y/n dan Jungkook berkawan sejak mereka berumur 11 tahun lagi.
Mereka sering bersama-sama. y/n sering membantu Jungkook dalam pelajaran.
Sampailah mereka berumur 16 tahun, y/n telah memutuskan untuk meluahkan perasaannya kepada Jungkook bahawa dia tidak menganggap Jungkook sebagai kawan rapat tapi lebih daripada tu.
Jimin sudah mengenali y/n sejak mereka berumur 6 tahun. Mereka berdua ini ialah berjiran.
y/n memang tidak tahu bahawa Jungkook mencintai Jessica. Pada masa y/n hendak meluahkan perasaan cintanya terhadap Jungkook, pada masa itu jugalah Jungkook meluahkan perasaannya terhadap Jessica.
y/n melihat dari jauh. Hatinya pedih melihat senerio yang terjadi di depan matanya sendiri. Jadi selama ini hanya dia seorang saja yang memendam perasaan terhadapnya. y/n tidak dapat tahan perasaan sedihnya sehinggakan dia menangis lalu pergi dari situ. Dia pergi ke taman, kerana hanya tempat tulah dia dapat tenangkan hatinya dan tidak ada orang yang akan tahu keberadaannya. Dia menangis sepuas hatinya.
Jimin juga melihat kejadian tersebut, dan pada masa itulah dia tahu yang y/n mencintai Jungkook tapi Jungkook tidak pernah ada sedikit perasaan terhadap y/n, dia tidak dpt nak buat apa-apa lagi kerana hatinya turut sedih kerana orang yg dia cintai mencintai orang lain. Dia mengekori y/n dari jauh dan dia berasa hatinya terluka juga melihat keadaan y/n sedemikian. Hatinya turut tersentuh apabila dia melihat keadaan y/n ketika itu. Apabila y/n sedih, dia turut sedih. Dia tidak tahu macam mana nak bantu y/n.
Pada mulanya, keluarga y/n telah pun bercadang untuk berhijrah ke London tetapi disebabkan oleh kehendak y/n yang tidak mahu mengikuti keluarganya. Tetapi apabila kejadian ini berlaku, dia sudah tekad untuk pergi bersama-sama dengan keluarganya ke London. Semua ahli keluarganya hairan dengan perangai y/n yang tiba-tiba berubah fikiran untuk berpindah ke sana bersama mereka. Mereka tidak tahu perkara yang sebenarnya berlaku cuma mereka hairan dan apabila mereka menanyakan kenapa dia tiba2 boleh berubah fikiran, y/n tidak berkata apa-apa.
Sehun, adik kepada y/n berasa pelik dan dia pun dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap kakaknya itu. Hal ini kerana selama ini y/n yang membantah dengan keputusan ayahnya tetapi kali ini. Sehun juga dapat merasakan bahawa kakaknya sudah banyak berubah. Pada mulanya, Sehun diam saja sejak kebelakangan ini tapi dia tekad untuk menyiasat apa yang sudah berlaku.
Selepas Sehun menyiasat perkara yang berlaku dan dia telah mendapati bahawa kakaknya kecewa dan sedih kepada lelaki yang bernama Jungkook. Oleh sebab itu, Sehun memahami perasaan kakaknya. Dia mahu menyelesaikan masalah yg berlaku di antara mereka berdua tetapi dihalang oleh y/n kerana dia tidak mahu merosakkan hubungan Jungkook dan kekasihnya. y/n juga tidak mahu keruhkan lagi keadaan itu.
y/n pasrah dgn ketentuan ilahi kepadanya dan dia sanggup berundur diri dari hidup Jungkook tanpa ketahuannya. Hal ini kerana Jungkook tidak akan mengingatkan dirinya walaupun dia pergi meninggalkan bumi Korea. y/n berhijrah ke London dengan mendadak dan semua urusannya di sekolah telah diuruskan oleh bapanya sejak awal lagi. Hal ini menyebabkan kawan-kawannya tidak tahu macam mana keadaan y/n. Hanya adiknya yang tinggal di Korea dan adiknya tinggal bersama dengan atuk dan nenek.
YOU ARE READING
CINTA + JJK (COMPLETE)
FanficCERITA INI MENGISAHKAN Y/N YANG MENCINTAI KAWANNYA SENDIRI,JUNGKOOK. TETAPI JUNGKOOK HANYA MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS Y/N TERUTAMANYA DALAM PELAJARAN. Y/N SEDIH APABILA DIA MENDAPATI JUNGKOOK MENCINTAI ORANG LAIN. Y/N MEMBAWA DIRI SAMPAI KE LONDON...