BILA JIRAN PINJAM KERETA

3.7K 17 1
                                    

Kereta dah siap servis. Terima kasih Pomen Husin Isim yang buat kerja dengan cepat dan berkualiti.

Sebaik memandu pulang ke rumah, kelihatan dua orang perempuan yang lebih rendah dari aku tapi lebih tinggi dari bahu aku berdiri dekat pagar. Salah seorang adalah bini aku yang mempunyai beberapa tahi lalat yang aku rahsiakan lokasinya daripada pengetahuan kamu semua. Seorang lagi adalah jiran yang sudah tentu aku tidak tahu lokasi tahi lalatnya kecuali di pipinya yang ada tahi lalat bulat, hitam dan agak besar. Beliau adalah bini Aziz MLM.

Kedatangan bini Aziz MLM di pagi yang indah ini sungguh menimbulkan minat di hati aku untuk mengetahui apakah tindakan selanjutnya jiran bertahi lalat besar itu. Lalu, selang dua tiga helai daun berguguran dari pokok yang ditiup angin, dan setelah kami meluahkan beberapa rangkap perbualan di hujung daun pintu, tahulah aku bahawa bini Aziz MLM berhajat untuk meminjam kereta kerana ada hal yang mustahak bagi pihak suaminya di pekan.

"Aku baru isi minyak penuh, baru servis kereta, baru basuh kereta, dan kami nak jalan jauh. " Kata aku dalam hati.

Tapi sebab mengenangkan bini Aziz MLM ini selalu juga tolong jaga anak kami, dan bini cakap masih ada beg yang belum kemas, maka di hujung pagi yang agak redup itu, kunci kereta telah bertukar tangan. Selamatlah kereta kami dipinjamkan kepada bini Aziz MLM selama sejam kerana hal kecemasan. Berdebar juga hati ini takut ada apa-apa yang berlaku pada kereta sebab kami laki bini nak jalan jauh, nak memandu dari Terengganu ke Kuala Lumpur.

Arghh, lupakan jiran bertahi lalat besar sekejap, sebab aku ada benda yang lebih saspen dari masalah bini Aziz MLM pinjam kereta sewaktu kami nak jalan jauh. Masalahnya, pagi tadi waktu servis kereta, aku jumpa kasut lelaki dalam kereta aku. Siapa punya kasut ni? Aku tanya Pomen Husin Isim, katanya bukan dia punya.

Bila diajukan soalan kepada bini, tak sempat bini jawab, anak sulung aku ambil dan pakai.

"Dah jumpa sebelah lagi! " Katanya sambil berlari-lari.

Rupanya kasut anak lelaki aku daa... Sudah besar rupanya kaki anak lelaki aku. Adohai. Terus saspen aku hilang bab kasut lelaki dan diganti balik dengan saspen takut kereta terjadi apa-apa sewaktu dipinjam oleh bini Aziz MLM.

Inilah sifat manusia, selalu bimbang dan risau yang bukan-bukan.

Hamka! Kerisauan sebenar bukan untuk dunia, tapi akhirat. Fokus!

Kisah Laki BiniWhere stories live. Discover now