TRAGEDI DI PAGI HARI

13K 34 1
                                    

Perasaan yang lain macam pada alat kelamin kembali mengalami konflik lebih dahsyat, sebaik bini bertanya soalan yang cukup mendebarkan.

"Mana adik N? "

Arghh, sudah! Tertinggal dekat masjid waktu solat Subuh tadi.

Terus aku pecut motor laju-laju sambil teringat peristiwa pagi tadi.

Terbayang peristiwa aku bangun menggeliat dalam kedinginan Subuh pagi tadi. Jelas terbanyang suasana aku bangkit sambil mengetatkan kain batik di pinggang. Terbayang juga aksi aku yang dalam keadaan mamai, mengejutkan bini yang sedang berselimut dengan kain pelikat.

Lantas tergambarlah babak sewaktu aku menggoyangkan tubuh bini dan sebagai lelaki beriman akhir zaman kononnya, aku mengingatkan bini dengan waktu solat Subuh yang sudah hampir nak masuk.

Tapi bini tidak bergerak! Sudah menjadi mayatkah?  Lalu aku menjilat jari telunjuknya dan meletakan di hadapan lubang hidung isteriku. Terasa perubahan suhu yang mendadak di jariku menandakan terdapat hembusan udara dari paru-parunya. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih memberikan kehidupan sehari lagi untuk isteriku menemaniku di dunia yang fana ini. Selang beberapa saat kemudian, bini aku terus terjaga.

Mungkin akibat bau busuk hujung jari yang disapu air liur basi. Woha!

Kemudian, babak seterusnya adalah peristiwa aku yang memulakan aktiviti dengan mandi hadas besar.

Lepas mandi,  sebaik membuka pintu bilik air, kelihatan anak perempuan aku sudah siap dengan kain sembahyang dengan alasan ingin ikut aku solat Subuh berjemaah di masjid. Tak pernah anak perempuan aku yang berumur tujuh tahun nak ikut solat Subuh.

Sebelum bertolak, aku sempat kejutkan anak lelaki tapi semua kekal di posisi asal. Hadkan kerugian, aku dan adik N sahaja yang ke masjid pagi itu. Balik nanti kita rotan mana yang belum solat.

Tamat sesi imbas kembali.  Motor ku pecut laju sehingga sampai ke perkarangan masjid. Semuanya kerana tertinggal anak sewaktu solat Subuh tadi.

Di tangga masjid  ada sorang budak perempuan tujuh tahun bersama beg sembahyangnya sedang menongkat dagu merenung masa depan.

Adohai, kesiannya.

Anak aku terus berlari ke arah motor, dan aku pula selepas tingkatkan motor terus berlari ke arah tandas masjid.

Selepas mengalami konflik pada anggota peranakan di rumah tadi, akhirnya aku merasa lega yang sangat luar biasa ketika membuang air kecil sehingga membuatkan pagi sedia ada bertambah indah seindah waktu Dhuha.
Alhamdulillah.




















Moral cerita : Wanita lebih afdal solat awal waktu di rumah berbanding di masjid. Harap maklum.

Kisah Laki BiniWhere stories live. Discover now