Okay. Malam haritu lepas habis je wayang, Alya dan Sarah lepak kedai makan untuk mengisi perut mereka yang tengah lapar tu. Start dekat situ lah Sarah cuba menggorek rahsia daripada Alya. Macam makcik-makcik bawang lah Sarah nih. Bagi Sarah kalau nak cerita, cerita sampai habis. Sarah paling benci kalau orang cerita jenis sekerat-sekerat ja. Alya menceritakan segala apa yang terjadi pada malam itu. Bermula dengan 'mamat driver' tu.
Memandangkan weekend sudah habis. Harini adalah hari kelas untuk mereka berdua. Maklumlah course sama, kelas pon mestilah sama kan.
"weh sarah , aku rasa aku lambat masuk kelas harini , kau jaga tempat aku eh.." Sarah memandang Alya dengan mata yang penuh dengan tanda tanya .
"oh .. aku ada hal sikit pagi ni . tolong eh ..bye aku pergi dulu .." Alya berlari keluar . 'alamak .. aku dah lambat ' Alya mengomel sendiri sambil memakai kasut . Dia memakai topi keledar dengan kalutnya dan terus memecut ke kampusnya .
"sorry miss , saya terlambat sikit ." Alya menunjukkn muka bersalahnya kerana dia telah lambat menemui Miss Shahrina seperti waktu yang dijanjikan .
"eh . tak pe . duduk lah . awak cakap ada yang tak paham waktu kelas kelmarin kan? ." soal Miss Shahrina.
"ya miss.. saya tak pham tajuk second order differentiate yang miss ajar kelmarin " Miss Shahrina mengangguk faham . Miss Shahrina meneruskan penerangannya kepada Alya . Satu persatu Alya mendengar apa yang Missnya ajarkan .
"thank you miss , baru saya faham ." Alya memberikan senyuman kepada missnya .
"tak pa, nanti lau awak tak paham tajuk mana-mana datang la ." Miss Shahrina menggangguk sambil menberi keizinannya. Alya kemudian menuruni tangga untuk ke kelasnya . 'yes, dan lagi nak masuk kelas ni' Alya berjalan laju . tiba-tiba dia terlanggar seseorang dihadapannya .
"auch .." kedua-duanya mengeluh kesakitan .
"sorry-sorry . saya tak sengaja" Alya terus meminta maaf kerana dia sedar akan kekalutannya itu buat dia terlanggar orang ini . Dia terus mengutip barang mereka yang jatuh tadi .
" eh .saya yang salah sebab saya pon tergesa-gesa jalan tadi , sorry sangat ye" lelaki itu bangun dari duduknya. Alya mengangkat kepalanya untuk memberi buku kepada orang yang dilanggarnya itu . Gulp . ' alamak , apa aku buat ni. kenapa dia boleh muncul dekat fakulti ni'
"ni buku awak . saya kena pergi .sorry ." Alya berjalan laju kerana dia malu . Alya masuk ke dalam kelas dengan nafas yang tercunggap-cunggap.
"weh ,kau dah kenapa ? macam kena kejar hantu ja aku tengok ." Sarah melihat Alya seperti orang yang baru lepas marathon . kepalanya digelengkan .
"aku jumpa dia" Alya memandang Sarah dengan muka yang meminta simpati .
"Harriz ?" Alya cuba untuk mencekup mulut Sarah . ' minah ni suka cakap kuat-kuat'. Alya memaki hamun Sarah dalam hatinya .
" kau ni cakap tu takleh kuat lagi ka, kalau orang dengar macam mana .." Alya mendengus kuat .
"sorry kawanku , excited punya pasal. Btw kenapa sampai kau jalan macam kena kejar hantu tadi . takkan sebab jumpa dia je kot. haritu bukan main lagi." balas Sarah dengan nada yang berbisik .
"aku terlanggar dia ,nasib tak gaduh tadi . tapi kan pelik ah sebab apa dia tak marah aku langgar dia,." Alya membalas pertanyaan Sarah dengan pertanyaan.
"langgar je pon bukannya kau tolak dia jatuh gaung. Haa, tak pon sebab dia pon minat kau." Sarah mengeyitkan matanya kepada Alya. Alya terus mencubit pinggang Sarah . Sarah menjerit sampai satu kelas dengar . 'Sarah ni over tau , aku cubit sikit ja .jerit macam kena hempap dengan pokok kelapa ja' Alya merengus dalam diam . Semua mata memandang ke arah mereka . Alya meminta maaf kerana membuat bising .
"kau ..." belum sempat Sarah membalas lecturer mereka sudah masuk kedalam kelas . Alya menjelirkan lidahnya kerana dia terlepas dari serangan Sarah . 'Fuh lega' .
To be continue
Komen ye kalau ada salah.. Komen anda sangat menbantu.. Terima kasih.
YOU ARE READING
Tak Sangka Kita Berjodoh
Short StoryTakdir Allah indah. Allah satukan kami dengan ikatan yang sah.