Aku Dah Nak Pergi

314 25 0
                                    

Keesokan paginya Suga masuk ke dalam bilik Namjoon untuk mengejutnya kerana mahu mengajaknya bersarapan bersama. Apabila Suga melangkah masuk kedalam bilik Namjoon, dia melihat Namjoon dengan penuh rasa terkejut kerana seluruh badan Namjoon kelihatan pucat. Mukanya, tangannya dan yang paling ketara ialah bibir Namjoon

Dengan perlahan lahan dia mendekati Namjoon dan menggoncangkan sedikit badannya. Dia menggunakan nada yang paling lembut

Suga: Namjoon... Ireona... Jom kita turun makan... Ireona..

Tiada sebarang tindak balas.

Suga: Kau jangan main main Namjoon..  Belum sampai waktunya kan?

Suga terkedu apabila Namjoon masih tidak menunjukkan sebarang riaksi.  Hatinya mula berfikir yang bukan bukan.

Suga: KIM NAMJOON..  IREONA!!!

Dia sudah tidak dapat menahan dirinya lagi. Dia menangis di situ. Ahli yang lain segera naik ke bilik Namjoon apabila mereka mendengar Suga menjerit. Ketika mereka sampai, Suga segera mengarahkan Jin untuk menelefon ambulan.  Dia tanpa banyak soal terus melakukan apa yang disuruh oleh Suga.  Manakala ahli yang lain keliru dengan tindakan Suga. Tetapi mereka perasan yang Suga menangis dengan teruk sekali.  Seluruh mukanya merah.

V: Hyung?

Suga hanya terdiam sambil melihat Namjoon.. Tidak lama kemudian  ambulan pun tiba dan Namjoon dihantar ke Hospital.

--------------
Doktor: Nasib baiklah En. Namjoon dihantar ke hospital dengan segera.  Dia pengsan kerana badannya terlalu penat.. Saya sarankan kita biarkan dia berehat dahulu dengan tenang. Mungki dia akan tersedar dalam beberapa jam lagi.  Tetapi.......

Doktor itu terdiam seketika dia melihat enam wajah dihadapannya dengan rasa simpati..

Jin: Tapi apa doktor?

Doktor: Tetapi saya harap kamu semua bersabar ya... Kerana En.  Namjoon hanya tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum dia pergi buat selamanya.

Alangkah terkejut mereka semua kecuali Jin dan Suga.  Ahli yang lain terduduk di atas lantai sambil menangis dan ada juga yang hampir pengsan dengan berita yang baru didengari itu...

V: Namjoon hyung sakit apa doktor?  *tanya V dengan nada yang lemah*

Doktor: Dia mengalami barah otak tahap 3 dan dia ialah pesakit hospital ni.  Saya sarankan untuk dia membuat pembedahan tetapi dia tidak mahu kerana dia tidak boleh tinggalkan kamu semua.

Semua ahli terkejut lagi termasuklah suga dan jin.  Mereka berdua tidak tahu yang Namjoon telah ditawarkan untuk membuat pembedahan dan mereka juga tidak pernah bertanya tentang hal itu... Pada saat itu mereka berdua merasakan yang mereka ialah sahabat yang tidak bertanggungjawab dia atas sahabat mereka yang lain..

Doktor: Saya harap kamu semua bersabar dengan dugaan ini.  Jika kamu mahu masuk, silakan. Saya minta diri dahulu.

Doktor itu pun berlalu pergi dan meninggalkan mereka disitu. Tanpa membuang masa mereka semua pun masuk ke dalam wad Namjoon dan hanya melihatnya yang terlantar disitu. Seluruh badannya sangat pucat. Sekali lagi air mata mereka jatuh. 

V: Kenapa hyung tak bagitahu kami,  hyung?  Sampai hati hyung biarkan diri hyung merana sorang sorang...

Sekarang mereka hanya berharap agar Namjoon sedar.  Mereka tidak sanggup melihat Namjoon pergi begitu sahaja.

Setelah 4 jam berlalu.......

Kelihatan jari Namjoon sedikit bergerak,  Kookie yang menyedari tindak balas Namjoon itu segera mengejutkan ahli yang lain.  Mereke semua mengelilingi katil Namjoon.  Perlahan lahan Namjoon membuka matanya.  Dia tersenyum melihat 6 wajah yang amat disayanginya itu.

Walaupun Namjoon memberikan senyuman kepada mereka.  Mereka tidak dapat membalas senyuman dia. Hati mereka tidak cukup kuat untuk melahirkan sekuntum senyuman.  Tanpa diminta air mata mereka semua jatuh.  Termasuklah Namjoon kerana dia tahu yang mereka telah tahu tentang penyakitnya itu.

Namjoon: Maafkan ak...

Tidak sempat Namjoon menhabiskan ayatnya Suga telah mencelah.

Suga: Kenapa kau tidak pernah bagitau hyung dan Jin hyung tentang pembedahan tu?!

Ahli yang lain terkejut kerana suga hanya menyatakan dirinya dan Jin sahaja.  Ini bermaksud yang selama ini mereka berdua telah tahu tentang penyakit Namjoon dan tidak memberitahu yang lain..

Jhope: Hyung berdua dah tahu pasal benda ni?  Kenapa hyung tidak bagitau kami?! SANGGUP HYUNG BUAT KAMI MACAM NI!!

jhope sakit hati kerana mereka berdua merahsiakan hal tersebut.

Namjoon: Jangan marah Suga dan Jin hyung. Aku yang minta diorang rahsiakan benda ni.  Aq tak nak korang sedih. Itu sahaja.

Mereka semua tersenyap seketika. Tiba tiba seorang jururawat masuk dan dia meminta mereka semua keluar sebentar kerana Namjoon perlu di periksa.

Namjoon hanya melihat mereka semua keluar.  Hatinya bermonolong...

Aku tahu susah untuk korang terima hakikat.  Tapi aku dah nak pergi tidak lama lagi.  Maafkan aku.

I Must Go Now ~Kim Namjoon~ [C]Where stories live. Discover now