TUDUHAN

205 15 8
                                    

Apabila Jimin sudah pergi dari kawasan tersebut. Suga keluar dari tempat dia menyorok. Dia memerhati setiap inci lorong tersebut dan kelihatan lorong tersebut seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Tiba-tiba satu gambaran bermain dalam mindanya

Di sebuah lorong

KAU KHIANATI AKU!!

Dia baru teringat, lorong inilah yang menempatkan Namjoon dan seorang lagi itu. Tapi apa yang Jimin buat dilorong tersebut. Tanpa berlengah lagi dia terus pulang kerumah untuk berjumpa dengan ahli yang lain.

Tiba dirumah, Suga memanggil Jimin dan Jhope duduk diruang tamu.

Suga: Hyung nak tanya.. Korang ada simpan dendam dekat siapa-siapa ke?

Soalan tersebut membuatkan Jhope dan Jimin sangat terkejut. Mereka hanya menggelengkan kepala. Suga akur. Dia bertanya lagi adakah mereka benar-benar tidak menyimpan dendam antara satu sama lain.

Sebenarnya Suga ingin mendengar jawapan dari Jimin kerana setakat ni semua bukti menunjukkan seperti dia ialah pembunuh itu.

------------------------

JIMIN POV

Selepas sahaja kami berkumpul di ruang tamu, aku terus naik ke bilik ku. Aku memang terkejut apabila soalan tersebut terpacul dari mulut Suga hyung. 

Takkan lah Suga hyung tahu pasal 'Dia' kataku seorang diri.

Aku mengeluarkan sebuah kotak dari dalam almari bilik ku. Kotak itu aku buka dan terlihat sekeping gambar dengan contengan marker merah diatasnya. Aku tidak tahu apa yang perlu buat dengan kotak ini lagi.

END POV

Suga masuk kedalam biliknya dan mencari semula kotak Namjoon yang dia jumpa dalam bilik Jimin. Dia menundukkan badannya dan mencari kotak itu dibawah katilnya. Pelik, kotak itu tiada disitu. Segera dia bangun dan mencari di setiap pelusuk biliknya tetapi malangnya tiada pun tanda-tanda kotak itu berada dalam biliknya.

Tergerak hati Suga untuk pergi kebilik Jimin. Langkahnya diperlahankan agar tidak membuat sebarang bunyi yang akan menarik perhatian sesiapa. Tiba di hadapan bilik Jimin, dia mendekatkan telinganya pada pintu bilik itu dan cuba memastikan yang keadaan selamat untuk dia masuk kedalam.

Tapi lain pula yang dia dengar. Dia terdengar yang Jimin bercakap seorang diri dan dia sedang bercakap tentang 'Dia'. Suga cuba mendengar dengan lebih teliti tetapi selepas itu tiada sebarang bunyi yang dapat dia dengari. Dia mengambil masa sedikit sebelum menyerbu masuk kedalam bilik Jimin.

Aksi Suga menyerbu bilik Jimin itu membuat Jimin sangat terkejut. Suga pula memandang Jimin dengan mata yang sedikit berapi dan api dimatanya bertambah marak apabila kelihatan Jimin memegang kotak yang tiada di dalam biliknya. Suga segera mengunci bilik Jimin dan berlari ke arah Jimin untuk merampas kotak itu.

Suga: Mana kau dapat kotak ni!* suaranya di tinggikan sedikit*

Jimin: Itu Jimin punya.

Suga: Kau tak payah nak tipu! Itu kotak Namjoon!

Jimin: Ma..Macam mana hyung tahu? *jimin sedikit cuak* sudah lama dia tidak melihat Suga marah seperti ini

Suga: Kau ke yang buat semua ni selama ni?! KAU KE YANG DAH BUNUH MEMBER YANG LAIN?!* Suga tidak dapat kawal intonasi suaranya*

Jimin: Ap..Apa yang hyung cakap ni? Sampai hati hyung tuduh Jimin macam tu

Suga: Tuduh? Semua bukti yang aku nampak selami semua menunjukkan kau! Malam yang Jin hampir mati tu, kenapa kau kat tingkat bawah sambil pakai baju hoodie dan seluar panjang? Lepastu, aku jumpa kotak Namjoon dalam bilik Namjoon! Masa pertama kali aku buka kotak tu hanya gambar Namjoon yang di pangkah. Tapi masa aku jumpa dalam bilik kau, gambar Kookie dah dipangkah juga.Malam kali kedua kita hantar Jin hyung ke hospital,  kenapa kau tak ada dirumah? Kau pergi mana? Jangan cakap kau yang racun Jin hyung!

Jimin terkelu. Mukanya tertunduk kebawah, tiada sebarang jawapan yang mampu dia berikan. Dia tidak sangka Suga akan menuduhnya.

Jimin: Masa tu Jimin pergi ambil angin di luar dan baru balik. Time tu hyung turun sambil bawa Jin Hyung. Pasal kotak itu, Jimin jumpa dalam bilik Namjoon dan memang masa tu gambar Kookie dah dipangkah. Masa second time Jin hyung masuk hospital pun Jimin keluar ke kedai kejap untuk beli snak. Sejujurnya hyung.......

Ayat Jimin terhenti.. Dia menarik nafas sebentar sebelum menyambung semula percakpannya.

Jimin: Jimin tahu pasal 'Dia'. Jimin pun tahu tadi hyung ikut Jimin masa pergi ke lorong tukan?

Suga: Macam mana Jimin tahu hyung ikut Jimin?

Jimin: Jimin nampak hyung kat sungai Han tu dan Jimin dapat rasa yang hyung ikut Jimin. Tapi percayalah hyung. Bukan Jimin yang buat semua perkara tu.

Suga menundukkan kepalanya. Dia tak sangka dia telah menuduh Jimin tetapi sebenarnya Jimin tak buat pun semua itu. Jadi sekarang siapa yang melakukan semua pembunuhan tu? Dia rasa bersalah pada Jimin.

Suga: Hyung minta maaf Jimin. Hyung tak patut tuduh Jimin macam tu.*mukanya masih tertunduk.

Jimin: Tak apalah hyung. Jimin tahu selami hyung selalu curiga dengan Jimin sebab hyung syak Jimin lah 'Dia'. Jimin faham. Bukan senang kita nak percaya setiap orang sekarang ni, lagi-lagi dalam situasi kita ni.

Suga hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Jimin itu. Matahari yang menerangi dunia tenggelam dengan perlahan-lahan dan memberi ruang kepada bulan pula untuk menerangi malam yang gelap bertemankan bintang-bintang yang berkelipan di ruang angkasa.

___________________

Mereka bertiga duduk di hadapan Tv dan menonton cerita. Tidak lama kemudian, loceng rumah mereka di tekan. Jhope bangun untuk membuka pintu utama rumah mereka. Tidak tahu kenapa, tiba-tiba tindakan Jhope itu dihalang oleh Suga. Dia memandang Jimin dan dia faham maksud air muka Suga itu. Dia juga merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.

Jhope yang sedikit blur itu, cuba menenangkan mereka.

Jhope: Kenapa ni?

Jimin: Biar jelah, tak payah buka pintu tu.

Jhope: Tak ada apalah Jimin. Jangan risau. Hyung ada pesan sesuatu tadi.

Suga: Kau pesan apa?

Jhope: Jjajamyeon* sambil menuju ke pintu*

Mereka masih rasa tidak sedap hati.

Pintu utama itu perlahan-lahan dikuak.......

#############

Hai Readers!!

Huhuhuh... Cerita ni sikit je lagi nak habis. Mungkin 1 atau 2 chap je lagi...

DON'T FORGET TO VOTE AND COMMENT

#KEEP READING

I Must Go Now ~Kim Namjoon~ [C]Where stories live. Discover now