Pagi ini memang berniat nak tolong bini kemas rumah dan siapkan beg untuk kenduri kahwin adik sendiri lagi tiga hari. Sengaja bertolak awal sebab majlis tu dilakukan secara gotong-royong antara kami adik beradik.
Sebenarnya aku taklah zalim sangat biar bini buat kerja rumah sorang-sorang, sebab lepas aku susun folder kuning dalam PC, aku tolong buang sampah dekat recycle bin. Adohai..
Tapi kisah sebenarnya macam ni.
Nak lipat baju, aku tak reti nak padankan.
Basuh baju, mesin basuh dah basuhkan.
Jemur baju, anak-anak dah jemurkan.
Sapu lantai, bini dah sapu dulu.
Kemas bilik, bini dah kemas semalam.
Pakaikan baju anak, semua anak dah pakai baju.
Mandikan baby, sedang tidur pula.
Nak buat apa ni? Adohai.
Pergi dapur jap, semua pinggan dah basuh, meja dah kemas.
Arghh, susah nak buat keputusan sendiri, tanya binilah.
"Sayang, ada apa-apa yang boleh abang tolong?"
"Basuh kereta kita, ok juga. Nak jalan jauh, bagi mandi sikit!"
30 minit kemudian, kelihatan aku sedang update status dekat FB kisah tolong bini sambil duduk di kerusi memandu yang mana kereta sedang bergerak dibasuh mesin basuh kereta di drive thru car wash. Err, amaran! Komen dengan "Cerita tolong bini macam ni pun nak update dalam FB" akan di delete. I warn you! Woha!
YOU ARE READING
Kisah Laki Bini
FantasyKisah Laki Bini "Pesan aku. sila renung kisah salah seorang dari tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan kamu. Susahnya mereka hendak tiba ke tapak kenduri setelah diuji sepanjang perjalanan yang sepatutnya setengah hari telah menjadi tiga hari ti...