BAB 11

11 2 0
                                    

"Saya nak spend time dengan awak lebih sikit boleh?"tanya Hafidz.
Qalesya dihujani beribu soalan.

Pelik.

Tadi Hafidz cakap dia jahat.Sekarang dia nak spend time dengan Qalesya.
Puzzle ape yang Hafidz bagi ni?

"Boleh,apa salahnya awak kan sahabat yang paling saya sayang"Qalesya tersenyum.

♡♡♡

Lemah.

Itulah apa yang dirasakan Qalesya sebaik sahaja mengetahui isi surat yang diberikan oleh Tajul.Surat itu merupakan luahan isi hati Hafidz.

Ya,Tajul juga mengetahui perasaan Hafidz terhadap Qalesya dan dia juga orang pertama yang mengetahui tentang penyakit Hafidz.

FLASHBACK

"Assalamualaikum,Fidz.Aku ada beli makanan sikit ni kau nak tak?"laung Tajul sebaik sahaja memasuki rumah.

Senyap.Tiada sahutan.

Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati lalu mengambil keputusan untuk memeriksa bilik Hafidz.

"Ya Allah!"

Sekujur tubuh terbaring di atas lantai dan tangannya ada sehelai kain yang mempunyai tompokan darah.

Kepalanya juga berdarah mungkin dia terjatuh lalu terkena bucu katil kerana ada kesan darah disitu.

Tajul segera mengangkat Hafidz dibawa masuk ke dalam kereta lalu menuju ke hospital.

Sewaktu itulah dia dapat mengetahui yang Hafidz merupakan pesakit kanser peparu.

Dia diminta merahsiakan hal itu dari semua orang.Malah surat itu ditulis oleh Hafidz pada malam itu dan Tajul diminta untuk menyerahkannya kepada Qalesya jika tiba waktu yang sesuai.

END FLASHBACK

Tajul rasakan itulah masa yang sesuai untuk menyerahkan surat itu.

"Kenapa aku buta sgt untuk lihat orang yang selama ni mencintai aku hanya orang yang selalu dekat dengan aku?"Qalesya bermonolog.

Surat itu tertulis luahan rasa cinta Hafidz kepada Qalesya,mengapa dia merahsiakan penyakitnya daripada Qalesya dan kata-kata semangat buat Qalesya.

Saya akan pergi jauh nanti,saya harap awk jga diri awk,jga solat,jga iman..

Ayat di akhir surat itu membuatkan tangisan Qalesya bertambah kuat.

♡♡♡

Seminggu berlalu,Qalesya menghabislan masanya bersama Hafidz.

Tubuh Hafidz semakin kurus dia juga tidak mampu untuk berjalan melainkan dipimpin.

"Thanks for everything Lesya"ucap Hafidz.
"For what?"soal Qalesya.

"Sbb awak sanggup luangkan masa awak sampai saat ini"senyuman terukir dibibir pucat itu.

"Sepatutnya dari dulu lagi sedar yang orang yg sayang,cintakan saya hanya ada dekat saya je..saya buta Hafidz.Kalau saya tahu dari dulu lagi saya akan bagi perhatian kat awk"luah Qalesya air mata tak dapat ditahan lagi.

"It's okay.Hadir awak mnjadi sahabat saya dalam hidup ni pun dah cukup.Saya gembira sangat.Dah jangan sedih-sedih buruk tau"usik Hafidz.

Qalesya memuncungkan bibirnya lalu dia tergelak.

"Saya tak sabar nak jumpa ibu dan ayah,mesti diorang tengah tunggu saya"ucapan itu keluar dari mulut Hafidz dia memandang ke syiling bilik itu.

"Dah sampai masanya untuk saya berjumpa diorang"sambung Hafidz.

"A..apa yang awak cakap ni?"Qalesya seolah-olah tak mampu memproses apa yang dikatakan oleh Hafidz.

"Halalkan makan minum saya ya,simpan segala memori kita bersama.Sematkan supaya ia kukuh dalam ingatan"nafas Hafidz kian tersekat-sekat.

"Hafidz!"Air mata jatuh dipipi Hafidz.
Qalesya menyebut kalimah syahadah agar diikut oleh Hafidz.Gerak bibir Hafidz mengikut kalimah suci yang disebut oleh Qalesya.

"Allah"perkataan terakhir keluar dari mulut Hafidz sebelum hembusan nafasnya yang terakhir.

Matanya tertutup perlahan-lahan.
Tiada nafas,kaku.Badannya mulai sejuk.

♡♡♡

Amirah,Azim,Humaira,Danish,Nurin,Tajul,Qalesya,Qaleef,Diana,Fikri dan sanak saudara Hafidz berkumpul untuk bacaan Yaasin,solat jenazah seterusnya mengebumikan jenazah Hafidz.

Sungguh tenang wajah Hafidz ketika dikafankan tadi.Dia bagaikan orang yang sedang tidur lena,senyuman terukir bagaikan melihat gambaran pengakhirannya di sana.

Hafidz seorang anak yang soleh,sahabat yang baik,rajin tak pernah mengeluh ketika membuat kerja.

Segala kenangan bersama Hafidz takkan mereka lupakan.

Qalesya hanya memandang orang mengangkat jenazah Hafidz untuk ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah Hafidz.

Sayu hatinya,sahabat yang ada disaat susah senang kini telah pergi buat selamanya.

"Sabar ya Lesya"Amirah merangkul bahu Qalesya.

Tangisan dihamburkan di bahu Amirah.

"Awak jangan macam ni,redhailah pemergian dia"lembut Humaira berpesan.

"Awak kuat ya,Allah sayangkan dia.Dia dah menderita kat dunia,skang ni biarlah dia bahagia dekat sana"Nurin mengukirkan senyuman.

Mereka tahu ini sukar buat Qalesya.
Mana taknya sudah hampir berpuluh tahun dia bersama Hafidz dan kini Hafidz sudah pergi buat selama-lamanya.

"Dia bahagia kat sana"Qalesya mengukirkan senyuman bagaikan melihat bayangan Hafidz sedang tersenyum di hadapannya.

Mereka berpelukkan.

♡♡♡

"Aku tak sangka Hafidz sanggup korbankan perasaan dia"kata Qaleef.

"Dahlah,dia dah bahagia kat sana,dengan mak ayah dia"kata Tajul tidak mahu membuka cerita tentang hal itu lagi.

Tajul masih berasa sedih dengan kehilangan Hafidz.

"Dah 1 bulan dia tinggalkan kita,tapi aku macam dia masih ada kat sini weh,dengan kita...macam tengiang-ngiang lagi dia punya suara,nasihat gelak dia tu,Allahu"luah Danish.

"Tu lah,mana nak cari sahabat sebaik tu..Al Fatihah"ucap Fikri lalu menadah tangan diikuti yang lain.

♡♡♡

2 tahun kemudian.

Sudah 6 bulan Qalesya dan Qaleef mendirikan rumah tangga bersama.

Mereka bahagia.

Mereka juga tidak lupa untuk menziarahi kubur Hafidz setiap minggu.

"Sayang,abang harap kebahagian yang kita ada ni akn kekal sampai bila-bila"bicara Qaleef.

"Aamiin..Abang,mungkin Hafidz tak jumpa jodoh kat dunia tapi dia jumpa bidadari syurga disana kan?"kata Qalesya.

Qaleef hanya tersenyum mengiyakan apa yang dikatakan oleh Qalesya.

♡♡♡

Hargailah mereka yang ada bersama kita.
Kerana manusia takkan pernah menghargai selagi mereka belum kehilangannya.

Rahsia Kita [C]Where stories live. Discover now