KRRIINNGGGGGG!!!!!!
"Micheal, jom la!" Desak Amelya.
"Iye... kejap la, nak kemas ni," Micheal menunduk mengambil buku teksnya yang berada didalam meja. Dimasukkan kedalam begnya.
"Ok, dah jom." Micheal memaut lengan Amelya dan berjalan keluar dari kelas.
~Ting..ting...~
Bunyi phone Micheal menandakan mesej masuk. Micheal menyeluk poketnya.
Notifikasi WhatsApp. Mesej dari Sha.
Micheal menekan notifikasi itu.
Babyy... you janji nak gi tengok wayang lepas sekolah, kan? Datanglah rumah I cepat. - Sha
'Gulp!'
Micheal menjeling Amelya yang sedang membeli aiskrim. Dia memandang skrin phone semula. Fikiran berputar ligat. Antara Amelya dan Shasha... Ergh!
Micheal menaip balasan.
Ok... you tunggu ye. I tak siap lagi ni. Nanti I jemput you. Kita pergi shopping dulu, baru tengok wayang. Ok?
Micheal mengeluh. Dia terpaksa memilih Shasha. Yalah. Kalau dia reject nanti, mahu sebulan Shasha merajuk. Terlebih gen manja.
~Ting...ting...~
Yes! Thanks a lot! Dah lama tak shopping. You siap la cepat-cepat ya? I tunggu. Bye! -Sha
Bye - Micheal
"Micheal! Nah," Girang Amelya menghulurkan aiskrim vanilla kepada Micheal. Tangan kanannya memegang aiskrim strawberry dengan hirisan coklat kegemarannya itu.
"Thanks," Micheal senyum.
Amelya sengih lalu memakan aiskrimnya.
"Ermm... Lya," panggil Micheal. Amelya berpaling.
"Saya... saya kena baliklah. Ada study group dengan kawan." Micheal garu kepala.
"Tapi... awak kan janji nak spend time dengan saya hari ni? Takkan tak jadi pula? Sepatutnya awak cakap awal-awallah. At least takdelah saya teruja sangat. Yalah... nama je ada boyfriend, tapi jarang pergi keluar sama-sama." Keluh Amelya. Dia menggigit aiskrim dengan penuh geram.
Janji yang selalu dimungkiri.
Hati yang selalu disakiti.
Diri yang tak pernah dipeduli.
~La la la...~
"Sorry... saya janji nanti kita pergi keluar ya? Sekarang tak boleh sebab saya dah janji dengan kawan." Micheal memujuk.
"Dengan saya pun awak janji, kan? Janji awak memang tak boleh pakai! Ke laut!" Amelya mencapai begnya dan berlalu pergi.
Selalunya Amelya tak macam ni. Dia rasional. Tapi siapa yang tak meradang bila 5 kali janji tapi tak tunaikan?
Stress!
Seringkali, hati ini disakiti
"OREN... cut cut cut. Mari makan... hari ni Amy baik hati nak bagi Oren makan banyak-banyak. Bukan tu je. Amy pun nak makan banyak jugak. Biar kita sama-sama gemuk. Sehati sejiwa segedempol. Oren jangan lari, ye? Oren kan kucing setia..." tersengih sengih Amelya saat mendekatkan mangkuk Frieskis buat kucing gebu kesayangannya. Ikan rebus, ayam bakar, cupcake strawberry disediakan buat Oren.
'Pssttt...! Oren suka makan cupcake, kalau nak tahu'
Amelya pula, lagila gempak. Dengan burger, pizza, spagetti, makanan ringan seperti keropok super ring, twisties, potato chips bersepah diatas meja. Set kombo KFC tersedia. Mcd pun sama. Pesan lima set burger ayam double special siap dengan air Pepsi.