Part 12

255 17 0
                                    

“Kepala banaa dia nak gaduh dalam sekolah ni ?” Kata Hyo Mi lalu segera menutup pintu bilik sukan dan menguncinya.

Chen dan Luhan saling berpandangan . Mereka berasa hairan dan mula berfikir seribu satu tanggapan tentang Hyo Mi.

“Hyo Mi , kau .. kenapa kau kunci pintu ? Kau nak buat apa dengan kitaorang semua ni ?” Tanya Chen sambil mengesat peluh yang mula menitik di dahinya.

Hyo Mi segera menampar Chun Ji diikuti Chanyeol dengan sekuatnya sehingga pipi mereka kemerah merahan . Mereka berdua berhenti bertumbuk dan memandang Hyo Mi .

“Nak kena lagi tak ?” Kata Hyo Mi sambil mencekakkan pingganggnya dan mengangkat tangan kanannya ke atas .

Chanyeol dan Chun Ji menggelengkan kepalanya sambil mengusap usap pipi mereka yang mula kesakitan akibat ditampar oleh tangan Hyo Mi yang berjari panjang dan kurus . Rasanya seperti lima kayu kecil ditampar serentak ke arah pipi mereka berdua.

“Weyh , buka lah pintu tu. Kau nak buat apa pulak lepas ni ?” Kata Chen .

“Haa ? Kau fikir apa ?” Hyo Mi mengerutkan dahinya.

“Kau sorang je pompuan, kitaorang semua lelaki . Kau …. Tak rasa ke ?” Luhan memeluk Chen tanpa disedari.

“Kau kenapa ni ha ?” Chen menolak Luhan .

Hyo Mi melopongkan mulutnya sedikit. Hyo Mi terus keluar dari bilik sukan,berjalan menuju ke padang dan membatalkan niatnya untuk mengambil alatan sukan.Chanyeol berlari keluar meninggalkan mereka bertiga mengejar Hyo Mi .

“Hyo Mi! Kau memang tak ada niat nak buat apa apa kan ?” Jerit Luhan dari dalam bilik sukan .

“Weyh, kalau ye pun, Hyo Mi tak nak buat dengan kau lah” Kata Chun Ji.

“Kau pun fikirkan benda yang sama ekh ?” Luhan.

“Taklah. Mana ada” Chun Ji ketawa kecil lalu segera pergi meninggalkan bilik sukan.

Chanyeol mengejar Hyo Mi sambil memanggil manggil namanya namun tidak dihiraukan oleh Hyo Mi. Chanyeol terus  berlari lalu berdiri di hadapan Hyo Mi.

“Weyh, kau marah aku ke ?” Kata Chanyeol .

“Jangan bergaduh kat sekolah boleh tak ? Memburukkan nama sekolah je, nasib baik tak de pelawat datang”

“Ye ke ? Bukan kau risaukan aku ke ?” Chanyeol mula melihat muka Hyo Mi yang mula kemerahan.

“Tak ada masa lah” Hyo Mi melangkah ke belakang sedikit daripada muka Chanyeol yang amat dekat dengan mukanya.

“Hyo Mi, auuu” Chanyeol memegang pipinya yang agak lebam kerana ditumbuk Chun Ji.

“Gwenchanayo ?” Hyo Mi .

“Temanlah aku pergi bilik rawatan, siapa nak rawat aku kat sana nanti” Kata Chanyeol sambil memegang lebam di pipinya.

“Araayo” Kata Hyo Mi lalu berjalan seiring dengan Chanyeol ke bilik rawatan dan memasangkan ubat pada lebam di pipi Chanyeol.

“Chun Ji, kau kenapa ?” Tanya Eun Jung kepada Chun Ji yang baru sahaja keluar dari bilik sukan.

“Tak de apa lah. Biasalah lelaki”

“Jom lah pergi bilik rawatan.” Pujuk Eun Jung

“Tak nak lah. Kau ni dah kenapa ? Pergilah kelas pj sana”

“Jomlah pergi bilik rawatan, aku sapu ubat. Jomlah!” Eun Jung berusaha memujuk.

“Ye lah ye lah. Kau jangan jalan sebelah aku” Kata Chun Ji mengalah. Dia sedar jika lebamnya dibiarkan sahaja, tentu guru pj mereka akan mendenda mereka.

“Erm, sebenarnya aku nak ajak kau pergi hari graduasi sekolah minggu depan. Kau datang tak?” Chanyeol menyerahkan kad jemputannya sebagai anugerah calon murid popular seiring dengan pemberitahuan hari graduasi sekolah.

Hyo Mi mengambil surat jemputan itu lalu membelek beleknya.

“Ouh. Aku pun dapat jugak. Tapi tak tercalon pelajar popular pulak. Haha” Hyo Mi menyerahkan kembali surat jemputan tersebut lalu menyapu ubat kembali ke bahu Chanyeol yang juga berdarah sedikit.

“Kau pergi tak ?” Tanya Chanyeol .

“Eh diamlah. Ubat ni lari dari luka kau lah” Kata Hyo Mi .

“Kau pergi tak ?” Chanyeol meninggikan suaranya sedikit lalu sengaja menggerak gerakan lengannya.

“Haish. *diam seketika* ye. Aku pergi” Hyo Mi menetap bibirnya .

“Yeahhh. Kau pakai cantik cantik tau. Bhahahaha”

“Tak guna punya Chanyeol. Haihh, memang dah tak de harapan lagi lah untuk aku macam ni” Kata Chun Ji yang menghendap mereka dari bilik rawatan.

“Booya ? Kau termenungkan apa tu ? Cepatlah masuk” Kata Eun Jung serentak melangkahkan kakinya masuk ke dalam bilik rawatan.

Chun Ji segera menarik tangan Eun Jung kerana ingin mendengar perbualan antara Hyo Mi dengan Chanyeol lagi. Namun, Eun Jung menjerit sehingga menarik perhatian Chanyeol dan Hyo Mi. Tanpa disedari, Eun Jung tidak mampu mengawal pergerakan kakinya lalu terpeluk Chun Ji. Hyo Mi dan Chanyeol agak melopong melihat Chun ji dan Eun Jung.

“Eun Jung ? Chun Ji ?” Kata Hyo Mi.

Chun Ji segera menolak Eun Jung dari memeluknya.

“Hyo Mi, kau pun ada kat sini ? Dengan Chanyeol pulak tu” Kata Eun Jung.

“Erm, ha’a. Aku nak keluar dah ni. Korang gunalah bilik rawatan ni” Hyo Mi tersenyum kelat seketika memandang Chun Ji.

Chanyeol berhenti ketika berjalan di sebelah Chun Ji. Mereka bertentang mata seketika. Chun Ji menghela nafas lemah.

“Chanyeol . Kau,,,,,, jagalah dia baik baik. Aku dah tak sanggup” Kata Chun Ji perlahan.

“Tentulah. Malah aku akan jaga dia lebih baik daripada kau” Chanyeol mendekati Hyo Mi yang sudah mula kejauhan kerana berjalan dulu.

To be continued …

My Turn To CryWhere stories live. Discover now