Suasana di pekan kecil Terung di pagi selasa dalam musim tengkujuh cukup lembab. Lopak-lopak yang terdapat berhampiran bangunanbangunan kedai di situ ditakungi air akibat hujan yang memanjang pada sebelah malamnya.
Saya dan datuk masih lagi duduk di warung kopi sebelah kanan jalan menghala ke Kuala Terung. Di perhentian bas terdapat kira-kira 10 hingga 15 anak-anak muda menanti bas. Mereka mahu ke bandar Taiping menonton filem melayu.
Datuk mula resah, Air kopi sudah habis di cawan. Uda Lodin (kawan datuk) belum juga tiba, Jam di dinding warung sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Saya mengambil akhbar Utusan Melayu milik tuan punya warung yang terletak di meja sebelah.
"Agaknya, ada aral di jalan," keluh datuk. Saya renung wajah datuk dengan senyuman. Orang silih berganti keluar dan masuk ke warung. Tiba-tiba datuk menekan pangkal ketiak kanan dengan tangan kiri.
"Alamat kurang baik," ujar datuk tenang.
"Maksud tuk, apa dia?"
"Kalau dia datang, kita tak boleh pergi ke Kuala Terung sebelum matahari berkalih tempat. Kalau pergi juga, susah diri kita."
"Jadi apa yang patut kita buat tuk?"
"Tunggu sampai Uda Lodin tiba."
Saya kembali membaca akhbar Utusan Melayu. Tepat jam sebelas, Uda Lodin pun sampai dengan teksi sapu Blue Bird warna biji kundang. Uda Lodin meminta maaf. Menurutnya, dia singgah di pejabat pos Pantai Remis menemui menantunya yang bertugas di situ.
Dari Pantai Remis, dia naik teksi sapu dan berhenti di pekan Panchur membeli buah kelapa dan nangka sebagai buah tangan kepada keluarga rumah yang akan ditemuinya.
"Begini saja, aku tak dapat pergi sekarang. Kira-kira pukul lima petang ni kau tunggu aku di situ dan kita pergi bersama," kata datuk kepada Uda Lodin.
"Sebabnya?,"
"Kau jangan tanya, itu hal aku."
"Di mana kau nak duduk sementara menanti pukul lima?,"
Datuk terus membayar harga minuman. Dia merenung muka saya sambil tersenyum. Kemudian, kami bertiga keluar dari erut warung menuju ke jalan besar.
"Begini Lodin, aku nak pergi ke Kampung Air Kuning. Pukul empat setengah aku datang. Kau nanti aku di sini."
"Baiklah."
"Kau sediakan batang tepus, bunga durian tiga kuntum dan mayang pinang berbunga sulung serta tujuh helai daun sirih yang bertemu urat."
"Lagi?"
"Tak ada apa-apa. Kalau kau tak tunggu, aku terus balik."
"Mesti, saya tunggu." Uda Lodin ketawa kecil.
Datuk dan saya terus naik bas menuju ke Kampung Air Kuning. Rumah yang kami tuju adalah sebuah rumah berbumbung limas yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah Pendekar Meor Abdul Rahman, seorang guru seni silat gayung yang terkenal.
Kata datuk, penghuni rumah itu adalah kenalan lamanya. Kami jadi hampa, bila mendapati pintu dan tingkap rumah itu tertutup rapat. Seorang jiran memberitahu bahawa tuan rumah dan keluarganya sudah pergi ke Pontian, Johor kerana urusan nikah kahwin anaknya.
Datuk membuat keputusan untuk pergi ke Kampung Lalang di Padang Rengas. Tetapi keputusan itu segera ditukar oleh datuk dengan alasan terlalu jauh. Lantas dia membuat keputusan baru untuk pergi ke Batu 10 Terung.
Sebagai cucu yang amat sayang dan mencintai datuk sendiri, saya tidak membantah. Elok pada datuk, eloklah pada diri saya, Datuk terus mencari teksi sapu di Pekan Cangkat Jering. Akhirnya, kami naik teksi sapu Morris Minor berwarna hitam yang dipandu oleh seorang lelaki India.
Tidak sampai setengah jam, kami sudahpun berada di rumah Shamsuddin., orang Batu Bara. Dari percakapan antara Shamsuddin dan datuk, tahulah saya bahawa datuk memang kenalan rapat pada ayah Shamsuddin dengan menyebut "˜Ayah Tandang"™.
Sebelum saya bertanya maksud perkataan itu, datuk telah menerangkan "˜Ayah Tandang"™ merupakan suatu perkataan yang berunsurkan penghormatan tinggi pada orang ua di kalangan keturunan orang Batu Bara.
Lama juga datuk bercakap dengan Shamsuddin, termasuklah kisah-kisah pengalaman datuk bersama arwah ayah Shamsuddin. Belayardari Sumatera membelah Selat Melaka menuju ke Pengkalan Baharu waktu mula-mula dulu.""Walaupun datuk kau dan saya datang dari Daerah berlainan di Sumatera, tetapi mereka berkawan baik berdasarkan semangat Bahasa Melayu yang tidak mengenal batas keturunan dan suku"™" ujar Tandang Shamsuddin sambil mengerling tajam kepada saya.Datuk tersenyum sambil berkata, " Saya tahu sangat perangai ayah awak, cepat panas baran, keras kepala dan berani. Saya puji dengan sifat tegasnya.""Agaknya, memang begitu sifat orang Batu Bara yang suka merantau." Celah Shamsuddin sambil menyatakan keturunan orang Batu Bara tidak banyak terdapat di Malaysia kecuali di beberapa kampung di sekitar daerah Dinding (sekarang Manjung) iaitu di Kampung Empat Puluh Pantai dan Kampung Bharu, Lumut.Salah seorang daripada orang Batu Bara itu telah meneroka bandar Lumut serta Teluk Rubiah dan pernah berperang dengan angkatan tentera Siam serta Belanda di Pulau Pangkor.Ayah Tandang atau Shamsuddin (sudah meninggal dunia) adalah bapa kepada salah seorang pengarah dan pelakon filem terkenal di tanah air dewasa ini. Masa itu, bintang filem tersebut belum menjadi pelakon filem.Menurut bapanya, anaknya pada masa itu sudah pergi ke Ipoh mengikut abangnya yang menjadi salah seorang Pegawai RIDA (sekarang MARA).Hingga kini, saya tidak pernah berhadapan dengan bintang terkenal itu kecuali melihat lakonannya di dalam filem.Lebih kurang pukul tiga petang, saya dan datuk meninggalkan rumah Ayah Tandang Shamsuddin dan terus naik bas menuju ke Pekan Terung. Uda Lodin tidak mungkir janji. Dia menanti kami di tempat yang dijanjikan.Pukul lima setengah petang dengan menaiki kereta salah seorang penduduk Kuala Terung, saya dan datuk pun sampai ke tempata yang dituju. Kami menginap di sebuah rumah yang terletak berhampiran dengan Pengkalan Nelayan.Perkara pertama yang dilakukan oleh datuk ialah pergi melawat ke tanah perkuburan. Ada beberapa perkara yang perlu datuk lakukan di situ.Datuk hampir mahu membatalkan kerja-kerjanya bila diberitahu bahawa kubur orang yang disyaki dengankejadian itu dikebumikan di Kampung Terung dan bukan di Kuala Terung."Bagaimana?" tanya Uda Lodin."Mana dia rumah yang selalu didatanginya?" tanya datuk. Uda Lodin menunjukkan sebuah rumah yang letaknya tidak jauh daripada tempat saya dan datuk menginap.Bentuk rumah itu agak sederhana dengan atap rumbia dan berdindingkan papan lidah. Kedudukannya agak terpencil dengan rumah-rumah yang lain di dalam kampung tersebut. Saya, Uda Lodin dan datuk terus menuju ke rumah tersebut.Uda Lodin memperkenalkan datuk kepada tuan rumah yang berkulit hitam manis, berdahi luas dan rambutnya kerinting. Setelah bercakap beberapa patah perkataan, lelaki itu mempersilakan kami naik ke rumah.Perkara pertama yang diajukan oleh datuk pada lelaki tua yang menjangkau usia lima puluhan ialah ; "Seminggu berapa kali dia datang?""Boleh dikatakan pada setiap malam.""Apa yang dibuatnya?""Makan sisa makanan yang lebih di dapur.""Sejak awak berikhtiar menghalaunya, apa pulak yang awak dapat?"Lelaki itu terdiam, Biji matanya tertumpu ke wajah saya. Dia berkisar duduk sambil memicit dagu tirusnya berkali-kali. Datuk kerutkan dahi dan Uda Lodin meraba misai tebalnya."Tak ada mendatangkan kesan. Dia tetap macam dulu," ujar lelaki itu dengan tenang sambil memberitahu, empat orang anak yang tinggal bersamanya sudah berpindah ke rumah lain."Awak kenapa tak pindah?" soal datuk lagi."Buat apa menyusahkan orang," sahutnya dengan jujur."Apa rancangan awak?" Tanya datuk lagi. Lelaki itu kerutkan dahi luasnya hingga bergaris empat."Tak ada apa-apa rancangan. Saya bimbang benda ganjil itu sudah mula mengacau orang lain. Saya takut rumah saya akan dibakar oleh orang yang tidak dapat mengawal perasaan.""Sebab?""Mereka yakin hantu itu adalah isteri saya.""Kau percaya dengan mereka?" tanya datuk lagi. Lelaki itu nampak resah dan gelisah.Tanpa ditanya oleh datuk, lelaki itu memberitahu dia juga yakin bahawa hantu yang selalu menganggunya itu adalah hantu isterinya kerana setiap kali hantu itu datang, dia pasti memanggil namanya. Dan suara itu serupa dengan suara isterinya.Adakalanya, semua barang-barang di dapur seperti bawang dan cabai berubah tempat ; satu kegemaran yang biasa dilakukan isterinya sebelum meninggal dunia."Saya mahu berikhtiar menghalaunya," nada suara lelaki itu lembut tetapi mengandungi harapan yang besar.Dia nampak resah dan sepasang matanya tertumpu ke wajah datuk dan Uda Lodin."Saya bawakan orang yang boleh menolong awak." Kata Uda Lodin sambil menepuk dua kali bahu datuk yang berada di sebelahnya. Datuk tersenyum.Datuk terus membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu. Dengan tenang, lelaki itu menganggukkan kepala. Datuk menghampiri Uda Lodin."Barang yang aku minta, sudah kau sediakan?" Tanya datuk pada Uda Lodin. Saya lihat Uda Lodin anggukkan kepala, macam ayam jantan jumpa ayam betina."Aku mahu tidur di sini dan kau bawakan barang-barang itu ke sini," beritahu datuk pada Uda Lodin."Rumah yang saya sediakan itu, tak sesuaikah?""Sesuai. Aku kira di sini lebih baik lagi," jawab datuk dan Uda Lodin pun terdiam.Uda Lodin pun meninggalkan kami di situ. Uda Lodin pergi mengambil barang-barang yang disediakannya untuk dibawa ke rumah lelaki itu.Bila barang-barang tersebut diserahkan ke tangan datuk, Uda Lodin pun beredar dari situ menuju ke rumah jirannya. Uda Lodin berjanji akan menemui datuk sesudah sembahyang Isyak.Datuk terus bercakap dengan lelaki yang menjangkau usia lima puluhan di ruang tengah. Banyak benar pertanyaan yang diajukan datuk kepada lelaki itu untuk menyingkap rahsia peribadi arwah isterinya."Saya selalu ke laut. Banyak hal yang berhubung dengan dirinya yang saya tak tahu," kata lelaki itu jujur. Datuk terdiam dan mati akal.Kerana setiap kali pertanyaan yang berhubung dengan isterinya disoal itulah jawapan yang diberikan oleh lelaki itu kepada datuk.Akhirnya, datuk membuat kesimpulan bahawa perhubungan lelaki itu dengan isterinya agak terhad dan penuh rahsia. Ada rahsia-rahsia rumahtangga yang dilindungi oleh si isteri dari pengetahuan suaminya."Tak apalah awak tak tahu. Saya cuba berikhtiar mengatasi masalah ini," datuk memberikan janji itu kepada lelaki tersebut."Memang itulah yang saya harapkan.""Awak pernah berkelahi dengannya?" tanya datuk lagi."Dulu, saya ni memang buas. Suka beristeri banyak. Isteri saya yang mati tu adalah isteri yang kelima." Lelaki itu mebuka rahsia.Datuk menggigit bibir. Secara tidak langsung, dia sudah dapat mengetahui rahsia diri lelaki yang nampak cemas itu."Isteri yang lain tu, ke mana perginya?""Semua saya ceraikan. Tetapi dengan isteri yang mati ini saya tak sanggup berbuat begitu.""Kenapa?""Saya tak tahu. Saya cukup sayang dan mendengar perintahnya. Ada kalanya, saya jadi bodoh bila berhadapan dengannya.""Begitu." Suara datuk lembut. Dan datuk tidak meneruskan sebarang pertanyaan terhadap diri lelaki itu.Kerana waktu Maghrib sudah tiba, datuk menyuruh saya mengambil air sembahyang di perigi. Saya lantas memberitahu datuk yang saya lebih senang mengambil air sembahyang bersamanya."Kenapa?" tanya datuk."Periginya jauh tuk. Saya rasa seram.""Pergi! Tidak ada benda yang mesti kau takutkan," nada suara datuk yang keras sungguh menghampakan.Saya tidak ada pilihan lain. Saya terpaksa pergi. Berdebar juga hati saya bila memijak bumi di tengah cahaya yang sama-samar itu. Lebih menggerunkan, sepanjang jalan menuju ke perigi, terdapat beberapa pohon jejawi yang besar dan akar berjuntaian.Angin pun ketika itu tidak bertiup. Beberapa ekor burung gagak liar terbang rendah pulang ke sarang sambil berbunyi. Bunyi gagak itu saya amat-amati macam bunyi orang mencarik kain kapan. Saya tahu, kalau saya berpatah balik, tentu datuk naik darah.Saya terus melangkah. Langkah saya mati bila seekor kucing hutan melompat di hadapan saya. Sebelum kucing hutan itu melompat ke dalam hutan, kucing itu merenung saya sambil membuka mulutnya dengan lebar bersama suara yang nyaring dan kuat.Hari bertambah gelap. Pondok perigi nampak berbalam-balam di hadapan. Saya berlari dan terus masuk ke dalam pondok perigi yang berdindingkan tepus tanpa atap. Pepohon rumbia yang berdiri berdekatan pondok perigi kelihatan kaku dan menakutkan.Saya terus membaca niat dan membasuh muka. Dengan tiba-tiba saya terhidu bau busuk yang amat sangat. Serentak dengan itu saya terasa dinding pondok perigi diraba orang dari luar. Saya resah tidak menentu.Kemudian saya terasa ada orang berdiri di belakang saya. Saya cuba menjeling kerana keadaan bertambah kabur, saya tidak dapat memastikan dengan tepat siapakah yang berdiri di belakang saya. Perasaan saya cukup cemas."Orang baru, mahu ambil air sembahyang?" Lubang telinga saya diasak dengan suara orang perempuan. Saya terus menoleh ke belakang. Tidak ada apa yang saya lihat kecuali bau busuk yang cukup hebat. Tekak saya jadi loya. Tanpa berfikir panjang saya terus berlari dengan sekuat hati menuju ke rumah."Kenapa?" tanya datuk sambil melihat wajah saya yang pucat lesi."Ada suara orang perempuan dan bau busuk.""Tak apa, itu perkara biasa," balas datuk sambil menjeling ke wajah tuan rumah yang berdiri di sebelahnya. Tuan rumah saya lihat resah tidak menentu."Itulah dia!" Tiba-tiba terkeluar dari mulut tuan rumah. Tanpa berlengah-lengah lagi, datuk mengajak tuan rumah pergi mengambil air sembahyang di perigi. Saya terpaksa tinggal sendirian di rumah.Bagi menghilangkan rasa takut, saya duduk di atas anak tangga bongsu sambil menyanyikan lagu "˜Tudung Periok"™. Saya pasti benar rangkap lagu yang saya sebut lintang pukang. Nada atau iramanya tetap sumbang. Bagi menghiburkan hati yang takut, saya menyanyi terus.Saya terdengar ayam di reban berketak dengan kuat macam terlihat sesuatu. Kucing kepunyaan tuan rumah lari tidak menentu macam dikejar sesuatu. Suara ayam kian keras dan kemudiannya hilang. Saya mula tercium bau busuk. Macam ada kelibat manusia melintas di depan saya.Dan saya lihat lampu minyak tanah terpsang dengan sendirinya di ruang tengah. Daun tingkap tertutup dengan sendirinya."Awak siapa? Apa hajat? Aku rasa, aku adik beradik aku dan suami aku, tak mempunyai saudara mara macam muka kamu." Saya terdengar suara orang perempuan dalam rumah.Saya terdiam. Kemudian saya terdengar bunyi pinggan mangkuk dan periuk berlaga sesama sendiri di bahagian dapur, macam orang mencari sesuatu. Saya juga terdengar suara perempuan merungut sesuatu. Bau busuk bertambah hebat.Hari bertambah gelap. Saya tidak sedar bila datuk dan tuan rumah berada di depan saya."Nak, mari kita sembahyang," kata datuk. Saya memberitahu datuk tentang bau busuk dan peristiwa yang saya alami. Datuk tidak peduli. Saya dan tuan rumah terus sembahyang maghrib berimamkan datuk.Aneh, setelah memberi salam terkahir, bau busuk sudah tiada lagi. Datuk menyuruh tuan rumah turun ke dapur melihat periuk dan pinggan mangkuk. Tuan rumah patuh dengan perintah datuk."Baki nasi saya habis dimakannya, dia membasuh pinggan mangkuk yang kotor," dengan wajah yang tenang tuan rumah memberitahu datuk sesudah memeriksa barang-barang di dapurnya."˜Kalau begitu, kau masak nasi sekarang dan masukkan hujung batang tepus ini ke dalamnya," ujar datuk sambil memberi batang tepus yang sudah dipotong sedikit.Tuan rumah terus memasak nasi dan menggoreng ikan kering. Bila semuanya sudah siap, saya dan tuan rumah makan. Atas permintaan datuk, nasi di bahagian atas ditinggalkan dalam periuk.Lebih kurang pukul dua malam, datuk pun mengejutkan saya dari tidur. Datuk menyalakan api pada sebatang lilin. Uda Lodin yang datang ke rumah itu lepas waktu Isyak juga dibangunkan oleh datuk dari tidurnya.Tuan rumah yang tidur dekat tiang seri, tidak dikejutkan oleh datuk. Dengkur tuan rumah cukup keras. Datuk terus bertafakur setelah mengenakan baju hitam, seluar hitam ke badan serta melilitkan kepalanya dengan kain merah sebesar dua jari.Kemudian dia menyuruh saya mengatur tujuh helai daun sirih di muka pintu. Dia juga menyuruh Uda Lodin meletakkan batang tepus dalam keadaan selang seli di pintu dapur. Datuk pun menepuk dahi tuan rumah sebanyak tiga kali dan meraba urat lehernya."Apa yang awak buat padanya?" Soal Uda Lodin pada datuk."Saya pukau dia supaya tidur terus," jawab datuk pendek sambil memperkemaskan silanya.Datuk pun menyuruh kami duduk tanpa bergerak. Datuk ke dapur dan mengambil periuk yang berisi nasi lalu meletakkannya di tiang seri.Suasana malam itu cukup sepi. Rasa sejuk terasa menyentuh kulit muka dan badan. Sekali sekala angin bertiup dengan kuatnya di luar menggugurkan dahan-dahan pokok yang mati.Suara jampok tidak kedengaran, suara burung hantu juga begitu, kecuali suara itik dan ayam di reban, macam melihat sesuatu.Bau busuk mula menusuk ke lubang hidung. Datuk terus membuka pintu. Dalam jarak tiga atau empat kaki dari muka pintu, datuk membentang kain hitam yang berbucu tiga.Datuk duduk bersila di situ. Sebatang lagi lilin datuk nyalakan. Lilin yang baru dibakar sumbunya itu datuk letakkan betul-betul di tengah pintu.Datuk terus bertafakur. Dia membaca sesuatu. Secara mendadak, api lilin di tengah pintu padam. Bunyi tapak kaki orang melangkah jelas kedengaran. Datuk bangun sambil memeluk tubuh."Siapa?" Terdengar suara perempuan."Tetamu suami kamu." Jawab datuk."Apa halnya?""Saja datang.""Aku nak masuk ke rumah. Lalu kau dari situ.""Masuklah, ini rumah kamu, tapi nyalakan api lilin yang padam." Selesai sahaja datuk bercakap, Api lilin yang padam terus menyala.Bau busuk bertambah kuat. Muka saya terasa dilekati sesuatu. Saya raba dan cium. Ternyata muka saya dilekati lumpur dari kubur. Baunya juga cukup busuk. Bunyi tapak kaki orang melangkah kian kuat.Dengan pertolongan cahaya lilin, saya melihat satu lembaga memakai kain putih yang sudah koyak dan penuh lumpur."Kain kapan," kata hati saya. Lembaga itu bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati saya. Lalu secebis kain kapan yang busuk dicampakkan kepada saya. Bentuk mukanya tidak dapat saya lihat dengan jelas."Aku lapar," saya terdengar lagi suara perempuan."Makanlah," sahut datuk. Saya lihat periuk nasi bergerak dan saya terdengar suara orang mengunyah sesuatu. Saya menggigit bibir. Uda lodin menekup lubang hidungnya dengan tangan.Dalam cahaya yang samar-samar itu juga, saya melihat lembaga yang berkain kapan kotor menghampiri suaminya. Duduk mencangkung di situ sambil meraba-raba pipi dan rambut suaminya. Perempuan itu menangis tersedu-sedu.Darah saya tersirap kerana jari jemari perempuan itu sudah tidak berdaging lagi. Hanya tulang jari dengan kuku yang panjang jelas kelihatan berlari-lari atas pipi dan tengkuk suaminya. Beberapa daging lengan dan pahanya yang sudah reput jatuh ke lantai.Datuk terus melompat dan memukul belakang perempuan itu dengan batang tepus tujuh kali. Datuk juga menyuruh Uda Lodin memasang api pada pelita minyak tanah.Bila pelita sudah dipasang, wajah perempuan itu jelas kelihatan. Matanya sudah berlubang, daging pipinya jatuh satu persatu ke lantai, macam habuk kayu yang baru diketam. Giginya masih kuat dan kelihatan putih bersih. Saya tidak sanggup memandang wajah yang amat menakutkan itu."Apa yang kau lakukan pada suamimu?" tanya datuk. Perempuan itu tidak menjawab. Dia berjalan ke arah periuk nasi. Kedua belah kakinya dikangkangkan dan periuk nasi itu betul-betul berada di celah kangkangnya. Beberapa ketul daging yang buruk di bahagian punggung jatuh ke dalam periuk tersebut.Dengan beberapa saat, periuk itu diberikan kepada suaminya. Macam ada suatu kuasa yang luar biasa, suaminya bangun lalu memakan nasi itu dengan lahapnya, kemudian suaminya tidur kembali."Kau berikan suamimu nasi tangas?" Tanya datuk."Ya, saya sayangkan dia, saya mahu dia mendengar kata dari saya dan tidak mencari betina lain.""Perbuatan ini dikutuk tuhan dan berdosa besar!"Perempuan itu tidak menjawab. Dia terus duduk merenung wajah suaminya sambil memukul-mukul dadanya."Dari siapa kau dapat ilmu ini?" Soal datuk. Perempuan itu tetap membisu. Datuk pukul lagi hingga perempuan itu mengakui bahawa dia menuntut ilmu dari seorang perempuan tua yang memang menaruh dendam pada lelaki.Menurutnya, perempuan itu memang seorang perempuan yang baik. Tetapi lakinya yang kuat berjudi itu selalu memukulnya bila kalah main judi dan kemudian dia dimadukan oleh lakinya dengan seorang perempuan.Mulai dari hari itulah dia mencari ilmu nasi tangas untuk dikenakan pada suaminya. Hingga suaminya jadi bodoh dan tidak boleh membilang hingga ke sepuluh kecuali ditunjuk atau diajar olehnya sendiri.Datuk terdiam. Saya dan Uda Lodin berpandangan sesama sendiri. Saya lihat datuk membuka kain yang melilit kepalanya. Datuk membuka bajunya dan menyarungkan ke tubuhnya dalam keadaan terbalik."Kau tahu, perbuatanmu salah dengan ajaran agama, dan kau tidak diterima bumi. Roh kau ditolak ke dunia merayau-rayau selama empat puluh hari sebelum dihumban ke neraka.""Saya tidak tahu.""Suami kau seorang lelaki yang baik. Kenapa kau buat perkara ini?" Soal datuk lagi.Perempuan itu diam. Dia cuba bangun dan mahu menerkam ke arah datuk. Cepat-cepat datuk memukul badannya dengan batang tepus. Ternyata pukulan itu tidak mendatangkan kesan.Dia membuka kain kapannya lalu melemparkannya kepada datuk. Datuk menahannya dengan kedua belah tangannya hingga kain kapan itu berbalik semula kepadanya.Datuk kemudian membaca beberapa potong ayat suci sehingga perempuan yang sudah tinggal rangka itu terperosok ke tepi dinding sambil menutup mukanya. Dia kelihatan takut dan cemas sekali."Roh engkau tidak akan diterima Allah selagi kau takut minta ampun dan maaf pada suamimu.""Engkau siapa yang menyuruh aku berbuat begitu?" Balas perempuan itu dengan kuat. Datuk lalu mengambil sebatang lagi tepus lalu menekan ke dada perempuan itu."Engkau syaitan, engkau syaitan!" Ujar datuk sambil membaca beberapa ayat suci lagi. Ternyata hantu perempuan itu tidak mahu mengaku kalah.Barangkali, rasa sabar datuk telah hilang. Datuk terus menepuk kedua belah tangannya. Perempuan itu menjerit macam kena sesuatu yang panas terus bersuara minta ampun dari suaminya.Bila suara jeritan perempuan itu hilang, Semua pelita dalam rumah padam. Bila dinyalakan semula, perempuan itu sudah hilang. Datuk menepuk dahi suaminya tiga kali sambil mengurut lehernya.Suaminya tersedar dari tidur.
(Bersambung...)
YOU ARE READING
SIRI BERCAKAP DENGAN JIN. Tamar Jalis (JILID 2) (COMPLETE)
رعبSebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupu...