TERBONGKAR

313 34 20
                                    

Pintu itu dibuka dengan perlahan-lahan. Jantung Suga dan Jimin berdegup dengan sangat laju. Mereka takut untuk mengetahui siapakah yang berada disebalik pintu itu. Pintu itu akhirnya terbuka luas dan menampakkan orang yang berada disitu.

Jhope: Wah dah sampai. Ini duitnya.

Pekerja yang yang menghantar Jjajamyeon itu mengambil duit tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Jhope. Kemudian, dia terus berlalu pergi. Suga dan Jimin yang takut tadi terus melepaskan keluhan kelegaan kerana yang berada di pintu itu bukanlah 'Dia'. 

Jhope terus duduk dihadapan Tv bersama dengan 3 mangkuk Jjajamyeon yang dipesan tadi. Dia menghulurkan Jjajamyeon itu kepada Suga dan Jimin. Mereka berdua tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Jhope kerana telah belanja mereka makan malam.

Belum sempat mereka menyuapkan makanan itu, loceng rumah mereka berbunyi lagi. Jhope bangun untuk membuka pintu. Katanya, mungkin pekerja tadi lupa untuk memberikan duit pulang. Mereka berdua hanya menganggukan kepala sahaja. Tetapi mata mereka masih setia memerhati pergerakan Jhope kerana malang itu tidak berbau. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku ketika itu.

Apabila pintu rumah di buka, mata Jhope terbuntang kerana orang yang sedang dia lihat sekarang ini bukanlah pekerja tadi. Tetapi seseorang yang tidak dikenalinya. Orang itu hanya berdiri disitu dengan berpakaian hoodie hitam,seluar jean, topi, glove dan mask di mukanya.

Jhope menggagahkan diri untuk menyapa orang itu.

Jhope: Bo..Boleh..Say..saya bantu encik?*suaranya tergagap akibat ketakutan*

Orang itu yang tadinya hanya menundukkan kepala, mula mengangkat mukanya. Jhope hanya mampu melihat bahagian matanya disebabkan mask yang orang itu pakai. Tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sebatang kayu besball dari belakangnya. Jhope yang semakin cuak itu mula mengundurkan diri kebelakang.

Tidak lama selepas itu, lelaki itu menghentak kepala Jhope menggunakan kayu besball tersebut. Jhope jatuh terjelupuk kebelakang dan itu menyebabkan Jimin serta Suga terus berlari kearahnya.

Suga: Jhope?! 

Suga cuba menyedarkan Jhope tetapi dia terhenti akibat melihat darah yang mengalir keluar dari bahagian kepala Jhope yang di hentak. Sekali lagi matanya tertangkap satu susuk tubuh yang sedang berdiri dihadapannya.

Jimin: KAU SIAPA?!

Suga: APA KAU DAH BUAT?!!

Orang itu hanya memandang mereka berdua dan dia tergelak tanpa sebab.

S&J: KAU "DIA" KAN?!!*jerit mereka berdua*

Lelaki itu berhenti ketawa dan memandang mereka sekali lagi. Kemudian satu anggukan kecil diberikannya dan dia ketawa semula..

Dia: Cepat betul korang teka aku siapa....HAHAHA!

Suga: KAU SIAPA SEBENARNYA HA GILER?!!

Dia: Teruk betullah kau ni Suga. Aku ingatkan kau dah tau aku siapa. Sedih betullah kau ni...HAHAHAHA!!!!

Jimin yang sudah geram dari tadi, menggempalkan penumbuknya.Dia berlari kearah 'Dia' dan menumbuk mukanya berkali-kali. Dalam pergelutan itu Jimin juga menerima tumbukan dari 'dia'. Hujung bibir Jimin sudah berdarah akibat tumbukan dari'dia'. Suga terus mencapai telefonnya untuk menelefon polis dan ambulan.

Jimin ditarik keluar dari pergelutan itu oleh Suga. Tanpa disedari tangan Jimin telah menarik mask yang dipakai oleh 'Dia'. Tindakan Jimin itu membuatkan 'dia' sedikit terkejut. Suga dan Jimin sudah memandang dan menanti untuk melihat siapakah yang bersembunyi disebalik mask itu dan bersembunyi di sebalik gelaran 'Dia'.

I Must Go Now ~Kim Namjoon~ [C]Where stories live. Discover now