BAB 9

14 2 0
                                    

Kalendar dipandang sekilas.
Lagi 1 minggu dia akan jalani pembedahan.

"Aku kena jauhkan diri dari Qalesya buat masa skrg"monolog Hafidz.
Dia mahu menghilangkan diri sepanjang tempoh pembedahan itu berlaku dan dia juga tdk mahu Qalesya mengesyaki apa².

Iphone miliknya berbunyi panggilan seseorang masuk.Ternyata terpapar nama Qalesya di screen.

Hafidz berasa serba salah mahu menjawab panggilan itu ataupun tidak.
Lantas dia membiarkan sahaja telefonya berbunyi.

Selepas itu dia terus mematikan telefonnya.

"Knpa Hafidz tak angkat ni?Aku ade buat salah ke dekat dia?"seribu kerutan di dahi Qalesya.

Dia risau kerana sudah hampir 2 minggu Hafidz mengambil cuti.Bila di tanya semua orang tidak tahu sebabnya.

Kata mereka Hafidz tidak dapat dihubungi.Bertambah kerisauan Qalesya trhadap sahabatnya itu.

♡♡♡

"Ya,Allah bgilah kekuatan utk hambaMu ini"Hafidz berdoa agr diberi kekuatan utk mghadapi segala cbran di dunia ini.

Air mata mengalir tak kala matanya memandang gambar arwah ibu dan ayahnya yg sudah kembali ke Rahmatullah 1bulan yg lalu.

Kael tak kuat.

Perlahan-lahan air mata menitis jatuh dari tubir mata.Malam itu menjadi sayu,Hafidz tertidur bertemankan air mata.

♡♡♡

Pembedahan selesai semuanya berjalan lancar..Ya Allah syukur padaMu.

"Doktor Humaira,ni ada pesakit baru sahaja lepas pembedahan.Doktor Tina yg sepatutnya bertugas jaga dia tpikan dia eksiden kelmarin so,awk yg kena ganti dia"arah Doktor Yazid sambil menghulurkan fail pesakit.

"Ouh,ok doktor.Saya keluar dulu ya"kata Humaira sambil tersenyum.

"Siapa pulak ni?"monolog Humaira.
Namun saat dia membaca nama yang tertera di fail dan maklumat pesakit tersebut,dia seakan kelu tidak percaya.

"Hafidz Mikael Bin Haris,pesakit kanser paru-paru tahap 3"baca Humaira dia menutup mulutnya,menahan sebak.

"Ya,Allah...Hafidz knapa kau rahsiakan semua ni?"

♡♡♡

Pintu wad dibuka.Hafidz menoleh melihat kehadiran siapa yg datang.
Terkejut dia apabila melihat wajah Humaira yg terpampang di muka pintu wad itu.

"Assalamualaikum,Hafidz"Humaira tersenyum.
"Waalaikumussalam"Hafidz masih kaku.

"Mulai harini,aku doktor kau.Kau tanggungjawab aku untuk jaga kau sampai sembuh"Humaira membuka bicara.

"Humaira,please jangan bagitahu hal ni dekat siapa-siapa.Lagi-lagi Qalesya"suara Hafidz separuh merayu.

Humaira menghela nafas.
Tangannya laju membelek fail pesakitnya,Hafidz.

"Knpa kau perlu berahsia Hafidz? Qalesya tu kwn baik kau dari kecil,sanggup kau buat macam ni kat dia,dia risaukan kau"Humaira membuka bicara setelah lama membisu.

"A..aku,terpaksa.Tak semua benda kawan baik patut share kan?Aku rahsiakan benda ni bersebab.Aku taknak siapa-siapa pun tahu benda ni.And kau yang dah tahu please.. Aku merayu rahsiakan hal ni.Kita kawan,so please"Hafidz merayu.

"Ok,aku harap kau cepat sembuh.Aku nak tengok kau sihat balik,tak nak tengok kau terbaring kat sini.Kau kawan aku,aku akan jaga rahsia ni"Humaira mengukir senyuman.

♡♡♡

Kehulu-kehilir Danish berlari dari bilik air dan terbaring lemah di katil.
Pelik Humaira dibuatnya.

Rahsia Kita [C]Where stories live. Discover now