Bunyi pinggan berlaga diatas meja memecahkan hening ruangan kami . Makanan yang dipesan 5 minit tadi telah sampai . 2 pinggan kecil kek walnat berlapis coklat itu dia pandang dengan mata yang separuh bulat .
"Eh , saya tiada pes-"
"Takpe . Ni aku belanja . makanlah!" aku mengambil sesuap kek itu lalu aku sua kemulut . Dia mulanya hanya perhatikan tindak tandukku dan kemudian merasa sendiri kek itu . Sesuap , dua suap dan tiga suap .
"Emm.." bunyi itu cukup membuktikan yang dia begitu menikmati kek tadi .
Perasan aku memerhati gelagatnya , dia turut memandangku. Terasa janggal, dia kemudian tunduk .
Ehem!
"Terima kasih sebab hantar saya malam semalam ."
Matanya dia angkat perlahan-lahan menatapku .
Dia mengangguk perlahan .
"Sama-sama . "
"So , hai nama saya Jee Hana . Dan kamu?"
"Lee Taeyong" dia tunduk . Haih kenapalah comel sangat . Kalau mahram dah lama aku cubit eh-
"Kamu tinggal kejiranan sini ya? Selalu nampak ." aku membuka lagi bicara menghilangkan suasana kekok itu sambil menyua lagi kek tadi . Dia kini mengangkat mukanya tepat memandangku . Aduh , ni manusia ke awat macam singa yang cakar-cakar hati aku. Hati aku dup dap ni woi .
"Ya . Saya pun selalu nampak awak mabuk tepi jalan tu." Perasan dia terlepas cakap matanya membuntang seketika kemudian dia tunduk semula . Aku senyum kecil .
"Gwaenchana . Jangan rasa bersalah lah . Benda tu memang betul pun"
Senyap . Hanya bunyi sudu besi yang berlaga digigiku sahaja kedengaran .
Tit! Tit!
Aku memandang jam tanganku . Sudah tiba untuk tukar shift . Kemudian aku pandang pula Taeyong serta beg yang berisi susu itu sekilas .
"Nak ikut aku tak? Pergi tempat sesuai jual susu?"
-tbc-
YOU ARE READING
[C]Milk || lee тaeyong
Short Story" Susu ni banyak khasiat dari arak tu , awak tahu? Cubalah! " (Start : 4 oct 2k18 ) (End : 18 nov 2k18) ©Jaethenanaa storyline P/S : Idea keluar daripada kepala otak saya sendiri . Sebarang ketersamaan jalan cerita mahupun seangkatan dengannya adal...