"Balik lewat tak malam ni?"
Aku yang sedang mengikat tali kasutku terhenti . Aku memaling kebelakang untuk melihat Yeonwoo .
"Tak kot .." balasku kemudian sambung kerjaku yang terbantut .
"Baguslah ." Dia kini turut duduk dilantai bersebelahanku di depan pintu .
"Jangan pergi tempat tu lagi , boleh?" pintanya. Aku tatap mata penuh pengharapan itu . Walaupun singkat , namun aku faham maksud disebalik ayatnya .
Aku tidak menjawab soalan itu sebaliknya tersenyum .
"Aku pergi dulu . "
**********
"Oi! Tunggu siapa?"
Aku mengurut-urut dadaku yang terkejut . Daisy, rakan sekerjaku itu aku pandang tajam .
"Tak payah sibuk boleh?" pandanganku hanya sekilas padanya sebelum aku menoleh semula keluar cafe . Dinding kaca pemisah antara luar dan dalam Cafe itu memudahkan aku melihat suasana luar .
"Aloh tu pun nak marah ."adunya . Aku cuma menggeleng kembali pada misi utamaku .
"Weh ada customer lah!"
"Kau pegi lah layan eyy!!"
Aku dapat dengar dia mendengus kecil . Kalau dilayan , sampai keesok jadinya . Aku biarkan sahaja dia pergi .
Mataku kembali meliar-liar ke luar Cafe. Pelik , biasanya dia akan lalu sini .
Senyumanku terukir jua saat mataku tertangkap satu figura memakai hoodie bertopi menyinggah-nyinggah kesetiap kedai-kedai sambil membawa beg segi empatnya yang memuatkan botol-botol yang berisi susu .
Acapkali ada orang ingin membeli susu buatannya , senyuman kegembiraan akan terbit dibibirnya . Dan entah kenapa . Ianya tersangatlah comel .
Dengan tergesa-gesa aku keluar ke Cafe . Aku berdiri dihadapan Cafe menatapnya dari jauh . Jalan raya yang terbentang menjadi jarak antara kami .
Pandang sini
Pandang sini
Pandang siniYes! Dia pandang sini !
-tbc-
YOU ARE READING
[C]Milk || lee тaeyong
Short Story" Susu ni banyak khasiat dari arak tu , awak tahu? Cubalah! " (Start : 4 oct 2k18 ) (End : 18 nov 2k18) ©Jaethenanaa storyline P/S : Idea keluar daripada kepala otak saya sendiri . Sebarang ketersamaan jalan cerita mahupun seangkatan dengannya adal...