Part 1

1.5K 24 5
                                    

“Kejadian tadi bukanlah sesuatu yang menakutkan. Aku telah mencuba, terlalu banyak kali untuk menafikannya. Tapi, semakin aku cuba menafikannya, semakin sakit hati aku. Aku terlalu menyampah dan bencikan dia. Aku bencikan lelaki macam dia. Dia memang tak guna. Ahhh”

Jung Hyo Mi rebah ke bawah. Dia memegang dan menekan kepalanya yang mula kepeningan dan hatinya yang terlalu sakit menahan perih.Air mata Jung Hyo Mi mengalir deras. Tiada apa yang dapat dia atasi lagi . Tiada apa lagi yang dapat dilindunginya. Air matanya terus mengalir tanpa henti meskipun dia mengesatnya terus menerus.

Hujan semakin lebat membasahi bumi. Hanya Hyo Mi seorang yang di situ. Rebah seorang diri. Sendiri. Yang lain sudah pun pulang ke rumah. Kecuali Hyo Mi yang masih tidak bergerak walau sedikit pun melainkan nafasnya yang menghembus tersekat sekat.

“Jung Hyo Mi..” Kata Chun Ji sambil mengangkat perlahan Hyo Mi yang jatuh terduduk di bawah.

Kawasan sekolah menyepi dan semakin gelap dek hujan lebat diiringi guruh berdentuman dan perubahan waktu petang ke malam . Senja itu, semuanya telah pun bermula.

“Hyo Mi , suka tak?” Soal Chun Ji sambil membelai rambut panjang Hyo Mi di sebelahnya.

Hyo Mi mengangguk lembut. Dia tersenyum .

“Kalau macam ni, aku akan berusaha lebih lagi dengan cemerlang dalam pelajaran supaya aku dapat hadiah daripada,,,,”

Hyo Mi berhenti mengunyah makanan lalu mengalihkan pandangannya ke arah Chun Ji.

“ my namja” Kata Bo Mi lalu  menarik lembut hidung Chun Ji . Chun Ji dan Hyo Mi saling ketawa .

Chanyeol secara tidak sengaja lalu di hadapan mereka ketika waktu rehat. Mereka kelihatan sangat akrab. Chanyeol tersenyum. Kelat. Chanyeol terus berjalan menuju ke kelasnya. Tiba tiba, seseorang memegang lengannya secara mengejut .

“Sayang, awalnya masuk kelas” Kata Yoona dengan suara comelnya.

Chanyeol senyum lalu melepaskan pegangan Yoona dari lengannya.

“Sayang, janganlah macam ni. I tak nak orang lain jealous tengok kita berdua.”

“Auww. Biarlah diaorang jealous. Yang penting, saranghaeyo” Yoona terus memeluk Chanyeol.

Mujur tiada sesiapa melihat mereka. Jika tidak, pasti ramai yang mencemburui keakraban mereka di sekolah yang serba intelek tersebut. Chanyeol merupakan salah seorang lelaki yang menjadi pujaan wanita di sekolah . Begitu juga dengan teman wanitanya, Yoona.

Hyo Mi berjalan ke kelasnya selepas rehat bersama Chun Ji .

“Hyo Mi, boleh pinjam buku matematik kau kejap ?” Soal Eun Jung merangkap kawan rapatnya di sekolah sejak tahun pertama Hyo Mi di sekolah tersebut.

“Nah, pinjam lah.” Hyo Mi menyerahkan buku latihan matematiknya lalu duduk di tempat duduknya.

“Urm, pandainya kau ni. Untunglah  Chun Ji” Kata Eun Jung memuji sikap Hyo Mi yang kemas, rajin dan pintar.

“Kamsamhanida. Ini pun berkat Chun Ji oppa ajar aku.” Kata Hyo Mi sambil menggambarkan sikap Chun Ji iaitu teman lelakinya yang dua tahun lebih tua daripada Hyo Mi serta seorang yang prihatin .

Miss Shin Hye telah pun masuk ke kelas menandakan bermulanya sesi pembelajaran matematik selepas rehat. Hyo Mi amat meminati pelajaran matematik manakala  gurunya, Miss Shin Hye  iaitu seorang guru yang cantik dan baik hati.

Suasana di dalam kelas 5 Miracle sangat riuh kerana guru matapelajaran masih belum masuk ke kelas lagi. Chun Ji masuk ke kelas dengan membawa buku latihan yang banyak. Chun Ji menyerahkan buku buku yang dibawanya lalu diserahkan ke pemilik masing masing sementara penolong ketua kelas, Tiffany menulis muka surat yang perlu disiapkan pada hari itu juga.

Chun Ji sampai di tempat Chanyeol. Reaksi muka Chanyeol masih tidak berubah.

“Weyh, ni lah lelaki yang couple dengan Hyo Mi tu .” Kata Kris.

“Hyo Mi mana ni weyh ? Artis tu ke?” Tanya Chen.

“Taklah bengap! Hyo Mi budak kelas 3 Crystal tu. Alahaii, yang pernah luahkan perasaan kat putera sekolah kita ni, Park Chanyeol lah! Ingat ?” Kata Kris meninggikan suara sehingga menarik perhatian murid murid dalam kelas tersebut.

“Ouh! Mestilah ingat. Tapi kesian dia, kena tolak. Hahahaha” Ajuk Chen dengan hilai ketawa geng mereka semua.

Namun Chanyeol masih berdiam diri dan hanya memandang sekeliling sementara Chen, Kris dan Luhan ketawa dengan kuat. Tiba tiba, Yoona datang lalu mengerbangkan rambut panjangnya dan memberikan senyuman menggoda.  Yoona menarik kerusi lalu duduk di sebelah Chanyeol sambil memegang bahunya.

“Sayang, jom buat kerja ni sama sama” Kata Yoona dengan suaranya yang keanak anakan.

“Inilah baru sesuai dengan Chanyeol . AA Class.Hahaha” Kris menunjukkan ke arah Yoona yang sedang duduk seperti seorang model.

“Dia mana layak dengan Chanyeol. Cuma layak dengan kau je kan” Kata Luhan ketika Chun Ji menyerahkan buku latihan kepadanya diikuti deraian ketawa kawan kawannya yang lain.

Apakah yang akan dilakukan oleh Chun Ji ? Adakah hatinya mampu bersabar mendengar kata kata pedas daripada mulut Chen, Kris dan Luhan yang berbisa itu tadi ?

To be continued ...

My Turn To CryWhere stories live. Discover now