Bab 3

31 1 0
                                    

"Woah! Cantik giler dekorasi dia, kan? Cerianya!  Hati pun berbunga-bunga masuk sini," Bisik Shaf.

"Yalah! Memang ceria! Bukan kusam macam Cafè Gothic tuuu~" Meena menyindir Danisha.

"Exuse me?! Any problem?" Danisha tayang muka geram.

"N- no... nothing. Ehehehe..." Meena memaut lengan Shaf lalu duduk di atas sofa warna pinkish dan cream. Colour blocking! Cantik!

"Order?" Pelayan cafè bertanya sambil tersenyum ramah.

"Bagi jus epal satu dengan cupcake lobak merah lima, please..."  Pesan Amelya.

Semua ahli Group BFFAE memang  gilakan cupcake lobak merah! Sedap woo... ahaks!

"Kopi susu ya. Make sure kurang manis dan pekat," Mengada betul Fika. Si hantu kopi.

"Saya nak Ice blended Mocha satu." Giliran Meena pula.

"Errmm... Danisha, kau pilih dulu," Suruh Shaf yang masih tak tahu nak minum air apa.

"Jus carrot susu ya.." Danisha senyum ala kadar.

"Errr... saya.. nak... Jus oren!" Tergagap gagap Shaf menjawab.

"Pffttt...."

Selepas pelayan berlalu pergi, semua gelak sambil cuba control supaya tidak menganggu orang lain.

"Apasal kau tergagap-gagap?" Amelya mengesat linangan air mata.

"Entah la. Rasa macam tak biasa pulak." Shaf garu kepala.

7 minit menunggu, pelayan tadi datang semula dan membawa minuman yang dipesan tadi.

"Errgghh... leganya tekak," Terpejam-pejam mata Meena meminum Ice Blended Mocha itu. Lazatzzz...

Mata Amelya tertancap pada dua orang, tak jauh dari mereka. Selang tiga buah meja.

"Aik? Macam kenal aje?" Bisik Amelya sendiri. Dia mengecilkan mata, mengamati mereka. Perempuan itu menyuapkan kek pada pemuda itu.

Saat lelaki itu berpaling, barulah Amelya dapat mengecam wajahnya!

Eh, itu... itu..!

Itu Micheal kan? Kan?! Apa dia buat dengan Shasha? Bukan main mesra lagi!

Sempat Amelya mendengar perbulan mereka. Amboii... berbaby-baby, bersayang-sayang, sakitnya hati aku!

Tanpa diduga, Danisha bangun secara tiba-tiba. Raut wajahnya menunjukkan dia tengah bengang.

"Kenapa, Isha?" Fika menyoal. Danisha tak jawab sebaliknya di mendekati meja Micheal dan Shasha.

'Omaigad... Danisha nak serang dorang ke?' Amelya mula risau.

"Hey, Micheal!" Lantang Danisha menyergah. Beberapa staf yang sedang berbual di kaunter menoleh.

"Eh? Danisha? Awak buat apa kat sini?" Tergagap Micheal dibuatnya.

"Apa yang saya buat tu tak penting! Yang masalahnya, apa kena dengan awak?!"

"Kenapa?" Michel buat buat tak faham.

"Apa hubungan awak dengan Shasha?!"

"Nothing! Just friend." Micheal berdalih.

"No! We are not friend! Kitaorang dah lama couple la!" Sampuk Shasha sambil senyum gedik.

"Shasha!" Micheal keraskan suara.

"What? I just telling the truth." Shasha buat muka tak bersalah.

"Apa awak ni Micheal? Dating depan Amelya? Awak ingat perasaan dia patung ke? Sanggup awak buat dia macam ni? Awak ni kejam tahu tak? Kejam!" Danisha pula yang lebih. Berang tak ubah macam pak belang.

"W- what?" Micheal gugup. Dia toleh belakang. Amelya hanya merenungnya dengan renungan kosong.

"Lya... I can explain this." Micheal bangun namun tangannya dipegang kejap oleh Shasha. Renungan cemburu dapat dikesan dari matanya.

"Is okay, is okay..." Amelya menyeluk beg tangannya lalu mengeluarkan not 100 ringgit. Diletakkan diatas meja dan berlalu keluar.

"Amelya..." Fika bersuara. Amelya menghadiahkan senyuman sepintas lalu. Fika, Meena dan Shaf bangun meninggalkan minuman masing-masing dan mengekori Amelya.

"Thank sebab dah hancurkan hati bestfriend saya. Dan saya ingatkan awak, jangan cari dia lagi! Saya taknak kawan saya ada kekasih buaya darat macam awak!" Danisha melemparkan kata-kata pedas berapinya lalu melangkah keluar dari cafe itu dengan marah yang meluap-luap.

Micheal terkulat-kulat sendiri. Hatinya rasa bersalah.

"EH?  Amelya gi mana?" Shaf memandang sekeliling.  Cepatnya Amelya lesap.

"Maybe dia dekat parking lot," Kata Meena.

Mereka bergegas mencari Amelya

Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now