N

2.2K 321 0
                                    

"Adik kamu okey?"

Aku tersedar dari mamai . Aku pandang tin kosong yang berada di genggamanku. Baru satu tin , aku mula rasa teruk. Mungkin kerana sudah lama tidak merasa minuman bahaya itu .

"Ya . Saya okey ." aku pandang luar tingkap . Tak ini bukan haluan kerumah ku . Bukankah aku sudah memberi alamatku pada pacik ni tadi?

"Tapi pacik.. Pacik nak pergi mana? Ni bukan jalan kerumah saya .." aku berkata dengan suara yang serak dengan mata yang dikecilkan lagi saat kepalaku mula menerima effect arak itu tadi .

"Pacik nak ambil adik pacik kejap . Jangan risau , pacik tak kenakan bayaran tambahan ." dia senyum . Namun senyuman tu cukup membuatkan mana-mana manusia normal rasa dalam kengerian .

"Tak pa , pacik. Saya turun sini je .." aku mula bersuara dalam getah dan serentak bunyi pintu dikunci .

"Tak pa , pacik hantar bal-"

"TAK NAK! SAYA NAK TURUN SINI!"aku mula cemas . Tanganku yang menggeletar cuba membuka pintu kereta itu . Apabila dia berhenti secara mengejut , aku mengambil peluang membuka pintu . Dia sempat menarik kakiku namun akibat rasa takut yang teramat , aku tertendang mukanya refleks dia melepaskan kakiku .

Aku tidak lari jauh kerana aku tidak mampu. Nafas ku mula sesak . Penyakit lama ku datang kembali. Aku bersembunyi disebalik semak . Telefon aku keluarkan . 11 kali panggilan tidak dijawab dari Taeyong membuatkan aku merasa begitu menyesal .

Aku menyesal sebab tidak mendengarnya tadi . Aku menyesal sebab tidak datang padanya tadi . Semuanya sebab aku bodoh dan tidak pernah merasa insaf dari habitku yang teruk . Minuman tu betul-betul membuatku berada di dalam masalah .

Nombor Taeyong aku tekan.  Berharap dia menjawab panggilan ku .

"Hello? Hana? Awak kat mana?"

Taeyong tolong saya .

-tbc-

[C]Milk || lee тaeyong Where stories live. Discover now