EP 10

432 21 0
                                        

Y/N POV

Aku terbangun daripada tidurku di dalam teksi apabila pak cik teksi itu memanggil namaku berkali-kali.. Kali aku tertidur selepas puas aku menangis tadi kot.

'Maafkan saya ye pakcik sebab menyusahkan pakcik.' Kataku dengan suara yang serak apabila aku menangis.

'Takpa. Pakcik faham. Pasti kamu ada masalah dengan lelaki tu. Pak cik harap kamu ni banyak bersabar ye. Ada hikmah yang berlaku.' Kata Pak cik teksi tu kepadaku. Aku berterima kasih kat pakcik tu kerana dia faham aku dan membiarkan aku menangis.

'Terima kasih banyak-banyak pakcik..' kataku lalu keluar dari teksi itu.

'Sama-sama.'

Sekarang ni aku sudah pun berada di rumah lamaku dan keluarga. Keluargaku tidak duduk di sini dah cuma mereka bagi rumah ni kepadaku. Aku masih ingat yang Jimin selalu datang ke rumahku dan selalu teman aku dimana aku nak pergi tapi sekarang ni dia kat mana ye.. Aku betul-betul nak minta maaf dengan dia yang aku menolak cinta dia kat aku dulu. Tapi aku harap dia faham keadaan aku. Manalah pergi dia kan? Rindu betul aku dengan dia ni.. Jimin manalah kau.

Aku masuk ke dalam rumah tu. Semua kenanganku bersama ahli keluarga terimbas kembali. Habislah aku kalau keluargaku tidak tahu yang aku sudah sampai di sini. Takpalah surprise katakan. Nanti aku g rumah parentku.

Aku menghempaskan badanku di atas katilku. Rindunya aku dengan bilik aku ni. Sempat lagi aku termenung tentang pertemuan aku dengan Jungkook tadi. Kenapalah dia mesti hadir dalam hidup aku tanpa aku minta pun? Ataupun ini semua hanyalah kebetulan saja. Kenapalah aku ni cepat sangat menangis bila jumpa dengannya. Aku harap lain kali aku tidak akan berjumpa dengannya lagi. Aku nak habiskan pratikel aku di sini dan terus balik ke sana.

Tanpa aku sedari aku sudahpun tertidur di atas katilku.

....

24/07/2018

CINTA + JJK (COMPLETE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang