BAB 1

82 3 0
                                    

Qalesya berjalan menuju ke kelas 2 Atlet.Suasana pagi yang sejuk membuatkan dirinya terasa seperti malas untuk melangkah masuk ke kelas.Langkahnya longlai menuju ke tempat duduk.

"Dia tak datang lagi ke?"Qalesya bermonolog.Dia melihat ke arah tempat duduk Qaleef.
"Ish,yang kau sibuk sangat ni dah kenapa Qalesya"dia bermonolog lagi.
Lalu dia pun mengeluarkan buku karangan dan menyiapkan karangannya yang masih berbaki satu perenggan.Semalam dia malas mahu menyiapkannya pagi ni barulah nak siapkan cepat-cepat,tu lah siapa suruh malas!

Selang beberapa minit Qaleef datang.Dia menuju ke tempat duduknya.Matanya tidak lepas memandang Qalesya yang tekun menyiapkan karangannya.Dia tersenyum sendirian.
Beberapa orang pelajar perempuan mula berbisik sesama sendiri apabila melihat kelakuan Qaleef yang asyik memandang Qalesya lalu tersenyum.

"Weh kau rasa Qaleef tu suka Qalesya ke?"
"Ntahlah aku"
"Handsomenya dia,lagi-lagi bila dia senyum"
Itulah antara perbualan rakan sekelas mereka yang dapat didengari oleh Qalesya.
"Qaleef suka aku?Haih,tak mungkin"Qalesya bermonolong.
"Lesyaaaaaa,buat apa tu?"sapa Amirah yang baru malabuhkan punggungnya di tempat duduknya di hadapan Qalesya.
"Saya tengah masak ni,tak nampak ke"balas Qalesya.Dah nampak orang tengah buat apa tanya lagi.
"Alaaa,saya saja je tanya,btw Humaira dtg tak hari ni?"tanya Amirah.
"Entahlah,semalam saya chat dengan dia kata nak datang"jawab Qalesya.
"Humaira ni semalam bukan main malas nak datang sekolah dia cakap,tapi dia tu tak pernah lagi tak datang sekolah"panjang lebar Amirah berkata.
"Hmm"balas Qalesya pendek.

♡♡♡

Qaleef duduk termenung di atas katilnya.Dia teringatkan saat kali pertama dia bertemu dengan Qaleesya.

"Ouh,maaf saya tak sengaja"ucap Qalesya apabila dia terlanggar seseorang ketika sedang tergopoh-gapah menaiki tangga.
"Takpe,saya ok je"balas Qaleef dengan senyuman.
Qalesya membalas senyuman lalu terus pergi meninggalkan Qaleef bersama dengan rakannya.
Qaleef hanya memerhatikan Qalesya,senyum dibibirnya tidak lekang."Hoi,amboi manisya senyum"sergah Fikri."Mana ada"kata Qaleef apabila kelakuannya diperhatikan oleh Fikri.
"Nama dia Areeffa Qalesya,orang panggil dia Qalesya"Fikri memberitahu nama orang yang dia bertembung tadi."Mana kau tahu?"Qaleef bertanya pelik dia baru sehari bersekolah dah kenal semua orang si Fikri ni."Dia satu Fardhu Ain ngan aku masa darjah 5 dulu,aku tau lah"jawab Fikri dengan megah.
"Eh,dah lah.Jom masuk kelas"ajak Qaleef.

Mereka masuk ke kelas 1 Atlet.Qaleef terpandang Qalesya yang berada di tempat duduknya.
"Dia satu kelas ngan aku?Yeayyy!!"monolog Qaleef.
Amboi bukan main gembira kau yer.

"Alamak,dia ke yang aku langgar tadi?Adoii,malunya aku.Apa nak buat ni?Dia tengok aku...Haa,senyum jelah"Qalesya terkejut melihat kehadiran Qaleef.
Terasa bahagia Qaleef bila senyumannya di balas dengan senyuman manis Qalesya tambahan pula Qalesya mempunyai lesung pipit,bertambah kecomelannya.

"Qaleef,turun makan"ibu Qaleef mengetuk pintu bilik anaknya.
"Baik ibu"jawab Qaleef.
Lamunannya terhenti apabila ibunya mengetuk pintu bilik.

♡♡♡

"Mirah,tengok ni"Humaira menghulurkan buku kepada Amirah.
"Buku apa ni?Macam best je"kata Amirah.
"Ntahlah,saya jumpa bawah meja Qalesya.Hihihi"Humaira berkata lalu tergelak.
"Suka hati dia je"kata Qalesya.
"Hehe,sorry"Humaira membuat muka kesian.
"Apa sorry-sorry?"Qalesya berkata dengan nada tegas saja dia mahu mengusik rakannya itu.
"Alaaa,dia ni. Orang dh mintak maaf..tak nak kawan nk merajuk"Humaira mengsilangkan tngannya lalu memusingkan badannya.
"Saya gurau jelah awak.Alololo majuk lak dia"pujuk Qalesya sambil memeluk Humaira.Amirah dan Diana hanya memerhatikan gelagat mereka.
"Tak habis-habis korang ni"Diana bersuara setelah lama menyepi.
Guru tiada di dalam kelas apalagi masing-masing membuat kerja sendiri.Nasiblah keadaan kelas masih terkawal tidak terlalu bising.

Humaira dan Diana ke tandas.Fikri menghampiri Qalesya lalu duduk di tempat duduk Humaira disebelahnya.
"Qalesya,pinjam buku latihan sains"pinta Fikri dengan muka membuat muka kesian.
"Nak buat apa?"tanya Qalesya.
Fikri hanya tersenyum dan mengkedipkan matanya beberapa kali.Qalesya faham akan tujuannya tak lain tak bukan tak siap kerja sekolah lah tu!!
Malas hendak melayan Qalesya mengambil bukunya di dalam beg lalu memberikannya kepada Fikri.
"Buat apa lagi dekat sini?Nak apa lagi?"tanya Qalesya kerana Fikri tidak berganjak dari tempat dudukHumaira."Nak hati awak.Hehehe"jawab Fikri sambil tergelak sengaja dia mahu mengusik Qalesya."Hishh,dah lah pergi-pergi"Qalesya sudah geram nadanya sedikit tegas."Amboi,garangnya awak ni.Janganlah marah saya"kata Fikri lagi dengan nada simpati semakin bertambah pula mengada si Fikri ni haihh!!."Yelah,awak sila balik ke tempat awak sekarang juga"kata Qalesya dengan nada lembut dan senyuman terpaksa dia membuat muka menyampah dgn sikap mengada-ngada Fikri.

"Fikri ni tak reti nak blik tempat duduk ke.Dah dapat apa yg dia nak blik lah terus"getus hati Qaleef.Terasa jealous melihat Fikri mengusik Qalesya."Emm,Qalesya kau ketuk je kepala Fikri tu dia memang macam tu tak makan ubat lagi"Qaleef bersuara dia terus menyambung membuat latihan matematik.Fikri pun pergi ke tempat duduknya disebelah Qaleef.

"Weh,Leef.Kau jeles ke?"tanya Fikri dengan suara separa berbisik sambil tergelak.Takut akan rahsia tentang Qaleef menyukai Qalesya diketahui oleh tablematesnya yang lain.
Qaleef membalas pertanyaan Fikri itu dengan renungan yang tajam. Tawa Fikri masih bersisa namun dia tetap menyambung kerjanya.

Tanpa disedari mereka diperhatikan seseorang dari luar kelas.

Rahsia Kita [C]Where stories live. Discover now