Part 10

359 17 2
                                    

 “Erm, tu je ? Tak de gosip lain lagi ke yang kau nak cerita kat aku ?” Hyo Mi menyindir di samping berharap ingin memastikan tiada sesiapapun yang menjadikan Hyo Mi buah mulut pada pagi itu.

“Entahlah. Aku rasa ada..” Eun Jung duduk di tempat duduknya sebaik sahaja mereka tiba di dalam kelas.

“Apa dia ?” Hyo Mi mula tertanya tanya akan reaksi muka Eun Jung yang berubah.

“Chanyeol nak cari gf baru! Kau tak nak try ? hehe” Eun Jung mula berubah keriangan.

Hyo Mi menggelengkan kepalanya. “Tu je ? Habistu kenapa muka kau berubah sampai macam tu ?”

“Sebab kalau kau nak try, aku tak jadi lah. Aku ambik Kris je. Hehe”

“Merepeklah kau. Kau suka dia sebab dia hot je kan? Hot tak bawak mati pun. Haha” Hyo Mi menjentik dahi Eun Jung .

Selepas waktu sekolah, Hyo Mi menunggu hujan reda namun semakin tinggi harapannya, semakin lebat hujan yang turun . Chun Ji melihat Hyo Mi menunggu sendirian di tepi pagar sekolah yang terus menerus melihat titisan hujan. Chun Ji bercadang hendak menghantarnya pulang dengan keretanya sendiri. Chun Ji segera ke parking kereta untuk mengambil keretanya. Chanyeol yang membonceng motosikal mendekati Hyo Mi.

“Jom naik dengan aku. Hujan lebat ni”

“Ish, kau ni. Seganlah aku.” Hyo Mi menukarkan arah pandangannya dengan berharap mana mana pelajar perempuan akan datang ke situ dan sudi menemaninya pulang.

“Macam kau tak pernah naik motor dengan aku . Cepatlah!” Chanyeol mula meninggikan suaranya.

“Ye lah ngok! Aku naik ni. Haish” Chanyeol terus memakaikan topi untuk Hyo Mi dan membonceng Hyo Mi dengan laju.

Chun Ji yang baru sahaja hendak mendekati Hyo Mi hampa. Hyo Mi sudah pun pulang bersama Chanyeol. Badan Chun Ji mula kedinginan . Dia berasa takut dan kecewa. Dia tidak ingin kehilangan Hyo Mi. Namun, semakin dia mencuba untuk menjauhkan Hyo Mi daripada Chanyeol, semakin ada saja keadaan yang mendekatkan mereka.

“Andwae. I would not cry. This is just something that unfortunately happened. She is mine”

“Chanyeol, lajunyaa. Aahhh~” Kata Hyo Mi lalu mendepakan tangannya .

“Hey engkau ni. Ingatkan marah, suka rupanya.” Chanyeol ketawa kecil melihat tingkah Hyo Mi.

“Haha, best lahh. Yayy” Kata Hyo Mi sambil menikmati keindahan titisan hujan senja itu.

Chanyeol membawa motosikal itu dengan laju sehinggakan dia tidak perasan lampu isyarat berwarna merah di depan. Chanyeol terkial kial hendak memberhentikan motosikalnya namun masih berkesempatan. Hyo Mi yang memboncengnya terkejut sehinggakan terpeluk Chanyeol. Hyo Mi berasa malu di atas tindakannya. Hyo Mi ingin melepaskan pelukannya namun Chanyeol memegang erat  kedua dua tangan Hyo Mi di perutnya.

“Tak pe lah, kau pegang je kuat kuat. Nanti jatuh ke belakang aku jugak yang susah.” Kata Chanyeol. Hatinya berasa sangat selesa ketika Hyo Mi terpeluknya dari belakang. Dia berharap dia dapat memeluk Hyo Mi dengan erat bukan beralasankan ketika menaiki motosikal bersama namun dia berharap atas dasar kasih sayang yang dipupuk.

Akhirnya mereka berdua pun sampai di depan rumah Hyo Mi.Chanyeol memberhentikan motosikalnya.Dia berasa kehairanan.

“Kenapa dengan Hyo Mi ? Mengelamun panjang nampak. Nak aku tegur atau tak ? Tapi, kalau biarkan entah sampai ke malam jawabnya.hm” Bisik hati kecil Chanyeol .

“Woii! Apasal kau peluk aku lama lama ha ? Kita dah sampai ni” Kata Chanyeol ketawa kecil melihat muka comel Hyo Mi yang kelam kabut serta sedar dari lamunannya.

My Turn To CryWhere stories live. Discover now