Bab 2

32 1 0
                                    

Tepat jam 9.15pm mereka berdua telah sampai ke IOI City Mall yang berdekatan dengan rumah sewa mereka. Mereka segera bergegas untuk membeli tiket wayang.

“Alamak, Sarah. Aku rasa aku ada tertinggal barang lah dalam moto aku. Kau naik dulu lah beli tiket, aku pergi amek barang dulu eh.” Alya menepuk dahinya kerana kelalainya. Memandangkan masih student mereka hanya datang dengan motosikal sahaja.

“Alah, macam-macam lah kau nih, tinggal barang lah apa lah. Hurm, pergilah amek cepat, aku tunggu kau kat atas ye.” Bebel Sarah sambil berjalan kearah lif yang bedekatan. Melihat Sarah yang sudah meloloskan diri kedalam lif, Alya segera berlari ke motosikalnya. Sampai sahaja di kawasan parkir moto itu, Alya seolah-olah tergamam dengan apa yang dilihatnya. ‘weh. Moto aku,’ detik hati Alya.

“Moto kesayangan aku, keta ni tak nampak apa moto aku kat belakang keta dia,” dengus Alya dengan muka yang blur. Alya nih memang seorang yang blur kalau apa-apa jadi, lebih tepat lagi dia seorang yang akan senyum bila orang marah. Pelik betul.

“Maaf cik saya tak perasan, saya nak cepat tadi,” ucapan maaf daripada pemandu kereta yang melanggar motosikalnya. Pemandu kereta ni lelaki. ‘alamak, hensemnya mamat driver ni’ detik hati Alya. ‘Alya! Behave sikit’ Alya kembali melihat motosikalnya yang dilanggar tadi.

“Alamak, lampu moto pecah nih dan body dia pon ada terkeluar cat sikit nih” Alya membebel sambil melihat sekeliling motosikalnya itu. Habis sahaja Alya melihat secara terperinci motosikalnya, Dia mengalihkan pandangan kearah ‘mamat driver’ tadi. ‘Handsome-handsome mamat driver ni pon aku takkan bagi muka kesian. Perlu tuntut hak aku nih’ fikir Alya.

“apa nama awak eh?” selamba badak ja si Alya ini bertanyakan nama lelaki itu a.k.a ‘mamat driver'.

“err..err.. nama saya Harriz” Jawab harriz sambil tangannya menggaru kepalanya. ‘dia garu kepala lah pulak mamat driver nih, aku tanya nama je, bukan nak ngorat kau pun’ bisik hati Alya.

“Oklah. Macam nilah En.Harriz, saya nih xda masa nak gaduh-gaduh ke apa, why not En. Harriz bayar ganti rugi je kat saya,” balas Alya sambil tersenyum. Alya seorang yang malas bergaduh dan suka menyelesaikan masalah serta merta.

“Hurm..saya tahu ni memang salah saya, apa kata awak amek no phone saya, nanti bila-bila awak call saya kita hantar moto awak pergi bengkel,” jawab Harriz dengan rasa bersalah.

“Maaflah En. Harriz, saya ni bukan apa, saya susah sangat nak trust orang, saya takutlah En Harriz lari ke apa ke, Jadi, apa kata kita solve bende ni sekarang je, awak pon xpayah pikir saya pon tak payah cari awak lagi.” Alya berterus terang dengan Harriz. Dia bukan apa, dia memang susah percayakan seseorang yang dia baru kenal. ‘sorry bro, takleh nak tolerate, please lah faham’

“ok, nah saya bagi awak RM250, awak baiki apa yang patut,” jawab Harriz sambil memberikan senyuman yang sangat manis di mata Alya. ‘weh manisnya mamat nih, leh melting aku weh, Oh my God!’ detik hati Alya. Tiba-tiba jantung Alya berdegup kencang. ‘esh..apa nih. Shuh kau perasaan, shuh kau perasaan, kau jangan berangan banyak sangat Alya oii’

“err..terima kasih.. by the way awak, tadi awak nak bagi no phone awak kan, berapa eh? Boleh saya tahu, sebabnya kalau duit awak terlebih boleh saya pulangkan,” Alya dengan muka blurnya meminta nombor telefon Harriz. Eh, bukan sebab Alya suka, mana lah tahu duit yang mamat ni bagi terlebih ka, boleh pulangkan kembali. Alya melontarkan senyuman ikhlasnya kepada lelaki itu. Lelaki itu mengangguk.

“012-3458990..” balas lelaki itu sambil masuk kedalam keretanya.

“ok.. done save” Alya tersenyum sendirian. Selang beberapa saat, Alya tersedar yang dia sudah lama membiarkan Sarah menunggunya di atas. ‘Alamak, Sarah mesti bebel kat aku’ Alya segera bergerak kearah lif untuk ke tingkat atas. Sampai sahaja ke tingkat atas, Alya mencari-cari Sarah.

“Woi,, kau kemana je eh, 15 minit jugak aku tunggu kau, kau pergi amek barang ke kau pergi buat barang Alya oiii.” Bebel Sarah sambil menyentuh bahu Alya. Alya menarik nafasnya dalam-dalam. ‘weh terkejut gila’

“weh, nasib kau kawan aku Sarah oi, kalau orang lain aku dah lama bukak langkah silat aku” balas Alya dengan muka terkejut. Ye lah, sapa je tak terkejut apabila disergah dari belakang. ‘Kus semangat saya’

“Eh- eh.. dia pulak yang marah kita, Dah lah jum kita masuk dalam, Satgi kang membazir je bayar wayang” Sarah tergelak melihat muka Alya yang seolah-olah ternampak hantu je gayanya. Mereka berdua sama-sama tersenyum sambil berjalan kearah pintu masuk.

“eh jap, kau buat apa je tadi kat bawah lama nau aku tunggu tadi,” sempat pulak Sarah soal apa yang terjadi tadi.

“habis wayang aku cerita, sebab cerita dia panjang,” Balas Alya sambil menarik tangan Sarah. Masing- masing menonton dengan penuh khusyuk.

To be continue
Stay support sis untuk bab-bab seterusnya.

Tak Sangka Kita BerjodohWhere stories live. Discover now