BYE BYE KOOKIE

217 18 7
                                    

Tiba-tiba hati Jin tergerak untuk mendekati mayat itu. Perlahan-lahan dia mendekati mayat itu sebelum diusung masuk ke dalam ambulan. Dia meminta izin pegawai yang bertugas disitu untuk melihat muka mayat itu dan dia telah diberi kebenaran.

Kain yang menutupi mayat itu diselak dengan berhati-hati..............

Jin: KOOKIEEEE!!!!!!*air mata Jin mencurah-curah*

Ahli yang lain berlari kearah Jin apabila terdengar jeritan itu tadi. Mereka sangat terkejut kerana Jin menangis disebelah mayat Kookie. Mereka yang lain hampir rebah ke tanah. Mereka mengeluarkan air mata. 

Jhope: Kookie... bangunlah.. janganlah tinggalkan hyung.. bangunlah..KOOKIEEEE!!!!

Jimin: Sabar hyung...*Jimin segera memeluk Jhope dan memenangkannya sambil dia turut menangis teresak-esak*

V melutut disebelah Kookie dan memegang tangan Kookie. Dia merasakan tangan Kookie sangat sejuk dan dia mengalirkan air mata sambil meraung meminta agar Kookie sedar..

---------------------

Mereka menangis semahu-mahunya di majlis pengebumian Kookie. Mereka tak sangka hari yang gembira diakhiri dengan tangisan. Yang membuat mereka lebih sedih ialah apabila doktor memberitahu yang Kookie mati dibunuh dan mayatnya ditemui di dalam tandas. Kes ini masih dalam siasatan.

Selepas majlis pengebumian berakhir, mereka terus pulang kerumah. Tiada suara pun yang kedengaran sepanjang perjalanan pulang mereka. 

Suga yang duduk ditempat penunpang itu termenung. Dia tahu siapa punca kematian Kookie. Ini kerja 'dia'. Dia dah tidak boleh berdiam diri lagi. Mesti cari siapa pembunuh itu sebelum orang yang dia sayang pergi meninggalkan dia lagi.

Sesampai sahaja dirumah mereka terus masuk kebilik masing-masing. Jin yang melihat kelakuan ahli yang lain itu membuatkan hatinya sedih. Kenapa selepas Namjoon pergi perlu Kookie juga mesti pergi meninggalkan dia.

Dia duduk diruang tamu sambil memegang secawan air yang diambilnya tadi didapur. Tiba-tiba Suga datang dan duduk disebelah Jin. Suga memandang Jin, dia dapat membaca air muka Jin. Dia tahu yang Jin bersedih, tetapi dia tidak tunjukkannya sebab dia perlu kuat untuk ahli yang lain. 

Suga: Jin hyung, aku tau kau tengah bersedih. Nangis ajelah jangan simpan. Benda tu menyakitkan.*Mata Suga hanya tertumpu kedepan*

Jin tertunduk, air matanya mengalir dengan sangat deras. Sejujurnya dia tidak boleh menerima hakikat. Dia tau sebenarnya dia tidak bersedia untuk kehilangan orang yang dia sayang buat kali kedua.

Suga yang melihat Jin sebegitu mula berasa sedih juga. Dia memegang bahu Jin dan memeluknya. Dia juga ingin memberi semangat untuk Jin. Selama ini, selepas pemergian Namjoon Jin lah yang paling banyak memberi semangat buat ahli yang lain. 

Jin: Hyung t..tak kuat... hyung tak mampu jaga korang dengan baik. Hyung tak mampu tunaikan permintaan Namjoon.*Jin bercakap dengan nada yang lemah*

Suga: Hyung tak boleh cakap macam tu. Kookie pergi bukan sebab hyung... tapi.....*Suga terhenti, dia tidak boleh cakap pasal 'dia' sekarang*

Suga: Hyung kuat.. Hyung yang bantu menceriakan hari kami selepas Namjoon pergi. Hyung tak boleh cakap macam arraseo.* Suga melihat muka Jin*

Jin melemparkan satu senyuman kepada Suga dan mengucapkan terima kasih kerana memberikan dia semangat.

Mereka berdua pun terus menuju kebilik mereka dan akhirnya semua ahli BTS dibuai mimpi...

Tetapi ada seorang yang mendapat satu pertunjuk tentang apa yang berlaku kepada Kookie di dalam mimpinya................

################################

AUTHOR NOTE

Sorry guys.. Chap ni pendek sebab author update dah lewat. Nanti author update lagi okay

DON'T FORGET TO VOTE AND COMMENT

KEEP READING

I Must Go Now ~Kim Namjoon~ [C]Where stories live. Discover now