Aku yang sedang memandu, (toot)
terdengar bunyi yang aku abaikan. (toot)
Aku teruskan memandu. (toot)
Arghh, bising pula. Belum sempat aku buat tindakan, ada bunyi lain pula yang muncul. (troooot, troooot)
"Assalamualaikum bang? Kat mana tu? " (toot)
"Waalaikumsalam, abang masih di hatimu." (toot)
"Haha. Yelah, tapi abang kat mana, dah siap basuh kereta? " (toot)
"Abang nak pergi rumah Pomen Husin Isim sekejap, nak servis kereta. " (toot)
"Hati-hati memandu ye bang. Jangan lupa pakai tali pinggang keledar. " (toot)
"Eh? Macam mana awak tahu abang tak pakai tali pinggang keledar? " (toot)
"Saya dengar bunyi alarm bang. "
***
Aku pakai tali pinggang keledar, bunyi 'toot' pun hilang. Bini mana tak sayang laki oiii... Lagi pun, utamakan keselamatan adalah sunnah nabi.
YOU ARE READING
Kisah Laki Bini
FantasyKisah Laki Bini "Pesan aku. sila renung kisah salah seorang dari tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan kamu. Susahnya mereka hendak tiba ke tapak kenduri setelah diuji sepanjang perjalanan yang sepatutnya setengah hari telah menjadi tiga hari ti...