EP 2

731 40 0
                                    

y/n pov

' y/n...sabarlah ye..' kata Jimin sambil memegang bahu y/n yang duduk di bangku taman tersebut.

Aku tidak dapat menahan lagi dan aku terus menangis.

'Jimin..kenapa semua ni berlaku kat aku?' kataku yang tersekat-sekat kerana aku menangis.

'Aku tahu semua ni tidak adil bagi kau tapi...' kata Jimin dipotong olehku.

'Tapi kenapa? Tapi dia lebih cintakan Jessica daripada aku..Aku ni cuma kawan dia saja.. Tak layakkah aku untuk mencintai dirinya. Salahkah aku ada perasaan ini.. Aku pun tidak mahu ada perasaan ini..Tapi kenapa Jimin..Aku dah tak larat nak simpan perasaan ini.. Sakit sangat.. Sakit sampaikan aku nak bunuh diri sekarang ni..' kataku sambil berdiri di hadapan Jimin.

Jimin terus memeluk aku. Pada mulanya, aku menolak tetapi Jimin tidak mahu melepaskan aku dari pelukannya. Aku menangis dalam pelukan Jimin. Jimin menepuk-nepuk perlahan belakangku supaya aku tenang. Selepas puas aku menangis, barulah Jimin melepaskan pelukan kami. Dia membawa aku duduk di bangku.

'Kau dah tenang sekarang ni? Aku tak suka tengok kau nangis macam ni..' kata Jimin sambil mengelap air mataku yang mengalir di pipiku.

'Aku tak kuat Chim.. Chim..aku rasa aku nak pergi jauh dari sini.. Dah tidak ada guna lagi aku kat sini..' kataku lalu memandang ke tasik yang luas.

'Tapi kenapa? Takkan disebabkan Jungkook...Kau nak pergi..Macam mana dengan aku?' kata Jimin terkejut dengan apa yang aku katakan.

'Chim..Aku dah tak sanggup berhadapan dengan dia lagi.. Kau kenalah fahamkan aku.. Takkan kau nak tengok aku menangis setiap hari melihat mereka berdua depan mata aku..'

'Aku...aku...'

'Apa Chim?? Aku harap kau faham aku sekarang ni? Aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati kau. Aku tak mampu teruskan kehidupan aku dengan tangisan yang tidak ada penghujungnya. Jungkook cinta pertama aku.. tapi semua hancur.. Aku dah tak sanggup.. Aku tahu kau selalu ambil berat pasal aku, kau sentiasa ada disisi aku dan aku tahu kau sayangkan aku.. Aku dah anggap kau macam abang aku sendiri. Terima kasih buat semuanya. Aku pergi dulu. Aku harap kau faham aku. Selamat tinggal Jimin.' Kataku lalu berdiri.

Belum sempat aku melangkah, Jimin terus memeluk aku dari belakang.

'Aku tak sanggup nak simpan perasaan aku kat kau lagi.. Aku dah mula jatuh cinta kat kau. Aku taknak kau pergi tinggalkan aku..' kata Jimin membuatkan aku terkejut.

Aku terus berpaling melihat Jimin.

'Jimin..apa yang kau cakapkan ni?'

'Aku tak tipu.. Aku dah lama pendam perasaan aku kat kau. Please jangan tinggalkan aku.. Aku boleh jadi yang lebih baik lagi daripada Jungkook. Aku boleh jaga perasaan kau.' Jujur Jimin.

'Jimin..Maafkan aku.. Semua ni terlalu susah untuk aku terima. Aku harap kau boleh fahamkan aku. Aku taknak disebabkan perkara ini hubungan persahabatan kau,aku dan Jungkook akan renggang. Maafkan aku Jimin. Bagi aku masa. Aku dah lama anggap kau sebagai abang aku sendiri.Please..Biarkan aku pergi..' merayu aku kepadanya.

Aku sendiri pun terkejut apabila Jimin juga ada perasaan terhadapku tapi semuanya mustahil kerana aku hanya menganggapnya sebagai kawan setiaku dan abang angkatku.

'Maafkan aku jugak kalau aku tiba-tiba luahkan perasaan aku ini. Aku faham perasaan kau sekarang ni. Nanti kalau kau dah sampai ke sana...Jangan lupa call aku.' Kata Jimin yang pasrah dan memahami aku.

'terima kasih Chim sebab faham keadaan aku sekarang ni. Aku harap kau tak cari masalah dengan Jungkook. Dan aku harap kau dapat janji dengan aku yang kau tak akan bagitahu Jungkook tentang perasaan aku ni kat dia. Biar aku sendiri tanggung kesakitan ini.'

'y/n.. Aku nak kau jaga diri kau kat negara orang.. Ingat aku kat sini..'gurau Jimin.

'Baiklah..Sayang Chim..'kataku lalu memeluk Jimin. Jimin juga membalas pelukanku.

Kami balik rumah bersama-sama kerana rumah kami bersebelahan.

23/7/2018

CINTA + JJK (COMPLETE)Where stories live. Discover now