Part 5

363 16 0
                                    

Hyo Mi ingin mengambil t shirt dan seluar getah yang biasa dipakainya sewaktu ke kelas menari. Sememangnya itu adalah rutin pelajar kelas 3 Crystal untuk 2 jam waktu persekolahan sebelum pulang .Tiba tiba, Yoona datang dan menumbuk kerangka pipinya sehingga lebam.

Hyo Mi jatuh ke bawah dan barang barangnya berselerakan.  Hyo Mi meraung kesakitan.

“Weyh, bangun!” Kata Yoona dengan kasar . Sudah dua kali Yoona mengatakan perkara yang sama namun Hyo Mi masih menundukkan kepalanya dan tidak bergerak sama sekali.

Yoona mengesat peluh di dahinya lalu mengeluarkan getah rambut dari poketnya untuk mengikat rambut. Yoona terus menarik baju seragam Hyo Mi dan mendongakkan kepalanya.

“Aku dah panggil kau tak dengan apasal hah? Pekak ke?”

“Apa salah aku?” Kata Hyo Mi sepatah tanpa mempedulikan lebam di bahagian mukanya.

“Weyh! *hentak Hyo Mi ke lokar* ,,, kau dah lah tak reti malu. Macam tak de jantan lain je nak dibonceng semalam,, nak jugak pak we aku kau rembat.Aku rasa panass gila! Macam nak..”

Sebuah tamparan kuat dikenakan ke atas pipi Yoona. Yoona sangat terkejut sehingga dia melepaskan uniform Hyo Mi dari tangannya. Yoona jatuh ke bawah lalu bangun kembali untuk beradu tenaga.

“Jangan kacau hal aku!” Sergah Yoona lalu menumbuk Chun Ji .

Mujur Chun Ji sudah menepisnya dan terus menolak Yoona ke dinding. Hyo Mi sangat terkejut dengan kehadiran Chun Ji. Chun Ji masih lagi memperdulikan tentan dirinya.

“Kau tak perlu nak kacau Hyo Mi lagi. Kalau kau masih buat, kau takkan selamat duduk kat sekolah ni” Kata Chun Ji mengungut.

Yoona terus berlari meninggalkan mereka berdua kerana pipinya sudah mula kemerah merahan. Apatahlagi , dia tidak pernah beradu tenaga dengan lelaki. 

Chun Ji terus mendukung Hyo Mi yang hampir pitam kerana sangat terkejut dengan hentaman Yoona. Chun Ji membawanya ke bilik rawatan .

“Sakit” Hyo Mi menahan kesakitan dan tidak mampu bercakap banyak lagi . Dia ingin memberikan senyuman kepada Chun Ji sebagai ucapan terima kasih  namun bibirnya sangat susah untuk membentuknya.

“Sayang, jangan banyak bergerak. Nanti tambah sakit” Kata Chun Ji sambil mengubati luka Hyo Mi dengan berhati hati .

Hyo Mi bangun dari pembaringannya. Chun Ji berganjak sedikit ke belakang kerana kedudukannya dengan Hyo Mi sangat dekat sekali.Hyo Mi terlihat sebatang pen di poket kemeja Chun Ji. Hyo Mi mengambil pen itu lalu menulisnya di tapak tangan Chun Ji.

“Kamsamhanida”

Chun Ji tersenyum. Lalu Chun Ji menulis kembali ke tapak tangan Hyo Mi .

“Saranghaeyo”

Hyo Mi dan Chun Ji pun merapatkan tapak tangan mereka yang ditulis tadi. Sampai jari kelima, Chun Ji menggenggam tangan Hyo Mi dengan erat lalu mereka berdua tersenyum kala.

“Chun Ji sangat ambil berat pasal aku. Patutnya aku sedar dari dulu” Bisik hati kecil Hyo Mi .

Bunyi loceng sekolah menandakan waktu pulang sudah pun kedengaran.

“Hyo Mi, balik dengan aku ekh? Kesian kalau kau balik sorang sorang nanti. Mana beg kau ?” Tanya Chun Ji .

“Kat kelas” Kata Hyo Mi perlahan.

“Kau tunggu sini jap ye sayang. Aku pergi ambilkan beg kau kat kelas.” Chun Ji mempercepatkan langkah ke kelas dan meninggalkan Hyo Mi keseorangan di bilik rawatan.

Chanyeol mengemas barang barangnya kerana sepuluh minit lagi loceng sekolah akan berbunyi.

“Chanyeol. Kau ingat tak esok hari apa?” Tanya Chen sambil menepuk belakang Chanyeol yang sibuk menyiapkan kerja sekolah.

“Esok hari selasa lah. Ada training lagi kan” Kata Chanyeol tanpa memandang muka Chen walau sedikit pun.

“lol. Esok hari lahir Yoona lah. Kau dah lupa ekh?” Chen ketawa kecil melihat Chanyeol.

“Haa ? Tu ke ? Mestilah aku ingat. Aku dah siapkan hadiah dia awal awal lagi.” Kata Chanyeol membohongi Chen sedangkan dia tidak tau apa apa pun tentang hari lahir Yoona.

“Ouh ye ke . Baguslah kalau macam tu. Aku chaw dulu. Lapar” Chen terus meninggalkan Chanyeol yang sibuk membuat kerja rumah di dalam kelas pada waktu rehat.

Chanyeol pun terus keluar dari kelas . Secara tidak sengaja lalu di bilik rawatan dan ternampak Hyo Mi sedang duduk di atas katil pesakit sambil memerhati keadaan sekeliling di bilik rawatan.

“Muka, muka dia. Kenapa lebam ? Macam mana ni ? Kesiannya dia” Chanyeol berasa kasihan dan sangat sedih apabila melihat lebam yang agak kecil di bahagian muka Hyo Mi .

Chanyeol memberanikan diri untuk masuk ke bilik rawatan itu .

“Kau buat apa kat sini?” Chanyeol bertanya Hyo Mi sambil berpura pura mengemas ubat ubatan di bilik rawatan tersebut.

“Tak de apa” Suara perlahan Hyo Mi menyayat Chanyeol serta mendorong Chanyeol untuk mengetahui lebih lanjut tentang lebam di muka Hyo Mi itu.

“Kalau tak de apa, sila keluar dari sini” Kata Chanyeol dengan meninggikan sedikit suaranya. Namun jauh di sudut kecil hatinya dia tidak berniat untuk meninggikan suara pada Hyo Mi.

“Kauu , auwww” Hyo Mi meninggikan suaranya kerana geram dengan kata kata Chanyeol namun dia tidak mampu berkata dengan suara yang kuat kerana kesakitan di mukanya.

Chanyeol segera menutup pintu almari ubat dengan segera dan berlari menuju ke arah Hyo Mi yang sedang kesakitan.

“Ke,,kenapa?” Tanya Chanyeol . Dia sedar tindakannya sudah mula berlainan. Chanyeol segera membuat bengang seakan akan ingin menyamarkan muka simpatinya terhadap Hyo Mi.

“Kau tau tak sakit ?” Kata Hyo Mi sambil memegang pipinya kirinya.

“Perlu ke aku tau” Kata Chanyeol dengan selamba dan melangkah keluar.

“Kau perlu tau. Sebab ni kerja Yoona” Kata Hyo Mi lalu terus berjalan keluar dan melanggar Chanyeol. Hyo Mi  jalan terinjut injut kerana kakinya agak luka ketika dihentam ke lokar tadi.

Chanyeol berasa simpati melihat Hyo Mi jalan terinjut injut. Chanyeol berjalan mendekati Hyo Mi. Tiba tiba , Chun Ji datang mendekati Hyo Mi dan membimbingnya berjalan perlahan lahan sambil membawa beg sekolah Hyo Mi dan juga beg sekolahnya sendiri. Mujur beg Hyo Mi tidak begitu berat . Walau berat sekalipun, Chun Ji tidak kesah kerana dia lebih mempedulikan tentang keselamtan Hyo Mi.

Chanyeol memberhentikan langkahnya. Mengapakah Chanyeol memberhentikan langkahnya ? Apakah yang sudah berlaku ?

To be continued ...

My Turn To CryWhere stories live. Discover now