y/n pov.
Pada keesokkan pagi, aku berjogging. Sampai di depan sekolah lamaku, semua kenangan lama kembali semula dalam ingatanku. Aku mulai merindui masa dulu bersama dengan kawan-kawanku. Hatiku tertarik untuk masuk semula ke dalam sekolah tersebut. Nasib baik hari ini cuti sekolah. Bolehlah aku melawat sekolah ni. Aku masuk ke dalam kelas lamaku. Hatiku berbelah bagi apabila mengenangkan kisah silamku. Apabila aku melihat tempat duduk Jungkook, aku memang amat merinduinya tetapi dalam masa yang sama, hati aku berasa sangat sakit. Aku duduk di tempatku dan aku memejamkan mataku untuk mengenangkan segalanya.
Setelah itu, aku terus keluar dari sekolah tu. Aku berjogging lagi sampailah di taman yang selalu menjadi tempat untukku meluahkan perasaanku dulu. Aku berhenti berehat di bangku yang selalu aku duduk.
'Lama tak jumpa kau? ' kata seseorang di belakangku. Aku amat kenal dengan suara tu.
'Jimin.. Rindu doh aku kat kau..'kataku lalu memeluknya. Dia pun membalas pelukanku.
'Aku pun rindu kau, y/n. Kau apa khabar?' kata Jimin.
'Khabar baik.' Balasku.
'Jomlah kita borak kejap? Jimin banyak perkara nak berborak dengan y/n.' kata Jimin membuatkan aku rasa aneh sedikit.
'okey..'kataku dengan was-was tapi memberanikan diri sajalah.
'Macam mana keadaan kau? Okey..' kata Jimin membuatkan aku rasa pelik.
'Kenapa kau cakap macam tu? y/n okey lah..' kataku.
'Takde apa-apa. Jimin cuma nak y/n tenang dulu barulah Jimin bagitahu.' Kata Jimin.
'y/n datang sini untuk pratikel kedoktoran.' Kataku.
'Ouh..tak lama lagi dia ni dah nak jadi doktor. Jadi kenyataan impian kau nak jadi doktor dulu. Aku bangga dengan kau. Tapi berapa lama kau pratikel dekat sini?' kata Jimin
'3 bulan.. lepas tu aku kena balik lagi kat London. Tapi...'kataku yang sudah dipotong oleh Jimin.
'Pasti kau ada bertembung dengan Jungkook kan?' kata Jimin membuatkan aku sudah mengerti apa topic yang hendak dibincangkan olehnya kepadaku.
'Kenapa perlu libatkan lelaki tu?' kataku yang sudah naik angin. Malas nak dengar nama dia tu.
'Ouh..Jangan cakap yang kau bagitahu dia semuanya..'kataku yang sudah ingat masa bertembung dengan Jungkook di airport semalam.
'Aku minta maaf sebab aku...' kata Jimin.
'Tak perlu minta maaf kat aku. Semuanya dah terjadi.' Kataku. Aku pun tidak dapat nak putarkan balik masa.
'Aku boleh katakan yang sekarang ni dia dah banyak berubah. Aku nak yang terbaik buat korang berdua. Tapi boleh tak kau maafkan dia?' kata Jimin perlahan tapi aku boleh dengar.
Apabila dia kata macam tu. Aku tidak percaya langsung. Aku rasa macam ditipu. Jimin yang selama ini disisiku sudah tidak backup aku dan tiba2 backup Jungkook.
'Kau ingat aku bodoh nak percayakan cakap kau. Aku ingat aku datang sini nak jumpa dengan kau sebab aku rindukan kau tapi kau.. Aku memang tidak sangka langsung.. Sanggup kau suruh aku maafkan lelaki tu. Aku tak boleh terima semua ni semudah tu. Dahlah aku dah penat dengan semua ni. Aku cuba untuk move on dan masa juga membantu aku melupakan lelaki tu. Kalau kau nak tahu aku hampir nak bunuh diri aku sendiri ni sebab tidak boleh terima kenyataan tapi mujur ada orang yang bantu aku dekat sana. Dan bila dia muncul lagi AKU MASIH LAGI RASA SAKIT INI. Aku penat menangis sebab dia. ' kataku sebelum pergi dari situ. Selepas ku berdiri dan mahu memusingkan badanku.
Aku melihat sosok badan yang amat aku kenali.
Kenapa perlu kau datang lagi dalam hidup saya?
Kami berpandangan antara satu sama lain. Jimin memberi ruang kepada kami berdua untuk bercakap.
Aku tidak tahu kenapa aku cepat sangat nak menangis. Air mataku mengalir apabila melihatnya. Aku hanya membiarkan air mataku mengalir depannya kerana aku dah penat nak lari.
Dia mendekatiku dan dia mahu memelukku tapi aku menolaknya.
'Jangan dekat. Aku tak nak kau simpati denganku.' Kataku menjauhi Jungkook.
'y/n..Saya tak ada niat pun nak buat awak macam tu?' katanya membuatkan air mataku mengalir dengan deras.
'Kalau kau dah tahu kenapa kau muncul depan aku?' kataku yang sudah tidak dapat menahan apa yang dirasaku selama ni.
'Saya nak tebus semula kesalahan saya kat awak. Please..bagi saya peluang kedua untuk baiki semua kesilapan saya kat awak...Saya...'
'Peluang kedua?? Tak perlulah Jungkook. Aku tak nak kau simpati denganku.' Kataku yang tidak mahu Jungkook mencintai diriku hanya kerana simpati.
'Tak.. Saya memang nak kita seperti dulu..' kata Jungkook. Aku memang tidak dapat terima semua ni. Semua ni terlalu cepat untukku.
'Aku pergi dulu.' Kataku lalu pergi. belum sempat aku pergi, Jungkook memegang tanganku tapi terus aku melepaskan tanganku dari genggamannya.
'Aku tak boleh. Bagi aku ruang dan aku harap kalau kita bertembung lagi suatu hari nanti. Aku takkan lari dan aku nak selesaikan perkara ni secepat yang mungkin supaya kita dapat terima dengan hati yang terbuka.' Kataku lalu pergi.
AKU MASIH LAGI CINTAKAN KAU, JUNGKOOK. TAPI KENAPA AKU TIDAK DAPAT NAK LUPAKAN SEGALANYA.
...
28/07/2018
YOU ARE READING
CINTA + JJK (COMPLETE)
FanfictionCERITA INI MENGISAHKAN Y/N YANG MENCINTAI KAWANNYA SENDIRI,JUNGKOOK. TETAPI JUNGKOOK HANYA MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS Y/N TERUTAMANYA DALAM PELAJARAN. Y/N SEDIH APABILA DIA MENDAPATI JUNGKOOK MENCINTAI ORANG LAIN. Y/N MEMBAWA DIRI SAMPAI KE LONDON...