Part 7

384 15 0
                                    

“Saranghae Chanyeol.” Kata Yoona lalu memeluk Chanyeol .

Chanyeol terkejut ketika Yoona memeluknya. Dia memberikan senyuman palsu sambil menggosok perlahan rambut Yoona.

“Cantiklah bunga ni. Pandai kau pilih.” Kata Yoona lalu melepaskan pelukannya dan membelek belek sejambak bunga besar yang diberi oleh Chanyeol kepadanya.

Kebetulan , Hyo Mi baru sampai di sekolah dan tidak sengaja melihat Chanyeol dan Yoona dating.

“Bunga tu , memang sesuai untuk dia” Kata Hyo Mi lalu dengan segera berjalan pergi.

Warna bunga itu adalah warna kegemaran Hyo Mi. Tidak sangka pula dia mempunyai warna kegemaran yang sama dengan Yoona.

“Sebenarnya, bunga tu untuk Hyo Mi” Bisik hati Chanyeol sambil melihat Yoona membelek belek bunga tersebut.

 “Chak! Morning my baby” Kata Chun Ji yang tiba tiba muncul di hadapan Hyo Mi.

“Terkejut aku. Haish. Suka sangat kejutkan orang” Hyo Mi ketawa kecil.

“Hyo Mi, saranghaeyo. Kau sayang aku tak?”

“Saa..” Tiba tiba, Eun Jung memanggil Hyo Mi sambil berlari ke arah mereka berdua.

“Hish. Kau ni kacau lain lah! Selalu macam ni” Chun Ji memarahi Eun Jung.

“Anii, aku cuma nak cakap yang hari ni kau kena jadi mc sebab ada pelawat datang kat sekolah kita”

“Haa ? Aku tak de skrip , aku tak ready .” Hyo Mi mula berasa gementar dan fikirannya kacau bilau.

“Geokjongma , Mr.Jun dah siapkan skrip dia, cepatlah” Eun Jung terus menarik tangan Hyo Mi berlari ke belakang pentas.

“Tapi,…” Chun Ji berasa sangat sedih ketika Hyo Mi  tidak sempat mengakhiri kata katanya. Mungkin benar kata Yoona.

Hyo Mi menghafal skrip ucapan tersebut. Masa tinggal 15 minit sahaja lagi. Dia tidak dapat menghafal satu perkataan pun. Fikirannya kalut . Dia tidak bersedia apa apa pun.

“Ugh. Macam mana ni, aku tak dapat buat apa apa. Bodohnyaa” Hyo Mi semakin panik ketika melihat jam tangannya.

“Hyo Mi..” Chanyeol bersuara perlahan sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik PA.

“Nae ? Chanyeol ? Apa kau buat kat sini ? Jangan tambahkan serabut boleh tak” Hyo Mi merungut serentak mengalihkan pandangannya ke tempat lain untuk memudahkannya menghafal skrip namun tidak berhasil. Masih tidak mampu menghafal apa apa.

Chanyeol berdiri di hadapan Hyo Mi. Dia mencuba memberikan Hyo Mi senyuman untuk kali pertamanya.

“Kau jangan pandang skrip tu. Kau tarik nafas perlahan lahan dari hidung dan hembuskannya dari mulut. Kau akan lebih tenang . Ikut aku”

Hyo Mi melihat perbuatan Chanyeol yang tenang . Dengan tidak semena mena, Hyo Mi mengikut gerak langkahnya untuk menenangkan diri.

“Dah lebih tenang ?” Soal Chanyeol.

“Nae,”

Hyo Mi melangkah keluar dari bilik PA tersebut.

“Chanyeol.”

“Nae ?”

“Gumawo.” Hyo Mi tersenyum selepas mengucapkan ucapan terima kasih itu tadi.

Chanyeol menanggukkan kepalanya. “Fighting, Hyo Mi” Chanyeol pun tersenyum.

Hyo Mi pun berjalan menuju ke pentas untuk memulakan ucapan pada pagi itu.

Chanyeol berasa lebih lega kerana dia sudah dapat senyum di hadapan Hyo Mi. Dia berharap akan ada suatu magik yang berlaku antara dirinya dan Hyo Mi. Sememangnya dia masih amat menyayangi Hyo Mi melebihi dirinya sendiri.

Petang itu, Chanyeol ke hotel ayahnya untuk menjemput ibunya yang mengadakan majlis temu ramah dengan kawan kawan ibunya.

“Omma , omma. Kalau jumpa kawan tak ingat nak balik kan” Chanyeol tersenyum sendiri.

Chanyeol pun pergi ke dewan di hotel tersebut. Dia mencari cari omma nya.Tiba tiba, dia seperti melihat satu kelibat yang dikenalinya. Chanyeol terus mengikuti jejak orang tersebut. Sampai di satu koridor, Chanyeol terus menyergahnya.

“Hey. Yoona ?” Kata Chanyeol.

Yoona terus berubah menjadi ketakutan lalu mengalihkan pandangannya ke belakang.

“Chan,yeol ?”

“Sayang, siapa lelaki ni?” Kata Si Won, aktres terkenal korea.

“Sayang ? Ouh, jadi macam ni kau kat luar” Kata Chanyeol dengan amarahnya.

Yoona membisikkan sesuatu ke telinga Si Won . Si Won menjeling ke arah Chanyeol lalu terus berjalan meninggalkan mereka berdua.

“Kau buat apa kat sini ?” Soal Yoona sambil mencari akal.

“Ini hotel appa aku. Suka hati aku lah. Apa hubungan kau dengan Si Won tu ?”

“Kalau kau tau, apa kau boleh buat ?”

“Dah berani ekh sekarang ? Kenapa bukan dari dulu je kau cakap, tak perlulah aku susah susah nak belikan bunga tu dan bagi kau. Baik aku bagi Hyo Mi terus” Chanyeol terus meluahkan isi hatinya yang sudah terlalu lama dipendam.

“Kan ? Aku dah agak yg kau sukakan Hyo Mi. maksudnya kau tak sukakan aku. Jadi kenapa nak hairan kalau aku pergi dengan Si Won tu ?”

“Perempuan tak guna! Aku tak nak kenal kau lagi. Dan kau tak de kaitan apa pun dengan aku”

“Kau tak faham Chanyeol. Mana ada cinta sejati dalam dunia ni. Bodoh sangat” Yoona tersenyum sinis .

Chanyeol tidak jadi menunaikan hasratnya untuk makan. Dia pun pergi ke taman permainan yang sangat sunyi. Langit sudah mula menghilangkan jejak merahnya .

“Inilah yang dipanggil karma. Aku dah sakitkan hati perempuan. Dan inilah giliran aku disakiti perempuan pulak.”

Chanyeol menekup mukanya . Dia sangat sedih dan menyesal kerana mengiakan kata kata Yoona sebelum itu. Sekarang Chanyeol kesunyian. Dan hatinya sudah tertutup untuk menerima.

“Chanyeol,” Tegur Hyo Mi yang baru sahaja pulang mengambil adiknya pulang sekolah. Hyo Mi duduk di sebelah Chanyeol sambil membiarkan adiknya bermain main di taman permainan tersebut.

“Kau nak apa” Kata Chanyeol.

“Kau bersedih hati ke ? Kenapa ekh ?”

“Baik kau uruskan hal kau sendiri” Chanyeol tidak berniat sedikit pun untuk berkasar dengan Hyo Mi.

“Apa kata kau tenangkan diri kau. Kau tarik nafas melalui hidung dan hembuskannya melalui mulut.” Hyo Mi pun mendemokan gerakan tersebut.

“Aku yang ajar kau kan” Kata Chanyeol lalu ketawa kecil .

“Ekh. Ha’a lah. Tapi, seronok buat macam ni. Kau pun buat lah” Pujuk Hyo Mi.

“Hyo Mi. Muka kau tak lain macam itik tengah mengeram lah. Haha” Chanyeol geli hati melihat Hyo Mi.

“Haishh. Chanyeol” Hyo Mi memukul perlahan Chanyeol.

Senja itu, segalanya pun berubah dan mereka menjadi sangat intim.

To be continued ... 

My Turn To CryWhere stories live. Discover now