"Kau tahu tak? Semalam aku nampak perempuan gatal tu dengan ex kau kat bar ni . Makin menjadi-jadi gatal dia ea? Taehyung macam tak nak lepas je perempuan tu , kau tahu?"
"Hiks . Teruk . Dia teruk"
"Kau ingat tak , rantai yang dia bagi kau dulu ? Sekarang dia bagi perempuan gatal tu rantai lagi cantik dari kau punya , kau tahu?"
"Diam!! Kau diamlah!!"
Kata-kata Jennie semasa dibar tadi begitu kuat bermain dikepalaku . Aku menangis meronta memintanya berhenti namun otakku seakan-akan tidak dapat memproses hendakku . Aku melihat sekitarku . Aku pening dan aku tidak tahu aku berada dimana .
"Jadi sebab dia? Sebab dia ke kau berubah macam ni Hana? Sebab lelaki tu kau kuat minum? Sebab tu?"
Aku memandang empunya suara . Aku sebak . Begitu sebak melihat wajah kesalnya .
"Yeonwoo.." dia yang berdiri dihadapanku aku pandang meminta simpati .
"Berbaloi? Berbaloi tak sakiti diri kau untuk lelaki tak guna macam tu?"
Aku menggeleng .
"Tak... Langsung tak .." aku dekati tubuhnya lalu aku peluk dia erat .
Aku dapat rasa yang tubuhnya sedikit terkejut dengan pelukanku .
"Saya minta maaf . Saya minta maaf .." ucapku teresak-esak dalam pelukan itu .
"Awak mabuk teruk sangat ni .." esakku terhenti seketika . Responnya membuat aku ketawa terbahak-bahak refleks pelukan itu terlerai .
"Hahahaha!! Peliknya suara kau Yeon! Hahahah" aku memegang perutku dek terasa ngilu .
"Saya hantar awak balik ya?" dia kemudian memapahku berdiri yang masih galak ketawa. Saat aku membantu diriku untuk berdiri , sempat aku terdengar bunyi botol-botol kaca berlaga semasa aku tertendang kecil beg segi empat dibawah ku .
Aku pandang botol-botol kaca yang mengandungi air berwarna putih pekat . Kemudian muka Yeonwoo aku tatap . Eh ,silap . Dia bukan Yeonwoo .
"Susu?"
-tbc-
YOU ARE READING
[C]Milk || lee тaeyong
Historia Corta" Susu ni banyak khasiat dari arak tu , awak tahu? Cubalah! " (Start : 4 oct 2k18 ) (End : 18 nov 2k18) ©Jaethenanaa storyline P/S : Idea keluar daripada kepala otak saya sendiri . Sebarang ketersamaan jalan cerita mahupun seangkatan dengannya adal...