~Iman Naufal pov~
Uuu.. tidak ku sangka yang TheCraziestTwinsEver ni ada adik perempuan yang cun mercun sia.
Cuma yang agak menghairankannya mata gadis yang bernama Iman itu mempunyai anak mata yang berlainan warna. Mata sebelah kirinya berwarna biru firus sedangkan mata kanan nya berwarna coklat cair. Kecacatan genetik ke apa.
Er.. maaf maaf. Mohon jangan kecam saya.
"Iman satu, bila kita nak masuk kelas ni?" Soal Raf seraya membetulkan spect mata nya yang berbentuk Bunny. Kadang-kadang aku rasa geli do tengok mamat senget ni pakai spect budak-budak tu. Eww..
Aku dan adik TheCraziestTwinsEver ni memandang kearah Raf. "Iman satu?" Soal kami serentak.
Raf berdeham seketika sebelum dia menyambung," Hm, disebabkan ada sedikit kecelaruan nama di sini, jadi dengan segala kuasa yang saya ad-"
"Straight to the forward jelah setan. Tak payah nak isytihar bagai. Najib dah blah dari jawatan dia tu. Kau tak payah nak menyerupai dia pulak. Bunuh kau satgi kang" ugut aku sambil menunjuk pisau mainan adik aku yang aku curi pagi tadi. Jangan tanya kenapa.
"Potong stik itik punya Iman. Aku baru nak feeling Perdana Menteri sekejap." Cebik Raf.
"Camni, disebabkan ada kecelaruan nama sedikit, dengan kesemua dan kesegala kuasa yang ada pada say-" lagi sekali aku memotong percakapan nya.
"Ayat sama je aku dengar. Kau tak payah nak terbalik kanlah. Cakap jelah terus. Kang aku mencarut kau marah." Marah aku membuatkan adik kepada adik-beradik kembar tu tergelak kecil. Aih, terpikat ke dik? Takpe, saya faham yang saya ni kacak. HAHAHAHAHAHAHA
"Okay, okay. Kan korang nama sama jadi aku akan panggil yang Iman lelaki ni, Iman Satu dan yang Iman Bak Bidadari ni Iman dua. Got it?" Kata Raf sekali nafas sebelum dia pengsan kat situ sebab tak tahan nafas. Acah comel. Karang ada jugak yang kena sepak kat sini kang.
"Eh, i tak suka ye u panggil adik perempuan i ni angel. Geli lah bulu ketiak i ni. E and w. Ewww..." Kata Dhany penuh kegedikan.
Haih, ni lagi seekor. Gediks sangat. Aku sumbat dia dalam loji kang meraung tak cukup alam kau.
"Kegediks- an kau ni meloya kan aku lah. Siapa ada baldi. Nak muntah aku" Adik Dhany membuat gaya nak termuntah.
"preggy?" Soal Raf spontan.
"Holy shit! What are you talking about?!" Marah gadis itu lalu dia mengambil tin jacobs yang berada di sebelahnya dan membaling kearah Raf.
Keletung!!
Dan, yeah. Raf bengong pengsan semula.
"Abai kan lah budak nerd tu. Sewel aka wayar putus tu. Kau bila sampai sini, Fayl?"soal Aryan bersama Syafieq yang terkepit di bawah lengan nya. Seksa sia.
"Fayl mende pulak kau ni?" Balas gadis itu kehairanan.
"Aku tak nak ikut cadangan tak betul si Raf tu. Aku panggil kau Fayl je lah." Geleng Aryan.
"Aku baru sampai sini tadi. Tup tup kena serang dengan Hitler semua ni." Aku rolled eyes. Acah Hitler pulak budak tak cukup zat ni.
"Er.. kau tak nak kenal dengan kawan kawan kita orang dulu ke?" Ujar Dhany sambil menyebak rambut coklat gelapnya yang dilindungi topi.
"Wajib?"
"A lot." Balas aku tiba-tiba. Bosan aje dari tadi tengok dia orang bercakap. Nak juga.
"Ergh. Okey. Siapa nama kau hah? Asal nama kau sama dengan aku? Umur berapa? Tinggal mana? Single or taken?" Soalnya berdas-das untuk aku. Wah wah. Siap couple ke tidak weyh.
"Nama aku Tengku Iman Naufal Bin Tengku Tan Sri Muhammad Zafrry Giovanni. Nama kau sama dengan aku tu tak penting sebab mungkin kita ada jodoh. Umur aku sebaya dengan abangs gila kau ni. Tinggal kat bumi yang di cipta Allah SWT. Aku single." Jawabku sepantas mungkin.
"Eww.. ayat yang 'mungkin kita ada jodoh' tu tolong dipadam yeh." Balas gadis mata firus itu.
"Kau ingat aku nak sangat ke berjodoh dengan kau?" Aku berkata sinis. Eh, siapa je yang nak dengan minah kasar tu?
"Dan aku tak pernah terfikir punlah!" Marah Iman Nufayla geram. Poyo nye mamat ni!!!
"Siapa suruh kau fikir macam tu? Tak ada kan?"
"Erghhhh!!!!"
"Adik..dahlah tu. Kau ni tau nak bergaduh aje." Keluh Aryan sambil menarik tangan kecil Iman Nufayla.
"Lepaslah! Biar adik ajar sikit mamat tak sedar diri ni! Muka dahlah serupa macam penculik! Perasan kacak pulak. Eiii!!" Bebel Iman Nufayla sampaikan air liurnya hampir mengenai muka aku. Yihh.. geli nya. Tak senonoh punya budak.
Tiba-tiba gadis itu berhenti membebel. Matanya tertancap pada sebelah aku. Mende do?
"Long, a-adik namp-.. pak benda tu.." ujar Iman Nufayla ketakutan. Aku memandang pelik kearah gadis itu.
"The what? Okay, okay. Don't see at him and just ignore okay." Kata Aryan sebelum dia memeluk tubuh kecil Iman Nufayla.
"Takk!! Benda tu datang dekat kat adik sendiri!!" Jeritnya sekuat hati dan menutup matanya. Dia menyembamkan wajah nya kedada Aryan yang sedang mengusap belakangnya.
"Iyan, kenapa dengan adik kau ni?" Soal Syafieq yang sudah bebas dari cengkaman Aryan.
"Dia boleh nampak benda yang kat sebelah Iman." Ujar Aryan selamba.
Aku dah mula rasa tak sedap hati. "Hai kau.. kau jangan main-main iyan. Aku sepak kau baru tau." Kata aku dengan wajah serius, walhal memang aku dah rasa seram sejuk ni.
"Betullah ada benda tuh. Adik aku ni memang boleh nampak benda yang dikaburi oleh hijab" balas Aryan tenang.
Dan aku terpempan.
×××××××
Huahahahahah dh lama aku tak update akhirnyaaa~~
Ni sbb idea mencurah sangat dekat buku aku iaitu Cinta Si Killer dekat akaun kedua aku, ImNazira.
Enjoy!
YOU ARE READING
143, Gadis Sixth Sense
Hayran KurguHijab mata. Kalau terbuka apa yang jadi? HAHAHAHA kau fikir mudah ke nak hadapi hari-hari yang boleh buat kau naik gila bila nampak benda yang terhalang daripada mata kasar bagi manusia normal? Haa itu lah Iman Nufayla. Budak perempuan yang innocen...