'Penantian buat kita penat bila kita terpaksa melaluinya, disebabkan perasaan hati sentiasa ingin berada disampingnya, kita lupa yang kita pernah terluka berkali-kali kerana dia. Cinta kadang-kadang buat kita rasa annoying tapi kita tetap memilih untuk mencintai dia, sebab apa? Sebab itu yang dinamakan cinta. Bila hati dah mula suka kau takkan terfikir orang lain.'
"weh.. Kau dah siap assignment?" tegur Sarah di pintu bilik Alya. Alya terus mengangkat kepalanya untuk melihat siapa yang mengganggunya.' kacau je lah sarah ni, baru nak feel jadi novelis' bisik hati Alya. Sarah adalah sabahat baik Alya dari kecil dan dia masih tidak tahu aktiviti masa lapang Alya yang sangat minat untuk menulis novel.
"Siap apanya weh, sentuh langsung pon tidak, takde mood lah buat," jawab Alya dengan menunjukkan wajah bosannya. Memang sekarang Alya tiada mood langsung untuk siapkan assignment yang diberikan. Selalunya dia akan menyiapkan tugasannya last minute.
"habis yang kau duduk je depan laptop buat apa? Kau stalk crush eh?" Sarah mencuit bahu Alya dengan kasarnya.
"sakitlah ngek, aku tengah layan movie ni ha.. Kau apa tahu.. 24 jam dengan phone kau je." marah Alya sambil mengosok bahunya yang sakit dicuit Sarah. Alya terpaksa menipu kalau tidak habis dia dikertawakan oleh Sarah.
"Alah Alya, aku bosan lah.. Jom kita tengok wayang nak tak malam ni?" Sarah duduk di penjuru katil Alya. Alya melihat Sarah. Rasa kesian mula terdetik dihatinya. Alya seorang yang sukar menolak permintaan orang lain.
"Pukul berapa nak pergi tu, kalau malam-malam sangat aku tak nak pergi." balas Alya kepada Sarah.
"kita pergi lepas isyak jelah, dalam 9.00pm.. Okay x?" Sarah menunjukkan wajah excitednya. Sarah tahu Alya tidak suka keluar pada waktu malam.
"hurmm.. Okay lah.. Kerana terpaksa aku relakan." Alya tersenyum. 'lagipon esok cuti' detik hati Alya
"wah.. Ni buat aku sayang lebih kat kau," Sarah memeluk Alya dengan eratnya. Alya hanya tersenyum melihat gelagat Sarah yang memeluknya.
"btw Alya, nanti kau dah siapkan assignment bagi aku tiru ye. " Sarah memberikan ciuman di dahi Alya dan terus melarikan diri.
"Esh.. Dia niii," dengus Alya sambil tersenyum. Hadirnya Sarah sebagai penyeri hidupnya.
"malam ni jangan lupa" jerit Sarah dari ruang tamu umah mereka.
To be continue..
YOU ARE READING
Tak Sangka Kita Berjodoh
Short StoryTakdir Allah indah. Allah satukan kami dengan ikatan yang sah.