KEBAIKAN MEMBERI PINJAM

4.5K 15 1
                                    

Satu jam kemudian. Alhamdulillah.

Kereta kami laki bini telah selamat dipulangkan oleh bini Aziz MLM yang bertahi lalat besar tapi meter minyak telah berkurangan dari paras penuh kepada paras hampir penuh.

Aku tidak perlu nak mengumpat kerana teringat akan sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Bukhari dan diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr r.a. yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Ada empat puluh kebaikan dan yang tertinggi darinya ialah seseorang yang memberi kambing betinanya kepada seseorang lain supaya orang itu menggunakan susunya dan kemudiannya menyerahkan kambing itu kembali kepada tuannya. Dan sesiapa beramal dengan salah satu dari amalan tersebut dengn mengharapkan pahala dan dengan yakin terhadap janji Allah maka kerananya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga. "

Setelah aku membuat perubahan watak kambing kepada kereta, dan susu kambing kepada minyak kereta, maka keadaan telah menjadi aman damai dan pulih seperti sedia kala.

Semoga kebaikan ini menjadi asbab yang menyelamatkan nyawa kami dalam perjalanan nanti.

Ini agak deep, sila take note.

Kisah Laki BiniWhere stories live. Discover now