EP 5

516 33 0
                                        

Y/N pov

Adakah keputusan yang aku buat ni betul ? Sakit ini tidak dapat aku hilangkan dari hatiku. Hatiku memang sakit sangat sekarang ni. Walapun aku sudah jauh darinya tapi kenapa semua kenangan tu masih lagi ada.

Tanpa aku sedari, air mataku mengalir di pipiku.

'y/n...' kata Lisa lalu duduk di sebelahku di bilikku. Muka lisa berubah apabila melihatku menangis.

'Kau okey tak ni?' katanya lagi kepadaku. Lagilah membuatkan aku menangis lagi.

Terus Lisa memelukku untuk menenangkan aku.

'Sakit..Sakit sangat...'kataku dengan perlahan dalam tangisanku.


'Sabar ye..Cuba kau bagitahu aku..Mana tau aku dapat tolong kau..'pujuk Lisa untuk menenangkan ku.

'Kenapa dia buat aku macam ni? Hatiku rasa sakit sangat-sangat sekarang ni? Aku tak dapat nak lupakan dia dan apa yang aku tengok depan aku sendiri..'kataku teresak-esak.

'Siapa yang kau maksudkan ni? Cuba kau bagitahu aku semuanya..Jangan pendam.. Luahkan kat aku..Aku dapat simpan rahsia kau..Mana tau aku dapat bagi nasihat kat kau.. Kalau kau pendam seorang diri nanti kesihatan kau terjejas.' Nasihat Lisa kepadaku.

Aku menceritakan kepadanya dari mula sampai akhir. Barulah dia faham dengan apa yang aku rasa selama ni.

'y/n..Kau kena lupakan kenangan yang lalu dan sekarang ni kau kena teruskan kehidupan kau. Aku tahu hati kau tengah sakit sekarang ni tapi kau kena fikir juga masa depan kau. Jangan fikir sangat tentang lelaki tu. Kau layak dapat lelaki yang lebih baik daripadanya. Aku yakin pasti ada seseorang yang tengah menanti kau hadir dalam hidupnya. Kau janganlah nangis macam ni sebabkan dia. Dia tidak tahu yang pengorbanan kau selama ini kat dia. biarkan saja dia tu. Suatu hari nanti dia pasti sedar.' Kata Lisa membuatkan aku lega kerana ada juga orang yang dapat menasihatkan aku.

Kali ni aku kena tumpukan perhatian dengan pelajaranku. Soal cinta, aku kena letak tepi dulu. Aku kena sedar dari awal yang aku tidak layak untuknya. Aku bersemangat kembali.

'Terima kasih Lisa..Aku tak tahu siapa lagi tempat aku nak luahkan perasaan sedih aku ni.' Kataku.

'Sama-sama..Apa gunanya aku sebagai kawan kau,roommate kau dan sahabat sejati kau..' kata Lisa.

24/07/2018

CINTA + JJK (COMPLETE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang