JIN PULA

201 15 3
                                    

Doktor yang keluar dari wad kecemasan tersebut dikenali sebagai doktor Kim menundukkan wajahnya dari melihat wajah BTS. Jimin jadi semakin risau,segera dia mendekati Doktor Kim.

Jimin: Doktor bagaimana dengan hyung kami?

D.Kim: Maafkan saya, saya harap kamu semua bertabah ye. Kami tidak dapat menyelamatkan hyung kamu kerana kuantiti racun di dalam badannya terlalu tinggi.

Mereka yang mendengar apa yang diperkatakan oleh Doktor Kim itu sangat terkejut. Mereka terkaku. Jhope sudah terduduk semula dibangku yang disediakan di situ. 

Suga: Macam mana boleh ada racun dalam badan dia doktor?*tanya Suga sedikit tegas*

D.Kim: Kami mendapati racun itu masuk ke dalam badan melalui salur permakanan kerana tiada sebarang tanda-tanda ia masuk melalui suntikan. Boleh saya tahu.. Hyung kamu ada ambik apa-apa pil yang salah ke?

Jimin: Tiada doktor.

D.Kim: Baiklah. Kalau begitu saya beredar dahulu. Kamu semua kuat kan semangat ye.

Mereka hanya menganggukan kepala sahaja.

____________________

Pakaian serba hitam masih lengkap dipakai oleh mereka kerana mereka baru pulang dari majlis pengebumian Jin hyung. Tapi mereka tidak terus naik ke dalam bilik, malah mereka berkumpul di ruang tamu atas permintaan Suga. Dia meminta untuk Jhope menelefon V tetapi tiada sebarang jawapan yang mengembirakan dari Jhope. V langsung tidak mengangkat telefon.

Mereka duduk disitu tanpa sebarang suara. Semuanya kesunyian, kesunyiaan yang mereka benci dan berharap tidak akan datang lagi sebelum ini. Tetapi pada hari itu kesunyiaan itu datang semula. 

Akhirnya, Suga menyuruh mereka masuk ke dalam bilik masing-masing untuk menenangkan diri. Dia juga turut masuk kedalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar dengan berpakaian hoodie hitam, seluar jean dan topi. Niatnya adalah untuk keluar mengambil angin sebentar kerana perkara yang terjadi sekarang ini sangat mengusutkan otaknya.

Dia hanya membiarkan kakinya berjalan tanpa arah dan ia berhenti di Sungai Han. Arus yang tenang di situ sedikit sebanyak menenangkan hatinya. Tanpa di duga, dia ternampak satu susuk tubuh yang amat dikenalinya iaitu Jimin. Hatinya berkata apa yang Jimin buat di sini. Dia mengekori jejak jimin dengan senyap agar Jimin tidak sedar yang dia sedang diekori oleh Suga.

Suga mengekori Jimin hingga tiba di suatu lorong yang sangat gelap. Tiba-tiba Jimin berhenti disitu dan memandang kebelakang. nasib baik Suga memang sudah menyorok di sebalik tiang yang agak besar disitu. Dia tertanya-tanya apa yang Jimin buat disitu......

____________________

V POV

Sudah lama aku tak menjejakkan kaki ke rumah kami. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin perasaan marah telah mengawal diriku. Di sebabkan aku perlu membayar sewa hotel tersebut aku mengambil keputusan untuk berkerja di sebuah restoran makanan. Dan satu hari aku ditugaskan untuk menghantar makanan ke suatu rumah. Apabila aku melihat alamat rumah tersebut, aku tau itu rumah BTS. Aku menyuruh orang lain yang menghantarkan makanan itu tetapi aku yang menyediakannya.

Keesokannya aku terima banyak panggilan dari Jhope hyung tapi aku tak angkat sebab aku terlalu penat dengan syifku malamku. Niatku untuk menelefon dia dan bertanyakan khabar ahli yang lain tetapi niatku terbatal apabila aku menerima satu masej dari Jhope yang mengatakan yang Jin hyung telah pergi. 

Kepalaku memandang pusara Jin hyung dan bunga yang ku beli tadi aku aku letakkan disitu. Tanpa berlengah aku terus mengorak langkah ke pusara Kookie dan akhirnya Namjoon. Setiap pusara aku akan tinggalkan sejambak bunga. Selepas itu aku terus pulang ke hotel semula.

END POV

DIA POV

Aku tak sangka racun tu akan bertindak dengan cepat tak sia-sia aku beli. Aku cuma letak racun tu dalam makanan yang Jin akan makan sahaja kerana aku nak dia je yang mati dulu. Yang lain aku nak tengok diorang merana tengok seorang demi seorang mati depan mata diorang. Nasib lah tak ada sesiapa suspek aku yang letak racun tu. Aku tak puas lagi.

Nak tunggu aku puas? Sampai bila pun aku tak tau... Sorang lagi yang tau pasal aku, berjaya aku musnahkan. Next target mesti korang tau siapa kan. HAHAHAHA!!

JUST WAIT 

END POV

##############

HAIIII READERSSS

INI SATU LAGI CHAP UNTUK YOU GUYS.. Dah boleh agak x siapa pembunuh dia?

DON'T FORGET TO VOTE AND COMMENT

#KEEP READING

I Must Go Now ~Kim Namjoon~ [C]Where stories live. Discover now