BAB 3

16 2 0
                                    

KRINGG!!

Loceng menandakan waktu balik sudah berbunyi.Semua murid brpusu-pusu keluar dari kelas.Begitu juga dengan Qalesya,Amirah,Diana dan Humaira.

Sampai di pertengahan jalan menuju pintu pintu pagar baru Qalesya sedar dia telah tertinggal sesuatu di dalam kelas.

"Korang,sorry saya tertinggal buku lah bawah meja.Korang baliklah dulu saya nak naik atas kelas jap"kata Qalesya.
"Ok"jawab mereka serentak.

Qalesya berlari-lari anak menuju ke blok yang menempatkan kelas mereka.Kelas mereka berada di tingkat dua.

Qalesya masuk ke dalam kelas,kosong semua pelajar telah pun turun dari bangunan itu.
Sedang Qalesya sibuk memasukkan buku yang diambil bawah meja kedalam beg,Zarif sepupunya sedang memerhatinya dari luar.Zarif sama umur dengan Qalesya tetapi dia berada di kelas yang mengambil aliran sains komputer.

Zarif berjalan menuju ke tempat Qalesya sedang berdiri.Dia sendiri menyimpan perasaan terhadap Qalesya.Qalesya masih tidak menyedari kehadiran Zarif di situ.
Zarif memeluk tubuh kecil Qalesya dari belakang membuatkan tangan Qalesya tidak boleh bergerak.

"Siapa ni?!"Qalesya meronta-ronta utk melepaskan diri dari pelukan itu.
"Shuhh,duduk diam jelah.Aku takkan apa-apakan kau"kata Zarif sambil melentokkan kepalanya ke bahu Qalesya.
"Zarif?Eee..lepaskan aku!"Qalesya mula bertindak kasar tidak senang apabila dirinya diperlakukan begitu.

Qalesya dilepaskan.Qalesya mencapai beg lalu cuba melarikan diri.Namun lengannya direntap dengan kuat tubuhnya jatuh tersungkur.Zarif mula mendekati Qalesya.Qalesya berundur ke belakang.

"Aku suruh kau duduk diam je,tu pun susah ke?"bisik Zarif ke telinga Qalesya.Tubuh Qalesya kini bersandar di dinding.Takut akan perbuatan Zarif itu air mata cuba di tahan dari keluar.
Zarif mengulus pipi Qalesya dengan jarinya.Qalesya menepis kasar.

"Woii!!!Apa kau buat pada Qalesya?!!!"sergah satu suara kasar dari luar.Satu tumbukan hinggap di pipi Zarif membuatkan dia tersungkur.
"Hafidz!"jerit Qalesya apabila melihat Hafidz yg menumbuk Zarif.
"Kau ni kacau betullah!Aku nak main ngan sepupu aku sendiri pun tak boleh!"marah Zarif dia terus keluar ke kelas.Terasa sakit dipipinya namun dia tersenyum sinis apa yg telah dia lakukan pada Qalesya tak akan dia lupakan.Hampir berjaya rancangannya namun diganggu oleh Hafidz.

"Awak ok Qalesya?"tanya Hafidz.
"Saya ok..Nasib baiklah awak ada tadi"kata Qalesya.
Mereka berjalan bersama menuju ke pintu pagar.

♡♡♡

Qaleef berjalan membuat rondaan di sekitar sekolah.Dia terlihat satu susuk tubuh yang amat di kenalinya berdiri di tangga.
"Assalamualaikum"sapa Qaleef.
"Waalaikummussalam,eh kau rupanya"jawab Qalesya.

"Semalam kerja matematik yg cikgu bagi tu kau siap tak?"
"Siap sikit je.hehehe"
"Nak pinjam boleh?"
"Eh,eh calon ketua pengawas pun tak siap kerja sekolah ke?"

Qaleef hanya tersenyum.Dia sudah tahu sikap Qalesya suka bergurau dengan memerli.
Loceng sudah berbunyi menandakan semua pelajar perlu turun ke dewan utk bacaan Al Quran setiap pagi.

Qaleef pun meneruskan tugasnya meronda kawasan sekolah dan juga memastikan agar semua pelajar sudah turun ke dewan.

♡♡♡

Lagi beberapa hari cuti sekolah akhir tahun bakal menjelma.SPM pula bakal menyapa mereka apabila buka sekolah tahun depan.

"Hmm,sekejap je kan waktu berlalu.Tahun depan dah SPM lepas tu kita semua ikut haluan masing²."kata Amirah dengan nada sayu.
"Tu lah,lepas dapat result mesti semua dah busy dengan hal university.Jarang lah kita dapat berjumpa"kata Diana pula.

"Korang ni,jgn cakap macam tu.Lambat lagi kot.Jangan buat saya sedih"ujar Humaira.
"Apa ni tak nak sedih-sedih,akhir tahun nak happy exam dah habis kot"sampuk Fikri lalu duduk bersila di sebelah Amirah.

Mereka memang begitu tempat untuk bersembang yg paling best adalah di belakang kelas iaitu di sudut rehat yg disediakan juga buku-buku untuk dibaca. Tikar juga dihamparkan untuk lebih selesa.Kasut perlu dicabut dan diletakkan di tepi sudut itu.

"Ehem,bakal ketua pengawas kenapa monyok je ni?"tegur Fikri apabila Qaleef baru sahaja duduk disebelahnya.
"Tahun depan,mesti mencabar kan?Yelah,nak kena jadi ketua pengawas lagi,SPM lagi.Harap-harap aku dapat uruskan semua tu dengan mudah"kata Qaleef.

Sementara itu Qalesya masih lagi termenung dan gelak sendirian.Entah apa yg difikirkannya smpai gelak sorang-sorang.

"Sudah,bakal ketua pengawas perempuan dah gelak sorang-sorang.Stress sgt ke apa kau ni?"tegur Hafidz yang duduk bersila di sebelah Qalesya.
"Hah?Eh,mana ada saya gelak sorang-sorang"kata Qalesya yg baru tersedar dari lamunannya.Merah mukanya yang putih itu menahan malu apabila sikapnya diperhatikan oleh rakannya yang lain.

Qaleef hanya tersenyum melihat Qalesya yang masih malu.

Rahsia Kita [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang