Beberapa bulan kemudian...
"Cepatlah My! Aku tinggal kau kang!"
"Sabarlah pakcik oii! Tak nampak ke aku buat apa ni?"
"Kau ikat kasut tu lambat sangat! Terhegeh hegeh!"
"Dah kau yang bising dari tadi! Membebel macam mak joyah! Aku takleh fokus la!"
"Ikat kasut tu senang ceh ceh ajelah! Pejam mata pun boleh buat!"
Amelya yang baru sudah mengikat tali sneakersnya, menghampiri Kai dengan wajah masam.
"Dah pula? Asal buat muka macam buah limau ni? Perah masam tu kang!" Kai buat gaya perah limau nipis. Kuang hasam! Boyfriend sapa lah ni!
Dek sakit hati, langsung tak dibalas kata kata Kai. Menonong aje dia masuk dalam kereta Myvi itu. Dia peluk tubuh.
Kai mengikut langkah Amelya. Haih lah budak ni. Merajuk pula! Dia masuk ke tempat memandu.
"Kau nak pergi mana? Cakap aje. Aku bawakkan." Kai cuba memujuk. Namun Amelya kekal statik. Matanya memandang skrin phone. Riak kosong.
Akhirnya Kai ikut turut diam.
'Eh eh mamat ni. Aku merajuk, bukannya nak reti pujuk. Eiiiee... nak aje aku bagi flying kick dekat dia!' Getus hati Amelya.
Tiba tiba Kai memberhentikan keretanya di bahu jalan. Amelya tersentak kecil melihat Kai keluar dan menuju ke satu arah.
"Kai pergi mana tu?!" Amelya menjenguk ke tingkap. Kai hilang apabila dia masuk ke satu lorong.
Amelya bersandar. Hatinya tak sedap.
Sepulub minit kemudian....
"Aduhhhh! Kai pergi mana ni?! Panaslah! Dahlah Kai ni lock kereta!" Rungut Amelya. Dia ambil phone dan buka WhatsApp. Ditekan profile Kai.
Oi Kai. Kau pergi mana lama sangat?!-Amy
Bluetick. Eh. Cepatnya dia baca mesej aku? Hmm...
Kai sedang menaip...
Woi perempuan. Kau nak bf kat tak? Boleh boleh. Ambik dia dekat lorong belakang kau. Tukar dia dengan sesuatu!
"WHAT??!!!!!!!" Sumpah Amelya tekejut sampai menjerit histeria.
"K- Ka- Kaiii..." air mata menitis tanpa sedar. Dia menoleh ke lorong di belakangnya.
"Kai....!" Amelya menjerit hiba. Dia pandnag mesej itu. Nafasnya ditarik dan dihembus. Terketar ketar jari runcingnya menaip balasan...
Kau nak duit ke?! Cakap berapa aje! Aku akan bagi kau! Tapi tolonglah.. tolong jangan apa apakan dia!
Amelya tekup mulut menahan esakan.
"Boleh tak aku nak tukar dengan kau tak merajuk lagi?" Satu suara di luar membuatkan Amelya tersentak.
"KAI! KAU NI MEMANG NAK KENALAH!!!!" Amelya menjerit sambil mengesat air mata. Baka punya Kai! Haa! Kutuk bf sendiri!
Meletus ketawa Kai. Ketawa terbahak bahak sampai semput nafas. Sampai merah kulit dia yang putih itu.
Kai buka pintu dan duduk di seat. Amelya pantas memukul lengan lelaki itu.
"Adui dui dui! Sakitlah My!" Kai mengaduh.
"Padan muka! Sapa suruh prank aku tadi?" Wajah Amelya cemberut. Namun hatinya sedikit lega kerana Kai bukan diculik betul betul.
"Saja aje... nah, amik ni." Kai hulur sebuah plastik. Amelya jeling Kai dan ambil plastik itu.
"Wahhh! Aiskrim! Manyaknyaaaa!" Berkilau kilau mata Amelya melihat selonggok aiskrim dihadapan natanya itu.
"Untuk aku ke?" Soal Amelya.
"Taklah. Untuk pakcik jaga." Kai sedikit menyindir. Tapi Amleya tak kisah. Dia ambil aiskrim magnum dan sumbat kedalam mulut.
"Nak?" Amelya pelawa Kai yang memandu.
"Taknak. Aku nak ini!" Tangan Kai mengambil sebatang aiskrim Malaysia dan digigit untuk membuka balutannya.
"Wahhh! Ada aiskirm Malaysia ke?! Nak!" Tangan Amelya menggau mencari aiskrim.
"No! Habiskan magnum dulu!" Arah Kai.
"Yelahhhhh..." Amelya menyandar dan menggigit aiskrimnya.
Tanpa disedari, Kai senyum senget.
AMELYA dan Kai bersiar siar di taman reaksi itu. Mereka berhenti di sebuah tasik yang indah.
"Cantik, kan?" Kata Kai walaupun matanya langsung tak berkalih dari menatap tasik yang membiru itu.
"Amy--" Terhenti kata katanya apabila melihat Amelya di sebelahnya sibuk berposing sambil memegang phone.
Kai senyum nakal. Laju dia menghampiri Amelya. Sepantas kilat dia menyarungkan cermin matanya pada Amelya dan dia tekan skrin phone untuk snap.
Kcak!
Kai ketawa.
"Hishhhh! Apa ni! Orang nak masukkan dalam instagram la!" Amelya hentak kaki.
"Oklah gambar tu. Barulah nampak macam sweet couple. Tak gitu?" Kai kenyit mata.
Amelya swipe skrin phone untuk melihat gambar itu. Terpegun dia untuk seketika.
"Kenapa?" Pelik betul Kai. Dia menjenguk skrin phone.
"Ome! Cantik giler!"
"Ayat B2BNU!" Amelya gelak sakan.
"B2BNU tu apa?" Soal Kai. Dia garu kepala. Amelya segera pasang wajah serius.
"Takde apalah." Amelya memuat naik gambar itu ke instagram. Oklah gambar tu. Amelya comel dengan muka terkejut. Kai pula still nampaj hensem dengan muka cool even without glasses.
"KAI?! What are you doing here? Bila you balik dari UK? Ouh I miss you so much dear!"
Satu jeritan menyentakkan Amelya dan Kai. Sejurus Amelya berpaling, alangkah terkejutnya dia apabila melihat adegan jejak kasih berlaku di hadapan matanya.
Shasha memeluk Kai erat-erat. Kai nampak terkejut. Tapi sinar matanya merelakan.
Betapa remuknya hati Amelya tika ini. Namun dia kekal statik di tempatnya.
"Shasha... apa you buat ni. Tak manislah orang tengok you peluk I macamni..." lembutnya kata kata itu menghunus hati Amelya. Tak pernah Kai berbicara sebegitu lembut dengannya walaupun Kai selalu menggelarkan mereka sweet couple. Siap ber-I, ber-you. Aku ni? Amelya sebak. Bibirnya bergetar.
Perlahan-lahan Amelya mengundurkan diri apabila merasakan dirinya tidak diperlukan lagi. Dia berjalan lerlahan-lahan. Membawa sekeping hati yang remuk redam. Ahh lelaki! Tengok perempuan cantik, seksi, pandai menggoda macam Shasha tu, sapa tak cair?
Amelya pandang pakaiannya. Seluar slack warna hitam. Sneakers warna putih. T-shirt pink. Kepalanya terhias sebuah cekak yang dibeli oleh grup BFFAE. Mesti dia kalah dengan Shasha. Pakaian bukan main gah, blink blink, warna warni. Anak orang kayalah katakan...
Amelya hembus nafas dan segera mencari teksi untuk pulang...