SIAPA 'DIA'???

251 22 2
                                    

Mereka semua masuk kedalam bilik masing masing kerana sudah penat setelah balik dari pantai sebentar tadi. Suga tidak dapat melelapkan mata kerana dia asyik memikirkan tentang mimpi yang dia dapat dan botol yang Namjoon suruh dia cari. Sebelum dia melakukan tindakan seterusnya dia memastikan semua orang sudah betul betul tidur. Dengan perlahan-lahan dia turun ke tingkat bawah dan duduk di ruang tamu. dia menarik nafas yang dalam sebelum membuka penutup botol yang lagi tadi berada dalam genggamannya.

Surat yang berada dalam botol itu dikeluarkan dan dibuka gulungannya. Matanya asyik membaca setiap perkataan didalam surat yang dipegangnya itu...........

Hyung aku nak minta maaf sebab terpaksa buat semua ni. aku tak berniat nak semua ni pun. aku minta maaf sangat. Aku ada pengakuan nak buat. Sebenarnya aku tak sakit. Aku terpaksa berbohong.  Dia yang paksa aku buat macam ni kalau aku tak ikut dia akan buat sesuatu kat korang. Kau kena berjaga-jaga hyung. Aku tulis surat ni khas untuk kau. sebab kau orang pertama yang sedar keadaan aku yang sebenarnya buat aku takut. Aku takut dia buat sesuatu kat kau sebelum dia............ BUNUH AKU.......  

                                                                                                                                                  I'M SO SORRY

                                                                                                                                                   KIM NAMJOON

Suga tergamam, hatinya sakit, dia ingin sahaja mncari siapakah yang telah membunuh rakan yang paling dia sayangi. Dia akan menuntut bela atas pemergian Namjoon. Tanpa dia sedari air matanya mengalir. Sungguh hatinya sakit untuk menerima hakikat ini. Kenapa mesti Namjoon . Dia tidak faham. Dia keliru. Dan akhirnya dia tertidur disitu setelah surat yang dia baca tadi disimpan semula.

-------------------------------------------

Keesokannya--

Suga hyung... Ireona.. kenapa hyung tidur kat sini?

Suga yang sudah sedikit terjaga dan masih mamai itu seperti terlihat wajah....

Suga: Na.. Nam.. Namjoon?

Setemerta riak wajah pemilik suara itu berubah menjadi suram.

Ni kookie lah hyung (sedikit senyuman diberikan) Hyung bangun tau nanti Jin hyung marah kookie pulak sebab tak berjaya kejutkan hyung. ( terdengar sedikit ketawa didalam suara tersebut tetapi hanya dibuat-buat sahaja)

Suga: Okay....

Ketika mereka semua sedang bersarapan tidak ada sorang pun yang mengeluarkan suara sehinggalah Jin mengajak mereka semua untuk keluar ke mall untuk membeli sedikit barang dapur yang telah habis dan beberapa barang keperluan. Mereka semua kelihatan sedikit ceria kerana dapat melakukan sedikit aktiviti untuk hari ini. Tetapi Suga menolak pelawaan Jin atas alasan dia masih kepenatan selepas aktiviti semalam. Jin tidak mahu memaksa Suga, jadi dia hanya menunaikan permintaan Suga untuk dia tinggal dirumah.

Sebelum mereka bertolak. Jin sempat berpesan kepada Suga agar mengunci pintu semasa mereka tiada dirumah.

SUGA'S POV

Selepas mereka semua keluar aku mengambil keputusan untuk duduk di ruang tamu sambil menonton TV. Aku pun tidak mempedulikan rancangan apa yang disiarkan TV sebaliknya fikiranku tidak lepas memikirkan tentang bagaimana nak mencari 'dia'....

Tiba-tiba hatiku tergerak untuk memeriksa bilik Namjoon. Jadi aku naik ketingkat atas dan terus menuju ke bilik Namjoon. Perlahan-lahan pintu bilik itu dikuak dan aku melangkah masuk. Setiap inci bilik itu diperhatiku, namun tidak ada yang mencurigakan. Kemudian aku cuba mencari di dalam laci meja dan juga didalam almari milik Namjoon. Namun hampa kerana tidak ada sebarang petunjuk yang mampu aku temui. 

Lalu aku keluar dan meniggalkan bilik Namjoon dengan prasaan kecewa. Aku ke dapur untuk mencari air sambil otakku ligat memikirkan dimana lagi aku ingin mencari petunjuk yang mampu membantu aku menyelesaikan masalah ini. Dengan tiba tiba aku teringat yang Namjoon pernah menunjukkan satu kotak yang dia selalu guna untuk menyimpan barang barang yang penting. Terus aku berlari semula kebilik Namjoon untuk mencari kotak tersebut. Akhirnya aku jumpa kotak itu dibawah katil Namjoon. Aku membuka kotak tersebut dan aku sedikit terkejut kerana hanya terdapat sekeping gambar dan surat. 

Aku membelek surat dan gambar itu. Gambar yang asalnya terbalik itu aku terbalikkan terbalik untuk lihat gambar apakah itu. Mataku terbuntang dan gambar tersebut terlepas dari tangan ku.  Gambar itu menunjukkan gambar kami bertujuh tetapi muka Namjoon dipangkah dengan pen marker berdakwat merah dan terdapat tulisan yang berbentuk seperti ugutan ' KALAU KAU NAK KAWAN KAWAN KAU SELAMAT.. JANGAN BERANI BUKA MULUT'

Hati aku tiba tiba berasa sangat gemuruh... Adakah 'dia' itu berada dalam kalangan kami?? Banyak persoalan yang terbit dalam benak fikiran ku. Belum sempat aku ingin membuka surat yang turut berada dalam kotak itu. Aku terdengar bunyi pintu rumah dibuka. Dengan segera aku menyembunyikan surat itu dalam kocek seluarku dan kotak tadi aku sembunyikan semula. Tanpa membuang masa aku turun untuk menyambut kepulangan mereka.

END POV

***********************************************************************************************

Sorry guys author lambat update. Kalau ada typo atau ayat yang tak kena tu.... Sorry again

Don't forget to vote and leave some comment..

Nanti author update lagi k.....

I Must Go Now ~Kim Namjoon~ [C]Where stories live. Discover now