Selesai makan,Qaleef mengajak Qalesya bersiar-siar di sekitar taman di bandar itu.
"Eh,Leef.Kau cakap ada benda penting nak bagitahu.Apa dia?"tanya Qalesya memecahkan kesunyian tak kala mereka sedang menikmati hembusan angin sepoi-sepoi bahasa itu.
"Erm,Lesya.Sebenarnya.."Qaleef mula gelisah dia memandang ke arah lain untuk menghilangkan debar didada.
Qalesya hanya menanti apa yang bakal keluar dari mulut Qaleef.Namun dia juga turut rasa berdebar entah kenapa.
"Sebenarnya,aku..dah lama suka kau"perkataan itu keluar dari mulut Qaleef dia mengecilkan matanya kerana bimbang dengan reaksi Qalesya.
Qalesya seolah-olah terpaku dengan ayat itu.Betulkah apa yang dia dengar?Satu senyuman mahu di ukirkan tapi timbul rasa malu-malu.
"Be..betul ke?"tanya Qalesya dengan tergagap-gagap.
Qaleef mengangguk satu senyuman diukirkan namun jelas tampak kerisuan di wajah kacak itu."Sebenarnya,aku pun dah lama suka kau"luah Qalesya dia menguntumkan senyuman buat Qaleef.
Qaleef tersenyum lebar."Weh,aku tak percaya kita suka sama suka camni dowh..a..aku expact aku akan kena friendzone dah tadi"Qaleef berkata senyuman tak lekang dibibirnya.
"Aku pun tak sangka,yelah takkan aku pulak nak pergi luah kat kau.So bila kau luah camni aku pun luah lah apa yg aku pendam"Qalesya tersenyum malu.
Terasa situasi awkward di situ buat seketika.
♡♡♡
Hafidz menunggu Qalesya di restaurant itu katanya Qalesya mempunyai berita gembira.
"Awak...dah lama ke tunggu?"sapa Qalesya.
"Hah?Eh,tak ada lah dalam satu jam"Hafidz berseloroh.
"Hishh,sorry lah.Awak tahu kan perempuan kalau nak bersiap macamana"Qalesya tersengih.Mereka berdua memesan air masing-masing.Setelah air yang dipesan sampai bersama sepinggan fries yang dipesan Hafidz tadi Qalesya pun membuka cerita tentang khabar gembiranya.
"Awak tahu tak.Haritu Qaleef luah perasaan kat saya.Dia cakap dia suka saya"muka Qalesya berseri-seri dia mengacau airnya dengan straw.
"Ouh yeke? Then? Awak pun luah lah?"tanya Hafidz dengan nada gembira.Dia cuba untuk selindungkan keretakkan di hatinya.
Qalesya mengangguk malu.
"Tahniah,so ni je lah berita gembira tu?"tanya Hafidz.
"Yup"jawab Qalesya."Ingatkan awak nak bawak saya pergi holiday ke ape"Hafidz membuat wajah sedih saja dia mahu mengusik Qalesya.
"Eh,dia ni kan"Qalesya mengetuk lengan Hafidz dengan phone ditangannya.
♡♡♡
Qaleef:Jul,aku dah luah kat Qalesya😁😁dia terima wehhhh!!!
Tajul:Wah!!!Congrats broo✨Im happy for you!"Apa yang awak tersengih-sengih tu?"sapa Nurin dari dapur.
"Takde apelah ni haa Qaleef ni dah luah kat Lesya pastu Lesya terima dia"jelas Tajul.
"Yeke?Alhamdulillah.Eh,awak tolong jaga anak ni kacau saya nak masak ni"kata Nurin.Tetapi adakah dia akan membongkarkan rahsianya?
♡♡♡
Hafidz,Qalesya,Qaleef,Amirah,Azim,Nurin,Tajul,Fikri,Diana,Humaira dan Danish berkumpul setelah lama tidak berjumpa.Masing-masing yang sudah berkeluarga membawa anak-anak mereka banyak kerenahnya.
Fikri dan Diana kini sudah mendirikan rumah tangga yang baru di bina 9 bulan lalu.
Nurin dan Tajul kini mempunyai seorang anak lelaki bernama Zafril yang kini sedang menginjak usia 3 tahun dan khabarnya Nurin sedang mengandung anak kedua mereka berusia 2 bulan.
Humaira dan Danish pula mempunyai sepasang kembar lelaki dan perempuan diberi nama Daniesya dan Daniel yang kini berusia 2 tahun.
Amirah dan Azim mempunyai seorang anak lelaki bernama Faliq yang berusia 1 tahun.
Qalesya dan Qaleef kini dalam ikatan pertunangan dan merancang untuk berkahwin awal tahun hadapan.
Hafidz pula sering keluar masuk hospital kerana keadaan kesihatnnya yang merosot dan hanya Humaira yang tahu akan hal itu.
"Weh,comelnya anak korang!!!Geram la Aunty Lesya tengok!"Qalesya memang sukakan budak-budak.
"Hah,cepat lah kahwin..bila time kitorang nak tengok anak kau pulak"kata Fikri selamba.
"Eh kau ni"merah muka Qalesya.Yang lain hanya gelak melihat situasi itu.
"Korang,anak korang degil tak? Penat aku dengan Faliq ni macam mana nak bagi behave sikit"tanya Amirah."Hurmm,dah namanya budak-budak sama je Mirah.Ni Zafril ni bukan reti duduk diam banyak je kerja dia kalau kat rumah tu"bebel Nurin sambil melihat anaknya.Zafril hanya tersengih dia tahu yang umminya sedang bercakap halnya.
"Sekurang-kurangnya korang sorang je,aku ni ha double!"Humaira pula bersuara.
Mereka semua bergelak ketawa begitu juga dengan Hafidz namun di sebalik gelaknya terselindung seribu kedukaan.
Melihat kebahagiaan yang dimiliki oleh rakan-rakannya membuatkan dia bersedih.
Dia juga ingin memiliki teman hidup,tapi dia tahu hajatnya tidak akan tercapai.
Tapi peracangan Allah siapa yang tahu?
♡♡♡
"Wey,korang aku balik dulu lah.Aku ada kerja sikit nak buat kat rumah"bicara Hafidz ingin mengundur diri.
"Ouh,ok.Hati-hati ya awak"pesan Qalesya sambil menguntumkan senyuman mesra.
Di sudut hatinya,dia dirundung pilu.
Entah mengapa Qalesya merasakan itu umpama senyuman dan detik terakhir buat Hafidz.Hafidz bangun meninggalkan rakan-rakannya yang lain.
Tiba-tiba dia merasakan dunia seakan berputar.Hafidz rebah.
Semua yang berada disitu seakan terkejut.Muka Hafidz berubah pucat dan ada kesan darah di tangannya.Suara rakan-rakan yang memanggil namanya perlahan-lahan hilang tak kedengaran lagi.
Pengsan.
♡♡♡
Di tepi katil Hafidz,Qalesya menjadi peneman setianya.Esak tangisan jelas kedengaran di telinga Humaira yang berada di pintu wad itu.
Lemah hati melihat Qalesya sebegitu.
"Kanapa awak tak pernah bagitahu saya pasal ni Hafidz?Awak sakit...kenapa awak tak bagitahu walaupun awak dah lama tahu Humaira?"tersedu sedan suara Qalesya menuturkan kata."Ma..afkan saya.Tapi ini janji saya dengan Hafidz dia taknak awak tahu,sebab dia taknak buat awak risau Lesya"jelas Humaira.Ada mutiara jernih dipipinya.
"Hafidz,awak jahat.Kenapa awak tak cakap dekat saya yang awak sakit..kenapa?"Qalesya berbicara walaupun dia tahu Hafidz masih tidak sedarkan diri.
"Awak lagi jahat Lesya"perkataan itu kedengaran dari mulut Hafidz.Air mata mengalir di pipinya.
Qalesya terkejut.Hafidz sudah sedar?Alhamdulillah! Tapi kenapa Hafidz berkata sedemikian?
YOU ARE READING
Rahsia Kita [C]
Short StoryApabila masing-masing mmpunyai perasaan sesama sndiri tpi tkut untuk diluahkn.Perasaan itu dibiarkn mnjadi rahsia di hati mereka.Walaupun tlah lama memendam, perasaan itu tidak pernah pudar di hati mereka. . . . . . . Areeffa Qalesya-seorang gadis y...