"Macik! Saya nak satu botol susu!" Seorang budak perempuan datang menuju Hana yang sedang mengeluarkan beberapa lagi botol kaca susu percuma yang perlu diagihkan . Hana tersenyum lalu memasukkan botol kaca itu kedalam plastik .
"Ni untuk adik." Dia tersenyum .
"Terima kasih" budak itu tersenyum riang .
"Bila nak sambung kerja?"
Hana memandang empunya suara . Yeonwoo yang datang bersama satu kotak besar berisi botol-botol kaca susu dari kereta mereka dipandang lama .
"Esok mungkin? Lagipun bos baru aku tu baik juga orangnya ." Hana tersengih .
"Baik ada batas . Kalau kena pecat , cari kerja lain lagi ha padan muka "
"Eish , kau ni membebel je . Penat tau aku dengar ." Hana mengelap meja lipat mereka yang terasa sedikit berhabuk .
Yeonwoo mendekati Hana lalu meletakkan kotak sederhana besar itu keatas meja .
"Dah sebulan kejadian tu berlaku . Kau tak nak lawat mendiang ke?"
Soalan itu menghentikan kerja Hana . Tidak lama sebelum dia kembali mengelap meja tadi .
"Tak kot . Aku penat ." Balasnya .
"Hana.."ucap Yeonwoo panjang .
Hana mengeluh perlahan .
*********Sekuntum bunga baby brethe diletakkan didalam almari mini yang memuatkan satu balang kaca berisi abu mayat .
Yeonwoo memandang Hana yang tercegat mengamati almari itu dengan wajah sugul . Bertapa susahnya dia membawa serta memujuk Hana untuk kesini lepas dari mengagihkan susu tadi .
"Hana-" tidak sempat menyambung kata , bahu Yeonwoo terus drentap menjadi tempat dia menghabiskan sisa tangisnya .
"Aku , aku sayang-"ucapnya dalam esak .
"Yaya , aku tahu .."
"Tapi diorang khianati aku .."
"Ya , diorang buat . Tapi fikir juga sebab kematian diorang . Diorang kemalangan sebab nak tolong cari kamu , Hana . Diorang tetap sayang kamu .." pelukan dileraikan . Hana kembali memandang bekas abu mayat dua temannya itu ; Jennie dan Daisy .
'Walaupun korang pernah menyakitkan hati aku , tapi aku tetap ingat jasa baik korang . Thanks cause born even it's not longer for me .'
**********
Hana memegang lehernya yang terasa sakit . Mereka mengambil keputusan untuk pulang dari melawat . Yeonwoo yang memgang tangan Hana terhenti perjalanannya membuatkan Hana juga terhenti .
"Kereta parkir kat sana lah ." Ucap Hana saat Yeonwoo berdiri menghadapnya tersengih-sengih .
"Tak . Kau tak boleh balik rumah malam ni ." Dia tersengih lagi .
"Kenapa pula?" Nada Hana sedikit meninggi . Memang betul la si Yeonwoo ni cari mati .
"Sebab tuuu~" mulutnya dimuncungkan ter-arah pada belakang Hana . Hana berpaling kebelakang .
Hana senyum . Tersenyum saat melihat figura dibelakangnya .
Saat figura itu berdiri dihadapan Hana , Yeonwoo menyapa ,
"Hai , Taeyong! Macam mana ? First day jadi officer?"
"Okey je . Korang pula macam mana? Okey tak susu tadi? Nak balik dah ke?" Taeyong bertanya sambil menjenguk-jenguk Hana yang berada disebelahnya .
"Kami okey je . Aku nak balik so , aku tinggalkan korang dua eh ? Pai pai!"
Yeonwoo berlari anak menuju ke keretanya manakala kelibatnya pergi hanya ditemani pandangan malas Hana .
"Monyoknya hari ni?" Taeyong memimpin tangan Hana seraya berjalan menuju keluar kawasan itu .
"Penat.." jawabnya lambat lalu melentokkan kepalanya pada bahu Taeyong .
"Lahh , sayang saya penat . Nak apa eh supaya tak penat? Jalan-jalan nak?"
"Tu lagi penat !"
"Habistu nak apa? Nak cium?"
"Nak!"
"Gatal"
Malam tu , aku fikir , untuk kali yang seterusnya , aku akan kehilangan seorang lagi insan yang aku sayangi . Tapi siapa sangka ? Tuhan membuatkannya bertahan lebih lama untuk aku sayangi , hargai dan taati . Kerana dia , lelaki yang akan mewarnai hatiku yang berwarna putih seputih susu pemberiannya untuuk pertama kali .
"Terima kasih , encik penjual susu"
-the end-
YOU ARE READING
[C]Milk || lee тaeyong
Short Story" Susu ni banyak khasiat dari arak tu , awak tahu? Cubalah! " (Start : 4 oct 2k18 ) (End : 18 nov 2k18) ©Jaethenanaa storyline P/S : Idea keluar daripada kepala otak saya sendiri . Sebarang ketersamaan jalan cerita mahupun seangkatan dengannya adal...