerkah satu suara garau membuatkan aku terlompat bintang kat situ.
"Opocot mak kau mak aku!!"
"Kau ni siapa hah? Student kat sini atau penceroboh?" Uhuks. Soalan bijak gila. Pang kang.
"Saya new student kat sini." Kata aku dengan sopannya sambil menayang kad pelajar kat pak cik tu. Dia merenung curiga sebelum akhirnya aku nampak giginya yang nak mereput tu disebalik senyumannya.
"Ooo.. pelajar baru. Takpelah. Baru first time kat sini kan. Dimaafkan. Tapi lain kali jangan datang ke sini sebab tempat ni keras." Kata pak cik itu. Aku mengangguk perlahan.
"Ehhh cop cop. Erm actually ni tempat apa ni dulu?" Soal aku sambil meliarkan mata ke sekeliling. Not bad.
"Hurm.. sebenarnya dulu ni studio untuk kelas tarian macam ballet. Tapi tempat ni dah di tutup sejak pengetua sekolah ni digantikan dengan pengetua yang lebih warak. Maksudnya.. kelas tariannya dah tak dibenarkan lah kat sini. Lagi satu, biasanya kalau tempat dibiarkan je mestilah berhantu. Jadi diorang pasang pendinding lah kat bangunan ni nak elak dari dihuni makhluk halus. Wallahualam." Jelas pak cik tu panjang lebar sampaikan aku pun sempat nak ber musical.ly kat sini selama seminit.
Okay okay. Just kidding.
"Oo.." itu sahaja yang aku mampu keluarkan. Padanlah aku tak nampak sebarang makhluk halus kat sini. Dah kena pagar rupanya.
"Dah dah. Baik kamu cepat keluar. Nanti kamu kena tuduh menceroboh kat sini pulak." Halau pak cik jaga tu dengan tangan yang di buat gaya 'nyah kau dari sini'. Ergh.. menghalau ek. Sampai hati.
"Baiklah pak cik. Saya dengan senang hati nya akan keluar dari sini." Kata aku sebelum mengangkat kaki untuk keluar.
"Jap. Kamu pasti ke nak keluar dengan baju yang..." aku berpaling ke arah pak cik itu.
YOU ARE READING
143, Gadis Sixth Sense
FanfictionHijab mata. Kalau terbuka apa yang jadi? HAHAHAHA kau fikir mudah ke nak hadapi hari-hari yang boleh buat kau naik gila bila nampak benda yang terhalang daripada mata kasar bagi manusia normal? Haa itu lah Iman Nufayla. Budak perempuan yang innocen...