SEMUANYA BERMULA DARI HATI

3K 28 1
                                    

Sebaik aku sampai di rumah Pomen Husin Isim, terus aku ternampak dari jauh sinaran kereta Pomen Husin Isim yang cantik berkilat yang membuat aku teringat dengan kereta sendiri yang berulat.

Betul! Kereta aku baru keluar dari car wash drive thru, tapi aku hanya basuh kat luar sahaja. Di bahagian dalam, kereta kau bersepah tanpa sempadan. Kesan dari hidup bersama empat orang anak yang baru belajar menyesuaikan saiz dunia, maka terlihatlah akan mainan, sampah, dan beberapa aksesori bergelimpangan di sana sini.

Aku tahu, Pomen Husin Isim ini agak cerewet tentang penjagaan kereta. Dia akan membebel laksana doktor yang membebel pada orang sakit kencing manis yang sedang minum air manis. Aku dengan pantas segera mengemas mana yang patut. Botol susu aku campak dalam bekas bawah kerusi, sampah aku pungut mana yang sempat dan cuba buat itu ini. Eh?  Kasut lelaki mana pula boleh ada dalam kereta aku ini? Arghh, cepat kemas ruang dalam kereta!

Tapi aku gagal kerana Pomen Husin Isim yang mahu tukar minyak hitam dan servis apa yang patut telah hampir ke pintu kereta. Apabila beliau melihat ruang dalam kereta yang berselerak, pomen itu terus tazkirah aku. Nasib baik aku dah basuh kereta kat luar tadi. Kalau tak,  lagi banyak Pomen Husin Isim ini tazkirah aku mengenai etika kebersihan dalam Islam.

Benar, aku tahu kereta Pomen Husin Isim begitu bersih. Lagi pun, Pomen Husin Isim banyak masa untuk lap kereta sebab solat di masjid hanya pada hari Jumaat. Patutlah sport rim berkilat ditambah pula hidup tanpa anak. Manalah sama nak dibanding dengan kereta aku yang diurus oleh orang perasan sibuk dan kereta pula dikongsi bersama empat anak kecil. Mana nak sama? Huhu...

Pomen Husin Isim sempat buat lawak dengan kereta aku yang dianggap macam lori sampah perbandaran. Dalam lawaj serta gelak, terkeluar ungkapan bahawa sebagai orang yang selalu ke masjid (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya),  kenalah menjaga kebersihan kerana kebersihan adalah sebahagian dari iman.

Betul kata Pomeb Husin Isim - lalu aku cover line dengan menyatakan bahawa kereta aku telah di 'patern' kan begini. Siapa tiru aku akan saman. Woha!

Teguran berilmiah dari Pomen Husin Isim itu membuatkan aku teringat akan zaman aku masih muda dan bujang. Sewaktu aku baru beli Motor RXZ. Hari-hari basuh motor dan lap sini sana. Bila malam tiba, aku simpan motor dalam rumah dan tidak sanggup sedikit pun melihat kekotoran pada motor RXZ kesayanganku itu. Jika boleh, aku mahu pasang ubat nyamuk bawah motor waktu malam sebab tidak mahu nyamuk hinggap di badan motor. Adohai.

Nak dijadikan cerita, ada kawan yang terlebih dahulu menjadi lelaki beriman akhir zaman sebelum aku, iaitu seorang ahli masjid. Dia sentiasa solat berjemaah lima waktu dan ada motor EX5 yang selalu kotor. Aku yang perasan bagus masa tu sempat menghina mamat masjid dengan berkata,  "Apalah kau ni.  Hari-hari pergi masjid kononnya, tapi motor kotor gila. Bukankah kebersihan adalah sebahagian dari iman? " Lalu mamat tu jawab dengan selamba. Satu rangkap perkataan yang aku ingat, hafal dan faham sehingga ke hari ini. Dan lafaz itulah yang aku ungkap pula pada Pomen Husin Isim yang tazkirah aku.

Lafaz itu berbunyi begini.

"Alangkah baiknya jika kamu dapat membersihkan hati kamu sebagaimana kamu membersihkan kenderaan kesayangan kamu. "

"Deep! "

Kisah Laki BiniWhere stories live. Discover now